Friday, January 30, 2009

My Second Award

Semalam aku kluar lepak ngan membe aku. Pa'ed ada keja apa ntah kat KL so lepas keje dia ajak aku ngan Pa'ed kluar lepak2. Hepi ler lepak ngan Pa'ed Pa'ed ni sebab dah sebulan tak jumpa depa. Last pun jumpa time aku cuti haritu. Pa'ed ni keja kat Kedah so memang susah skit aku nak jumpa dia. Start lepas zohor aku kluaq pi KL. Plan jumpa kat Low Yat Plaza sebab nak tengok2 barang skit. Lama gak dok lowyat tu sebab Pa'ed ni plan nak buat PC baru. Pa'ed lagi sorang plan nak beli laptop. Aku tolong bagi suggestion je. Pastu lepak hypermarket computer level 4 kot. Ntah bila benda ni ada kat situ. Punya la besar. Aku lepak situ test semua speaker yang ada kat situ. Time tu depa pasang lagu best lak. Layan ler. Punya syok lepak situ sampai delay lunch.

Time nak turun bawah tersangkut lak ngan minah promote Celcom. Aku memang plan nak tukar pakai Celcom tapi tak sure lagi nak tukar number or beli prepaid baru or pakai postpaid je. Skarang aku pakai Maxis tapi memang macam lahanat la. Line always full tapi nak sms or call cukup susah. Sebabkan aku jarang guna henset skrg biar la dulu. Sekali minah tu berjaya tarik aku dengan dia promote lak. Aku pun layan la kejap. Dengar skit apa dia nak cakap. Ok jugak plan yang dia offer tu. Tapi aku dengar je la. Len kali lak aku sign up. Takdok pitih be.. Lepas tu pi makan kat Kg. Baru. Pa'ed yg sorang lagi ni terer skit shortcut area kl ni. Ntah mana dia bawak cilok2 sampai kedai tu.

Time makan hujan lebat lak. Lepak dulu sampai reda sebab kami naik kapcai je. Bila ujan dah reda plan nak tengok wayang. So decide nak tengok kat Jusco Kepong sebab dekat ngan umah Pa'ed. Senang skit lepas tu bole terus hantar Pa'ed balik kat Hentian Duta. On the way pi Kepong ujan lebat lak. Lencun gak. Stop kejap kat mana ntah. Bila reda skit continue journey tapi time tu la ujan lebat again. Stop lagi. Adventure betul. Last2 sampai gak kat Jusco Kepong tu. Plan nak tengok kul 8+ tapi citer tak best lak. Seriously citer yang ada kat situ or maybe kat semua wayang at this time being is tak best. Buang masa betul. Lepas tu pusing2 jap dalam Jusco tu dengan baju lembab tapi xde ape yang best so terus pi umah Pa'ed kat Gombak layan Puaka Niyang Rapik for the first time. Tu pun sebab dak umah dia dok layan. Kalo kat umah aku sorry la aku nak layan citer tu.

Lepas Pa'ed dah packing, kami kluaq makan lak. Time ni yang best sebab Pa'ed belanja makan feveret food aku. Ikan besar haha.. Aku ni memang suka makan ikan besar2 ni. Jangan campur tempoyak dah ler. Sayang tul kedai tu ada bawal je. Belasah je la. Orang dah belanje. Pastu aku dah sejuk sangat tak sanggup nak tunggu kul 12 nak hantar Pa'ed naik bas so aku balik. Pa'ed bagi direction jalan camna aku nak balik. Aku pun ikot je camne dia cakap. Aku bukan tau jalan camne nak balik dari Gombak to Shah Alam. Seb baik bila masuk LDP tu aku dah biasa sikit. Time balik tu memang dasat. Sejuk giler beb. Sweater dah lencun tapi angin lagi sejuk sampai terketar-ketar aku bawak moto. Sejuk sampai oksigen intake pun tak betul sampai bila aku stop kat traffic light je habis full body aku kebas. Hampir nak cramp pun ada. Maybe aku sikit je lagi nak kena hypothermia kot. Aku belasah jugak. Janji aku sampai umah. kul 12 lebih aku sampai umah. Kira-kira 1/2 jam aku rempit dari Gombak to Shah Alam. Dah sampai umah terus mandi sebab tadi 1 day kena ujan.

Lepas tu ape lagi check email ngan blog ler. Banyak comment and chat yang aku tak sempat layan. Sorry ler. Cik Helena bagi award kat aku. Ada aku letak kat sini. Thanks so much. You are so wonderful hehe. Pastu ape lagi aku wat. Reply message kat chatbox tu skit. Reply comments skit. Pastu setting Amazon widget tu kat blog ni hehe. Mana tau kot bole untung. Pastu layan lagu skit kat MySpace. Layan RATM skit pastu layan Justin hehe. Ntah sejak bila aku jadi fan Justin aku pun tatau la. Siap layan video dia kat youtube lagi. Pergh panjang betul aku menulis kali ni. Aku rasa this is the longest post in this blog. Dah la kot kat sini. Len kali la pulak. Tulis panjang2 pun bukan ada orang nak baca sangat. Emm.. award from Cik Helena tu aku nak sedekah pulak kepada orang2 yang rajin comment kat blog ni.


Mereka adalah:
1. Cik Husna yang tengah kapel ngan kawan aku
2. Cik Ojeng yang dah lama tak datang sini :(
3. Encik Zul Huzaimi seorang pendidik berkaliber (hahah)
4. Encik Bean Moreno yang sedang merajuk
5. Encik Minister of Mind yang suka menulis pasal heritage. I like his blog.
6. Cik Ujie yang bakal jadi Puan Ujie. Tahniah
7. Cik Nur Nabil. Ni pun dah lama hilang.
8. Cik Saya. Bukan saya tapi Cik Saya. Kucin dia si Nezha tu comel sangat. Aku plan nak kidnap

9 attacks:

hrmk January 30, 2009 at 7:52 PM  

wa...no 5 tue..buat teman bangga siot... gracias lah..kerana sukekan content dalam blog teman.

Kalo ko awek la kan..dah lama guan usha sama lu...

"i like mat rempit" ....har3x..

~ HuSnA FaDziL~ January 30, 2009 at 9:14 PM  

woaa...mekasihh...thankQ2...
tocheii2..
heehee~
(^_^)v..

Anonymous,  January 30, 2009 at 9:15 PM  

Cantik award tu.. congrats.. dpt merapatkan silaturrahim...

saya January 31, 2009 at 8:05 PM  

woihhhh... hiahhh...huwahhhhh... ada hati nak kidnap nezha saya ye?? dush! dush!! dush!!! nak kidnap buleh dengan syaray kena kidnap puannya jugak. hehehhee... larat ke?

Ridhuan January 31, 2009 at 8:37 PM  

aku risau la ngan si minister ni.. somebody help me!!

to husna.. you deserve that..

nazz.. join my contest kalo nak hadiah best

cik saya.. plan kidnap nezha je sebab nanti automatic puannye pun ikot skali haha..

me February 1, 2009 at 12:02 PM  

'tulis panjang2 pun bukan ada orang nak baca sangat.'

p.s:ad je org bce.

Unknown February 2, 2009 at 11:49 AM  

ooo ngate aku eh??haha.
xdela.aku cuti seminggu dan langsung x bukak laptop.sibuk jenjalan.hehe
nway thanks for the award.sob3x.terharu tull.hehe
p/s:code nye mane oit incik ridhuan?hhaha

zul February 2, 2009 at 6:51 PM  

duan, thank 4 the award... amboi, pendidik yg berkaliber ek... ber'kaki' lebar ader ah...hehehehhe

Youjie February 9, 2009 at 4:13 AM  

hehe...rajin menghargai pengunjung..
Bagush..bagush!!!!

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP