Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Fb.com USD8.5 Juta


Facebook dah beli Fb.com dengan harga USD8.5 juta. Domain yang cuma ada 2 huruf saja tapi harga melampau nak mampus. Dengan nilai funding Facebook yang lebih kurang 8 bilion, pembelian fb.com tu lebih kurang macam kita pi beli cekelat kat kedai ja. Domain Fb.com telah dibeli dalam bulan November tahun lepas tapi harga pembelian baru saja di'announce' baru-baru ni.

Domain Fb.com pada awalnya kepunyaan American Farm Bureau walaupun biro tersebut menggunakan Fb.org sebagai alamat internet. Fb.com dikhususkan untuk penggunaan internal saja tapi buat masa ni Fb.com redirect terus ke Facebook. So sapa-sapa yang malas nak taip panjang-panjang kat browser kalau nak masuk Facebook boleh taip je Fb.com.

p/s: Sapa-sapa rasa nak buat duit boleh la cari dan beli domain name yang rasa bole jual juta-juta lepas ni.

Read more...

Monday, December 13, 2010

Tutorial: Icon Terapung Tepi Blog

Sekiranya anda teringin nak pasang ikon/icon yang statik kat tepi blog anda macam yang ada kat blog ni. Sila jangan malu untuk baca tutorial yang saya tulis ni.

Sample:


Steps:

1. Log-in ke Dashboard Blogger.
2. Masuk ke bahagian Design > Edit HTML.

3. Gunakan function Search dalam Firefox atau Chrome (Ctrl+F) untuk cari tag <body> dan masukkan code yang disediakan betul-betul di bawah tag <body>  tersebut. Tips: Anda boleh juga meletakkan code di mana-mana saja asalkan di dalam bahagian body template anda (<body> .......... </body>) tetapi icons akan load paling last kalau letak kat belakang dekat dengan </body>.

Copy and Paste code dalam <body>:   (DELETE WARNA OREN)

<style type="text/css">
#fixed_icons {
background: transparent;
width: 48px;     //tukar mengikut saiz icon anda
position: fixed;
top: 15%;     //tukar kedudukan vertical icon (bole guna % or px)
right: 0.20%;     //tukar kedudukan horizontal (bole guna % or px)
z-index: 3;     //supaya icon tidak tersembunyi di belakang image lain
}
#fixed_icons a {
display: block;
text-indent: 24px;
height: 48px;     //tukar ikut saiz icon anda
padding-bottom: 3px;     //untuk tentukan jarak vertical antara setiap icon
text-decoration: none;
opacity: 0.6;     //transparency settings (0=invisible, 1=no transparency)
-moz-opacity: 0.6;     //transparency setting Firefox tua
-khtml-opacity: 0.6;     //transparency setting Safari kuno
filter: alpha(opacity=60);    //transparency setting Internet Explorer lapok
}
#fixed_icons a:hover {
opacity: 1.0;     //setting transparency untuk mouse over
-moz-opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0;
filter: alpha(opacity=100);
}
#fixed_icons #facebook {
background: url(http://URL icon Facebook) no-repeat;
}
#fixed_icons #twitter {
background: url(http://URL icon Twitter) no-repeat;
}
#fixed_icons #rss {
background: url(http://URL icon RSS) no-repeat;
}
#fixed_icons #email {
background: url(http://URL icon email) no-repeat;
}
</style>

<div id="fixed_icons">
<a href="http://www.facebook.com/ridhuan" title="Duan on Facebook" target="_blank" id="facebook"></a>
<a href="http://twitter.com/eworque" title="Follow me on Twitter" target="_blank" id="twitter"></a>
<a href="http://feeds.feedburner.com/DuanSays" title="RSS Feed" target="_blank" id="rss"></a>
<a href="http://feedburner.google.com/fb/a/mailverify?uri=DuanSays&loc=en_US" title="RSS updates via e-mail" target="_blank" id="email"></a>
</div>

*Code warna merah dan purple adalah nama/id untuk setiap item. Kalau nak tukar letak nama sendiri pun boleh tetapi mesti tukar semua sekali dengan nama yang sama. 
*Tukar tulisan warna pink kepada link anda dan tulisan hijau kepada ayat anda ikut suka hati. Kalau anda tak guna Feedburner anda boleh tukar kepada Formspring, MySpace atau apa-apa saja. Pandai-pandai sendiri la.

*Shortcut!!
  • Masuk kat Dashboard > Design > Page Elements.
  • Add A Gadget > HTML/Javascript
  • Copy and Paste the same codes
 *Kalau anda tak suka icon tukar transparency tetapi nak tukar kepada icon lain atau nak icon berubah kedudukan sewaktu mouseover, anda boleh cuba memandai dengan setting hover dalam code di atas. Code di atas juga telah diubah suai menggunakan teknik "Memandai Sendiri".

*Untuk pengguna Self-hosted WordPress. Gunakan code yang sama tetapi tampalkan code:
<div id="fixed_icons"> ... to ... </div>
di dalam <body> tag di dalam header.php ataupun sebelum tag </body> di dalam footer.php.

Kemudian tampalkan hanya code yang berada di antara:
<style type="text/css"> ... to ... </style>: ke dalam file style.css.

Delete <style type="text/css"> dan </style> sebab dalam style.css tak diperlukan tag tersebut.

Read more...

Friday, September 3, 2010

Hati-hati Penggemar Muzik!!

Mungkin tak dak sapa pun dalam dunia ni yang tak suka muzik.. Tak kisah apa-apa jenis genre pun. Ada minat lagu batu.. lagu besi.. lagu meletup.. lagu nasyid.. lagu 3 kupang.. Bunyi kompang kawin pun da kira muzik jugak. Tapi ramai sangat especially golongan wanita ni.. tak kisah lagu apa pun asalkan penyanyi cute je terus minat.. Kalau minat lagu je ok jugak tapi minat kat penyanyi tu yang jadi masalah tu.. sampai kalo penyanyi tu senyum sikit je da bole pengsan.. dasyat betul kan..

Apa yang nak dibebelkan di sini ialah bahaya pengaruh muzik terhadap masyarakat dunia. Kalau anda jenis yang perasan.. memang senang nak pengaruh orang dengan menggunakan muzik.. Contohnya bila ada seorang budak 16 tahun minat lagu punk rock.. bukan setakat goyangan kepala saja yang berubah.. fesyen baju dan seluar akan bertukar kepada saiz 2 kali lebih kecil.. seluar mau ketat abis biar nak pakai pun ambil masa dekat sejam.. rambut mesti tajam.. dan yang paling ditakuti.. muka tukar jadi serius.. tak boleh senyum dah.. Tu baru contoh dari 1 genre. Kalau budak tadi tukar angin minat black metal pulak.. MasyaAllah..

Gambar cun cilok dari: http://madu3.com/v1

Ramai yang rasa perubahan fesyen ikut genre feveret sebagai suatu perkara remeh.. Tapi kalau kita tengok dengan teliti.. genre muzik memecahkan remaja kepada kumpulan tertentu.. yang minat Miley Cyrus, Justin Bieber satu group.. yang minat Jay-Z or Snoop Dogg satu group.. yang minat Foo Fighters, Hoobastank satu group.. yang minat Sex Pistols, The Exploited lg 1 group.. Mula-mula group ni wujud sebab nak tukar-tukar lagu.. tukar pendapat pasal lagu kegemaran masing-masing.. Tapi lepas tu sedar-sedar je bukan setakat minat lagu tapi semua ideologi yang dibawa oleh penyanyi kegemaran.


Ramai tak sedar pasal mesej tersembunyi dalam lagu. Banyak lagu yang bawa mesej perkauman.. kebencian.. seksual.. tapi ramai tak sedar sebab lali dengan alunan muzik yang memukau. Ada yang sedar tapi buat tak tau sebab nak layan muzik yang sedap. Bila dah tiap-tiap hari dengar mula terpengaruh. Ada orang cakap "Aku layan muzik je.. best.. yang lain aku tak buat.." tapi lagu tu sebenarnya puja setan.. salah ke tak salah kalau "layan muzik je"? Ada jugak yang cakap "Aku layan lagu Usher.. Ne-Yo.. Lady Gaga.. lagu pasal romen-romen je.. bukan pasal benci-benci orang pun.. takde kutuk orang pun.."

Tiba-tiba hari ni aku bebel pasal muzik sebab nak anda semua hati-hati.. kadang-kadang tu benda yang simple pun da bole buat kita syirik.. ada yang buat terpesong akidah. Mesej benci, pemujaan, seksual, semua tu dirancang dengan teliti dan diselit dalam lagu bukan secara tak sengaja. Bukan senang nak tulis lirik.. nak buat komposisi muzik.. berbulan.. bertahun.. kalau nak buat 1 album.. Cuba tengok video kat bawah ni yang aku selit.. baru hangpa semua ni nampak sikit kot pasai apa aku tulis pasal ni.

Part 1

Part 2



*I throw shit at you and you will still worship me - Abdul

Read more...

Monday, August 9, 2010

HP Pavillion DV3-2111TX For Sale



Ada sesiape nak beli laptop HP Pavillion DV3-2111TX berusia 5 bulan? Kondisi terbaik tanpa calar dan cacat cela..

Pemilik laptop tersebut, seorang wanita yang lemah lembut dan telah menjaga laptop itu dengan penuh kasih sayang.. Laptop dijaga dan digilap setiap hari supaya kelihatan baru.. memang cantik.. namun atas masalah kewangan dia terpaksa juga melepaskan laptop kesayangan tersebut.

Harga yang ditawarkan: RM2300 negotiable.

Sesiapa yang berminat sila hubungi saya: eworque@gmail.com or 0193623942 ASAP

Specifications:

DV3-2111TX


Processor: 2.0GHz Intel Core2 Duo Processor P7350
Cache: 3 MB L2 Cache
Current RAM: 2GB DDR2-RAM
Maximum RAM: 8GB
Hard Drive: 320GB
Graphics: NVIDIA GeForce G 105M
Display: 13.4” Diagonal High-Definition HP LED BrightView Widescreen Display (1366 x 768)
Multimedia Drive: LightScribe SuperMulti 8X DVD±RW with Double Layer Support
Network Card: Integrated 10/100BASE-T Ethernet LAN (RJ-45 connector)
Wireless Connectivity: 802.11a/g/n
Sound: Altec Lansing Speakers/SRS Premium Sound
Pointing Device: Touch Pad with On/Off button and dedicated vertical Scroll Up/Down pad
External Ports: 3 USB 2.0, HDMI Version 1.3b, eSATA + USB 2.0, VGA, RJ-45, 1 Headphone out, Microphone in, Consumer IR, Multiple Card-Reader
Power: 90W AC Adapter, 6-Cell Battery
Operating System: Genuine Windows Vista Home Premium with Service Pack 1 (32-bit)

Warranty: 3 Years Warranty (2 years and 6 month left)
Purchase Date: February 2010

Read more...

Saturday, April 24, 2010

Pandai Taip Tak?

Aku singgah blog Afiq tadi pastu jumpa something yang menarik. Test kelajuan menaip dalam Bahasa Melayu. Kerana teruja lalu aku mencoba.. Lepas try Bahasa Melayu aku try English pulak.. so results for both language aku letak kat sini..

28 perkataan
Speedtest

32 words
Speed Typing test

Tak laju pun kan.. Aku terpikir gak.. kalau taip ayat yang memang dalam kepala otak mesti lagi laju dari taip apa yang ada kat screen kan?

Read more...

Wednesday, April 21, 2010

Jenayah Paling Bodoh Di Poland Tahun 2009


Julai 2009 di bandar Gdynia, seorang lelaki cuba mencuri plat nombor pendaftaran dari sebuah kereta. Pencuri tersebut terlalu mabuk sehingga tidak menyedari kereta tersebut adalah kereta polis dan terdapat anggota polis di dalam kereta terbabit.

April 2009, polis Warsaw menahan seorang lelaki yang mencuri tisu tandas dari sebuah restoran dan merosakkan pemegang tisu yang berharga $120. Lelaki tersebut boleh dikenakan tahanan penjara selama 10 tahun.


Satu lagi kes di Lublin Voivodeship pada bulan Mac 2009. Dua lelaki mencuri 6,000 zloty (lebih kurang $2,500) dari sebuah koperasi perumahan. Mereka mengisi duit yang dicuri di dalam beg plastik tetapi akibat terlalu berat beg tersebut terkoyak. Pencuri kemudian membuang beg tersebut dan hanya mengambil 300 zloty. Polis dapat menjejaki pencuri tersebut melalui alamat rumah yang dijumpai bersama beg plastik.


Seorang lelaki berumur 55 tahun menghadapi hukuman penjara cuba untuk bersembunyi dari pihak berkuasa. Polis mendapat maklumat lelaki tersebut tinggal di pinggir bandar Minsk-Mazovetsky. Apabila pegawai polis tiba di kawasan tersebut mereka mendapati sekumpulan lelaki sedang minum vodka dan lelaki yang mereka cari sedang menyamar sebagai meja.

Read more...

Thursday, April 15, 2010

11 Kesilapan Di Facebook Yang Menamatkan Kerjaya

Berhati-hati menggunakan Facebook sebab kesilapan kecil boleh membawa padah yang besar.


1. Sindiran Pedas
Gloria Gadsden, seorang professor sosiologi di Pennsylvania's East Stroudsburg University suka membuat sindiran di Facebook. Pada bulan Januari Gloria menulis "Does anyone know where I can find a very discreet hit man? Yes, it's been that kind of day." dan di bulan Februari dia menulis "Had a good day today. DIDN'T want to kill even one student." Pihak universiti mengambil berat perkara tersebut berikutan kes-kes yang pernah berlaku pada tahun-tahun yang lepas. Gadsden diberikan cuti tanpa gaji selama sebulan dan dibenarkan kembali bekerja pada bulan Mac.

2. Mulut Murai

Seorang anggota polis di Atlanta, US diberhentikan perkhidmatan selepas menyebarkan informasi sulit mengenai kerjanya di Facebook. Antara yang tersebar adalah penglibatan dengan FBI dalam sebuah kes dadah, waktu kerja sebagai polis berpakaian biasa, dan pengakuan bahawa dia tidak gembira dengan kerjaya tersebut.

3. Sayang Bapa

Disember, selepas ketua eksekutif General Motors Fritz Henderson meninggalkan syarikat dan diganti oleh Ed Whitacre, anak perempuan Henderson, Sarah Henderson menulis di halaman Facebook General Motors dan menulis "HE F------ GOT ASKED TO STEP DOWN ALL OF YOU F------ IDIOTS. IM FRITZ'S F------ DAUGHTER, AND HE DID NOT F------ RESIGN. WHITACRE IS A SELFISH PIECE OF S---, WHO CARES ABOUT HIMSELF AND NOT THE F------ COMPANY. HAVE FUN WITH GM, I HOPE TO NEVER BUY FROM THIS GOD FORESAKEN COMPANY EVERY AGAIN. F--- ALL OF YOU."
Tiada maklumat berkenaan apa yang berlaku selepas itu.

4. Cakap Besar

Februari, seorang pengawal penjara di Nebraska bercakap besar di Facebook untuk menghentak kepala seorang banduan ke lantai. Dua lagi pengawal penjara turut menyatakan sokongan terhadap tindakan tersebut. Pihak pentadbiran tidak berpuas hati dan akhirnya ketiga-tiga pengawal penjara kehilangan kerja pada bulan Mac.

5. Mati Pun Salah

Kebiasaannya orang awam tidak dibenarkan melihat mangsa bunuh termasuk dalam bentuk gambar. Seorang juruteknik perubatan kecemasan di New York telah menyebarkan gambar-gambar seorang mangsa yang dibunuh menggunakan wayar pengering rambut. Dia kehilangan kerja selepas insiden tersebut.

6. Maki Tak Kena Tempat

Dan Leone, seorang pekerja operasi di stadium pasukan NFL Philadelphia Eagles tidak berpuas hati selepas pasukan tersebut membiarkan Brian Dawkins menyertai Denver Broncos. Dan Leone menulis kepada seorang rakan di Facebook "Dan is [expletive] devastated about Dawkins signing with Denver … Dam Eagles R Retarted!!". Walaupun dia memadamkan tulisan tersebut, Philadelphia Eagles memecat Leone beberapa hari selepas itu melalui telefon.

7. Gosip Panas

Tiga belas jururawat dan pekerja di Hospital Harrisburg, Pennsylvania dipecat selepas menubuhkan kumpulan sembang di Facebook yang mempunyai unsur perkauman. Beberapa jururawat memfailkan saman gantirugi yang masih lagi belum selesai.

8. Keluhan Negatif

Kimberley Swann baru bekerja sebagai pentadbir syarikat di Ivell Marketing and Logistics di Essex, U.K. Pada hari pertama dia menulis "First day at work. Omg (oh my God)!! So dull!!" Dua hari kemudian, "All I do is shred holepunch n scan paper!!!" Ketua syarikat mengetahui hal tersebut dan memecat Kimberley tiga minggu selepas itu.

9. Langit Tak Selalu Cerah

Virgin Atlantic memecat 13 kru kabin selepas menyiarkan tanggapan mereka mengenai piawai keselamatan syarikat dan menggelar penumpang sebagai "chavs" - Slanga English untuk orang yang perpendidikan rendah. Mereka turut menyatakan terdapat banyak lipas di dalam kapal terbang dan syarikat tersebut telah menukar enjin sebanyak 4 kali dalam setahun.

10. Ajar Dengan Baik

Ashley Payne, seorang guru di Apalachee High di Winder, Georgia menggunakan bahasa yang baik dan menyiarkan gambar bersiar dan minum minuman keras sewaktu berada di Eropah. Pengetua sekolah menyifatkan tindakan tersebut tidak sesuai bagi seorang guru dan meminta Payne untuk berhenti kerja. Payne telah memfailkan saman berkenaan perkara ini.

11. Emo??

Di U.K, seorang pengguna Facebook bernama Lindsay memberitahu rakan-rakannya: "My boss is a total 'pervvy wanker.'" Malang sekali bos tersebut yang juga seorang rakan di Facebook membalas dengan berkata: "Don't bother coming in tomorrow."

Sumber: Forbes.com

P/s: Terasa janggal melakukan terjemahan.

Read more...

Tuesday, April 6, 2010

SALE!!! Domain .COM at RM0.99

SALE!!

 
Sape nak beli .COM dengan murah bole la cepat2 beli skarang sebab SALE tengah berjalan dan .COM hanya berharga RM0.99 sahaja. So kalau nak namakamu.com or namagirfriend.com bole start beli skarang kat Exabytes.com.my.

SALE .COM ni start 06/04/2010 at 9.00 AM (pagi) jadi jangan tunggu lama-lama. Cepat beli sebelum orang lain cilok.

Website: http://www.exabytes.com.my/

Read more...

Tuesday, March 30, 2010

Firefox Lutsinar a.k.a Transparent

Mesti ada salah sorang dari you all yang teringin tetingkap (window) Mozilla Firefox you all tu transparent or lutsinar or lutcahaya macam semua windows dalam Windows Vista or Windows 7. Takdak apa pun yang best kecuali nampak lawa sikit dan bole nak 'eksen' depan membe yang lain yang pakai Firefox style opaque yang dah agak kuno tu..

So.. kalau nak windows tu transparent sikit je.. you all bole baca posting yang aku tulis 50 tahun lepas.

Tapi.. kalau nak almost semua windows Firefox tu transparent macam dalam screenshot kat bawah ni.. you all bole download add-on kat sini..





Link download Firefox: http://www.mozilla.com/firefox?from=sfx&uid=251669
Link download add-on transparent: https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/12951

Read more...

Tuesday, March 9, 2010

Apa Orang New York Buat Bila Bosan??

Apa orang New York buat bila bosan? Atau bila kepala otak dah tak betul??

Sila jawab.. sapa bole jawab?

Jawapannya: Bila orang New York dah bosan.. depa naik subway train tak pakai seluar.

Aku tak tipu dan bukan nak buat cerita.. memang betul depa buat macam tu.. ada video kat sini sebagai bukti.. Sebenarnya aktiviti naik train tak pakai seluar ni dah jadi event tahunan sejak 2002 kalau tak silap aku.. Last skali event ni berlangsung time 10 Januari 2010 melibatkan 3000 orang New Yorkers. Walaupun start kat New York, event ni dah tarik minat ramai orang dari all other cities around the world dan jumlah keseluruhan yang tak pakai seluar dalam train hari tu lebih kurang 5000 orang. Cuba you all ingat balik time 10 Januari lepas tu.. mamat or minah yang dok sebelah korang dalam train tu pakai seluar ke tak pakai.



Cerita disedut dari http://improveverywhere.com/2010/01/18/no-pants-subway-ride-2010/. Try visit kalo nak tau lebih lanjut.

Read more...

Thursday, February 25, 2010

Kagum dan Jeles


Hari ni aku nak share kat you all semua pasal kehebatan sorang budak ni yang memang terer main gitar. Sapa yang minat muzik, reti main gitar or yang teringin main gitar mesti jeles giler bila tengok budak ni. Nama budak ni Sungha Jung.. orang Korea daa.. Born in 1996 means that he is currently 14 years old but he plays guitar like an experienced professional. Punya hebat budak ni sampai banyak artis hebat2 invite dia jadi artis jemputan ataupun ajak dia perform skali dengan depa.. termasuk Mr. Big the legend tu.. Gitar yang dia pakai pun sponsored and custom made. Kalau you all nak tengok more of his videos kat Youtube you all can visit his channel here and kalo nak tau lebih lanjut pasal budak ni bole visit website dia kat www.sunghajung.com.

Read more...

Monday, February 22, 2010

From CBox to ShoutMix

Aku baru switch dari CBox to ShoutMix.. kotak yang you all bole chat and letak link bila blogwalking tu.. sebab utama aku tukar is kt Cbox tiap kali masuk blog ni atau bila aku sendiri nk tulis mesti kena masukkan nama ngan apa2 benda yg aku nak tulis tu.. kalo pakai ShoutMix tak payah sebab kotak tu akan store apa yang last skali kita tulis.. so senang skit keja nak letak link kat blog aku ni kan.. you all pun mesti lagi suka kan..

Then aku buang Myspace Music yang ada kat blog ni sebab aku rasa takdak sapa pun yang nak dengaq lagu2 tu.. lagipun Myspace music tu berat sangat wat blog ni lambat load. Aku ganti spot tu dengan ShoutMix box.. biaq besaq skit.. dulu ada orang kata chatbox aku kecik sangat payah nak cari.. Pastu aku buang Amazon widget yang ada kat blog ni sebelum ni.. tak dak sapa pun nak guna widget tu so baik buang ja daripada dok wat blog ni 'humid'. You all rasa apa lagi yang tak patut ada kat blog ni? Yang you all tak suka? Bagitau la.. Pastu ikot suka aku la nak decide..

Read more...

Monday, February 15, 2010

Psikologi Warna

Adakah warna yang berbeza mempengaruhi mood anda?

Seperti kematian, kita tidak boleh lari dari warna. Warna terdapat di mana-mana sahaja. Namun apakah makna yang tersembunyi di sebalik warna-warna tersebut? Kenapa kita berasa lebih tenang di bilik berwarna hijau? Kenapa ahli sukan angkat berat menjadi optimal di gym berwarna biru?


Imej dari CrowdFlower


Warna mempunyai maksud yang berbeza mengikut budaya masing-masing. Bagi masyarakat barat, maksud pelbagai warna telah berubah dari tahun ke tahun. Namun pada waktu ini di Amerika Syarikat, para penyelidik mendapati maksud warna yang diberikan di bawah adalah tepat.

Hitam

Hitam adalah warna yang berpengaruh dan berkuasa. Warna hitam popular dalam fesyen kerana mempuatkan si pemakai kelihatan lebih kurus. Hitam juga bergaya dan sesuai bagi setiap masa. Hitam juga melambangkan penyerahan. Paderi memakai hitam sebagai tanda penyerahan kepada tuhan. Beberapa pakar fesyen menyatakan wanita yang memakai hitam melambangkan penyerahan diri kepada lelaki. Pakaian hitam juga boleh menjadikan si pemakai kelihatan amat kuat atau jahat contohnya golongan mafia ataupun samseng.


Putih
Pengantin perempuan memakai warna putih bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja. Namun begitu, warna putih lebih mudah menampakkan kekotoran dan lebih sukar untuk dijaga berbanding warna lain. Doktor dan jururawat memakai warna putih sebagai tanda kebersihan.


Merah
Merah adalah warna yang sangat beremosi. Merah boleh mempercepatkan denyutan jantung dan nafas. Ia juga adalah warna cinta. Pakaian merah akan menonjolkan si pemakai dan juga membuat pemakai kelihatan lebih berat. Oleh kerana merah merupakan warna yang agak ekstrim, warna ini tidak sesuai sewaktu berunding atau bergaduh. Kereta merah menjadi sasaran popular bagi pencuri. Dalam gubahan, merah selalunya digunakan sebagai penambahan untuk menonjolkan hiasan. Penggubah merasakan perabot merah adalah sesuai kerana ia akan menarik perhatian.


Warna paling romantik adalah pink dan juga lebih menenangkan. Pasukan sukan mewarnakan bilik persalinan pasukan lawan dengan warna pink supaya lawan akan kehilangan tenaga.


Biru
Biru adalah warna langit dan laut. Biru juga merupakan salah satu warna yang paling popular. Ia membawa kesan yang berbeza dengan warna merah. Biru membawa rasa tenang dan sejahtera kerana menyebabkan tindak balas kimia di dalam badan oleh itu sesuai digunakan di dalam bilik tidur. Biru juga boleh melambangkan sifat dingin dan kemurungan. Penasihat fesyen menasihatkan memakai biru untuk interviu kerja kerana sifat warna biru yang melambangkan kesetiaan. Manusia juga lebih produktif dalam bilik berwarna biru. Kajian menunjukkan ahli angkat berat mampu mengangkat beban lebih berat di dalam gym berwarna biru.


Hijau
Warna paling popular sebagai hiasan kerana hijau melambangkan alam semulajadi. Hijau adalah warna paling ringan untuk mata dan mampu untuk membaiki penglihatan. Hijau adalah tenang dan menyegarkan. Orang yang sedang menunggu untuk muncul di kaca TV akan berehat di "green room" untuk menenangkan diri. Hospital kerap menggunakan warna hijau kerana ia menenangkan pesakit. Pengantin perempuan di zaman Middle Ages memakai warna hijau untuk melambangkan kesuburan. Hijau gelap adalah maskulin, sederhana, dan menyifatkan kekayaan. Namun begitu, penjahit selalunya mengelak menggunakan benang hijau pada malam pertunjukan fesyen kerana takut ia akan membawa malang.


Kuning
warna kuning yang ceria amat menarik perhatian. Walaupun dianggap warna yang optimis, kuning boleh membuatkan orang menjadi panas baran atau marah dan bayi akan lebih kerap menangis. Kuning adalah warna paling sukar untuk diterima mata dan boleh merosakkan mata jika disalahguna. Kuning meningkatkan pemerhatian dan digunakan sebagai penanda jalan dan sebagainya. Kuning juga mampu mempecepatkan metabolisma.


Ungu
Ungu adalah warna diraja yang melambangkan kemewahan, kekayaan, dan kemodenan. Ungu juga feminin dan romantik. Namun ungu boleh kelihatan tidak tulen kerana sifatnya yang sukar didapati di alam semulajadi.


Coklat
Warna coklat adalah warna tanah dan begitu banyak di alam semulajadi. Coklat cerah menyifatkan ketulenan manakala coklat gelap lebih hampir kepada kayu ataupun kulit. Coklat juga boleh disifatkan sedih dan murung. Lelaki lebih cenderung menyatakan coklat sebagai salah satu warna kegemaran.


Ditulis oleh David Johnson
Diterjemah oleh Ridhuan Othman
Artikel asal: http://www.infoplease.com/spot/colors1.html

Read more...

Sunday, February 14, 2010

Result Urine Test 2 Minggu?

Result urine test 2 minggu hingga sebulan baru keluar? macam tipu je..

"KUALA LUMPUR: Pelakon bersiri drama seram popular Anak Pontianak yang ditahan kerana mengaku mengambil dadah jenis ketamin malam kelmarin, dibebaskan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) jam 3 pagi semalam.
“Sampel air kencing pelakon terbabit dihantar ke makmal patologi untuk proses lanjut. Keputusan akan diketahui dalam tempoh dua minggu hingga sebulan." Harian Metro Ahan 14 Februari 2010


Haritu aku nampak tajuk kat Metro "Pelakon Kantoi Amik Dadah" so aku wat dono je.. watpe aku nak amik tau.. pastu semalam sambil dok blogwalking aku terjumpak kat 1 blog ni pasal citer tu.. baru la aku tau sapa pelakon tu.. aku tak mau bgtau la sapa pelakon tu tapi nama dia Zarina kot kehkeh.. yang sebelum ni femes dengan aksi 'geget buah' ngan boyfriend dia tu.. ter'usha' gak gambar dorg semalam.. pastu femes lak gambar budak ni dok kiss kat club.. maybe sengaja kot nak bagi lagi popular.. sebelum tu takde orang nak amik tau pasal dia kan.. da wat aksi hot baru la kat mamak orang sembang pasal tu.. kat Google pun jadi hot search kan.. Well lantak la ape nak jd ngan ko minah..


Yang aku nak emphasize kat post ni nape la result urine test tu lama sangat.. sampai 2 minggu sampai 1 bulan.. patutnya 5 minit da bole dapat result.. apa lagi yang depa nak wat ngan urine tu sampai sebulan.. aku rasa nanti da 3 minggu kes ni depa amik pulak sample baru pastu result pun negatif la.. tactic nak clear nama.. Lagi 1 aku terbaca kat blom semalam tu.. minah ni kalau kantoi pun.. kalo result dia tu positif amik dadah.. maybe dia kena hukuman "pemerhatian komuniti' sebab 1st time. Apa benda aku tak tau tapi maybe dia tak kena masuk pusat serenti tapi kena controlled skit ja.. tak adil betul sebab orang lain kalau kantoi konfem kena masuk pusat serenti kan..

Read more...

Sunday, February 7, 2010

Penat Tapi Best

Hari ini aku pergi Sunway Lagoon. Aku pergi Sunway Lagoon dengan rakan-rakan. Rakan-rakan aku sangat gembira bermain air di Sunway Lagoon. Kami juga bermain permainan di Sunway Lagoon. Aku hendak bercerita kisah aku dan rakan-rakan di Sunway Lagoon.

Smlm aku tdo lewat dok buang masa lyn ym, fb dan apa lg benda mengarut kt intenet tu.. Mmg da plan dari last week nak p Sunway Lagoon tu sbb 3 org membe aku ni x penah p lg.. so depa ajak aku p sbb aku dah penah smpai situ.. aku pun dgn agak keberatan p jugak la.. best gak kalo men air kan hehe.. so pg td kul 9 tu aku dgr la membe sorg ni ketuk pintu umah aku tp sebab ngantuk yg amat aku wat dono je (membe yg ni tak dok serumah). Last2 ada gak membe sorg ni bgn bukak pintu haha.. teruk tul.. pastu smbil nk tggu q mndi aku smbung lg tdo.. at last smpai gak turn aku.. bgn jgk la wlaupun nk bukak mata pun susah.. lps siap p bekfes dulu kt mamak pastu terus g sunway. Awal lak smpai tmpt tu.. kul 10.30 kot smpai.. punya semangat membe aku nih.. dlm tu yg men air tu you all pun tau cmne kan.. yg best tgk muka sorg2 time naik benda alah apa ntah yg pusing2 pastu stop atas langit tu.. yg control macho camne pun konfem jerit gak la.. tambah best lak time naik tu ada gadis2 dok depan aku haha.. menjerit sakan la depa tu.. roller coaster pun bole la wat kecut perut skit tp kejap je.. tu pun pakat jerit gak la naik benda tu.. blom lg try yg mcm kt Universal Studios tu kan.. yg len tu p try sndiri la kalo x penah rasa.. emm lps tu sambung men ayaq lg.. tgh syoq dok nyelam2 skodeng main ayaq.. ada lak mamat ni bawak camera kt sebelah aku "bang nak amik gmbr?". Kami pun apa lagi posing la sat atas ayaq sat dalam ayaq.. dekat 16 keping kt tmpat tu je.. pastu baru tanya si mamat ni.. "gambar ni kalo nak bwk balik charge brp?" mamat ni pun cakap "sy xtau la bang.. yg tu kena tanya kaunter.. tapi kalo size 5R dlm RM30" pastu sambung posing jap lg sambil menyelam celah awek2 kt situ.. lepas tu p mana2 pun nampak camera je kami posing.. pandai lak geng Sunway Lagoon tu wat duit skrg.. last time aku p situ xdak lak geng camera ni.. dah penat tu kul 2 chow.. sblm kuar g kaunter gmbr dulu check gambar kami.. byk gak dkt 50 keping.. tanya si gelap kt situ dia kata burn 1 cd RM100 bang.. perghh.. pitih takdok bear.. tp gambar best2 at last amik jugak.. hulur la 100 kat mamat tu pastu dia bagi cd sekepin dlm tu ada 45 gmbr.. mahal gila.. lps tu masing2 lapar sgt p sumbat mcvalue lunch dulu kt mekdi.. pastu terus balik.. smpai umah masing2 pengsan.. penat tul hari ni..




 
berposing mcm boyband baru nk promote album (gambar mahal nih)

shown

Read more...

Thursday, January 21, 2010

Aku Menang Hadiah!!

Mula-mula aku ucapkan terima kasih banyak2 kpd IME Trading Sdn. Bhd. iaitu syarikat yg handle blog SolidWorks Malaysia Community (http://solidworks-malaysia.blogspot.com/) sebab telah menghadiahkan aku sebuah flashdrive 8GB berjenama Kingston. Hadiah flashdrive ni diberi sebagai penghargaan kpd pengikut bertuah dan aku salah seorang daripada pengikut2 yg bertuah tu. Announcement yg aku menang hadiah ni was already made in October 2009 tapi baru beberapa mggu lps aku sedar bila aku check blog SolidWorks tu dan bila nmpak nama aku ada kt situ aku pun cepat2 tulis komen tanya pasal prize tu. Seb baik dapat prompt reply from Ms. Felicia yg begitu bagus melayan pelanggan.




Buat masa ni mungkin tu je perkara baik yg jadi kat aku kot. Aku baru je ok dari demam denggi nih dan blood count aku pun blom normal lagi. Tiap hari termasuk esok pagi kena lagi pi amik darah. SAkit tu kena cucuk hari2. Memang tak best kena denggi sebab nak kena minum air byk2 walaupun aku rasa da cukup byk tapi doctor still cakap tak cukup lg. Perut da muncit pun..


Lepas demam aku ok nih asyik rasa lapar je aku nih.. makan banyak pun rasa nak makan lg.. sebab pe ntah la. Mlm ni je aku da makan fish sandwish, bubur mcd, apple 2 bijik, jambu 3 bijik.. apa lg.. Tambah pulak aku tengah frust mlm td aku pusing seksyen 2-13 cari satay tapi tak jumpak.. yang ada pun tutup awal sgt.. aku kuar bkn lewat sgt pun cuma kul 10.30 je.. kempunan aku nk makan satay tak dapat2.. last2 tapau bubur McD je.. esok mlm kena kuar awal skit cari satay.

Read more...

Monday, January 4, 2010

Tahun Baru.. Umur Baru.. Hidup Baru?

 Selamat tahun baru kpd anda semua.. rasa mcm kejap je dah 2010.. dan tak sedar2 hari ni dah 18 Muharram 1431.. maknanya smlm (17 Muharram) besday aku ler.. Aku dah 27? aahh? rasa mcm tua lak.. apa pun takdak lg nih.. apa aku nk buat nih? kalo umo 27 kena buat apa hah? hahaha.. blur aku.. kena keja best2 skit kot.. kena kawin kot.. (sapa berminat bg nama kt bawah k hahaha)... emm apa lg.. kena rajin skit.. nk update blog ni pun da tak rajin camna nk rajin wat benda lain kan..

Kawan baik aku da 4 org yg kawin.. emm tak ramai lg hehe.. so xyah pk pasal tu lg.. ada lagi geng bujang.. maybe tinggal 2 org bujang baru aku kena kejan kawin kot.. tapi byk lg plan aku tak setel ni.. nk pi pusing europe pun tak dapat lg.. emm.. nk beli kereta idaman tak dapat lg.. nk beli rmh besar2 pun tak dapat lg.. nk bukak restoran ntah bila dapat tu.. lg.. emm.. nk p jepun taktau pasai apa.. nk jd jutawan time umo 30.. yg ni in progress hehe.. kuat betul aku ni berangan.. ok len kali lak smbung berangan.. bye..

Read more...

Monday, December 21, 2009

Facebook Merosakkan Hidup


Anda semua perlu check diri masing-masing tahap ketagihan anda kepada Facebook terutama sekali bagi sesiapa yang terlalu kerap bermain permainan di laman web tersebut seperti Barn Buddy, Mafia Wars, FarmVille, dan sebagainya. Website tu bagus sebab boleh 'connect' semula kawan-kawan lama yang dulu kita tak pernah tegur pun. Tapi features dalam website tu buat kita semua termasuk diri aku sendiri ketagih nak bukak jugak walaupun tak ada apa nak buat. Bukak sebab nak tengok apa orang lain buat dan kalau ada kawan tulis pelik-pelik sikit maka boleh lah rakan-rakan yang lain mengutuk secara beramai-ramai. Kalau malas sangat nak mengutuk pun boleh tekan butang 'Like'. Aku harap sangat ada butang 'Dislike' atau 'Hate' sebab teringin sangat nak tekan butang tu bila ada orang ni buat update. Tengok tu, Facebook juga menyebabkan aku tak suka sorang kawan lama aku yang tiap hari akan tulis update negatif yang tiap kali lepas aku baca mesti aku cakap 'minah ni gila dah kot' atau 'minah ni betul-betul sangap'.

Okay sebab utama aku cakap Facebook merosakkan ialah permainan atau games dalam website tu begitu addictive sampai menjadi punca utama aku dan ramai lagi pengguna untuk buka website tu. Lepas dah selesai dengan game baru la nak tengok apa update rakan-rakan. Aku turut dengar beberapa cerita tak elok pasal Facebook termasuk sebuah cerita lucu yang anda semua mungkin pernah dengar kat radio. Kat Suria FM kot yang cerita pasal laki balik keja tapi bini dok syok layan Facebook. Aku pun tak pernah dengar dengan telinga aku sendiri pasal cerita ni tapi daripada mulut kawan aku yang susah nak tutup tu, ceritanya macam ni:

Seorang suami pulang dari kerja dalam keadaan letih. Beliau seterusnya meminta segelas air* daripada isterinya. "Ayang, mintak air segelas" (ayat yang aku pandai-pandai tambah). Isterinya dengan segera menjawab, "Kejap abang, nak bagi makan kuda..".

*apa yang betul-betul dia mintak tu aku tak sure.

Macam mana kalau anda berada di tempat suami tersebut. Satu lagi kisah benar yang diceritakan oleh kawan aku ni pasal seorang staf di sebuah institusi pengajian tinggi. Kawan aku ni kerja bahagian admin jadi dia ada access atau connection dengan security. Membe aku cerita, ada staf ni memang tunggu masa nak kena buang sebab tiap-tiap hari dok main game FarmVille kat Facebook sampai berjam-jam. Network security memang boleh tau apa yang we all buat kat internet melalui IP scanning. Aku tak tau la sekarang ni staf tu masih kerja kat situ atau dah kena buang. Kesian jugak kalau kena buang sebab main game bodoh je pun.

Jadi kepada anda semua, gunakan Facebook dengan bijak.

Read more...

Monday, November 16, 2009

Modem Pulak Buat Hal

Haritu aku ada puji streamyx skit sebab lebih laju dari biasa.. pastu modem aku majuk kot terus mampus. Hampeh tul.. 3 hari gak tak online.. skarang ni aku pakai modem baru.. Aztech 605E. Modem tu takda masalah kot tapi aku tak puas ati sebab internet tak stabil cam pakai model lama tu. Pening aku setting modem tu tiap hari nak cari setting terbaik. Lembab giler nk surf internet. Kalo sblm ni best je layan internet walaupun tak terbaik tapi ok la dari sekarang ni. Ada sapa-sapa mengaku hebat bab-bab ni? Silakan tolong..

Ok aku terang dengan lebih terperinci.. Sebelum ni tak kisah kalau semua orang yang guna internet kat rumah ni layan youtube ke.. download torrent ke.. layan metacafe ke.. internet surfing tetap maintain ok..

Skarang ni surf internet lembab especially kalo bukak torrent or metacafe. Memang la metacafe ngan torrent tu sedut bandwidth tapi kenapa sebelum ni ok je? Apa setting kat modem lama tu? Nak check pun tak boleh sebab modem tu dah mampus.. Silakan tolong..

Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Streamyx Buat Best la Pulak

Streamyx dah update system ke? Apa dah berlaku? Sejak semalam aku teramat berpuas hati dengan Streamyx sebab download speed aku kat torrent lebih kurang 50kB/s (kiloByte per second). Laju tu untuk torrent. Sebelum ni torrent download speed paling laju yang aku dapat pun dalam 20kB/s je. By the way make sure you know the difference between torrent download and download accelerator. With download accelerator, it is normal to have download speed up to 200kB/s but for torrent download it is very rare for me to have speed higher than 20kB/s.

Aku terkejut la jugak tapi hepi sebab download file 500MB pun dalam sejam dua je. Off course the speed is not maintained all the time sebab bergantung kepada seeders yang connect dengan aku. Kalau nak kata speed laju sebab banyak seeder pun tak bole jugak. Kejap tadi aku download 1 file and only 1 seeder from Thailand was connected. File 30MB finished in only 5 minutes. Sebelum ni tak penah lak Streamyx buat aku hepi macam ni. Adakah sebab hari selasa lepas aku pi komplen kat TMPoint? Apa kamu punya cerita?

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP