Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Sunday, February 7, 2010

Penat Tapi Best

Hari ini aku pergi Sunway Lagoon. Aku pergi Sunway Lagoon dengan rakan-rakan. Rakan-rakan aku sangat gembira bermain air di Sunway Lagoon. Kami juga bermain permainan di Sunway Lagoon. Aku hendak bercerita kisah aku dan rakan-rakan di Sunway Lagoon.

Smlm aku tdo lewat dok buang masa lyn ym, fb dan apa lg benda mengarut kt intenet tu.. Mmg da plan dari last week nak p Sunway Lagoon tu sbb 3 org membe aku ni x penah p lg.. so depa ajak aku p sbb aku dah penah smpai situ.. aku pun dgn agak keberatan p jugak la.. best gak kalo men air kan hehe.. so pg td kul 9 tu aku dgr la membe sorg ni ketuk pintu umah aku tp sebab ngantuk yg amat aku wat dono je (membe yg ni tak dok serumah). Last2 ada gak membe sorg ni bgn bukak pintu haha.. teruk tul.. pastu smbil nk tggu q mndi aku smbung lg tdo.. at last smpai gak turn aku.. bgn jgk la wlaupun nk bukak mata pun susah.. lps siap p bekfes dulu kt mamak pastu terus g sunway. Awal lak smpai tmpt tu.. kul 10.30 kot smpai.. punya semangat membe aku nih.. dlm tu yg men air tu you all pun tau cmne kan.. yg best tgk muka sorg2 time naik benda alah apa ntah yg pusing2 pastu stop atas langit tu.. yg control macho camne pun konfem jerit gak la.. tambah best lak time naik tu ada gadis2 dok depan aku haha.. menjerit sakan la depa tu.. roller coaster pun bole la wat kecut perut skit tp kejap je.. tu pun pakat jerit gak la naik benda tu.. blom lg try yg mcm kt Universal Studios tu kan.. yg len tu p try sndiri la kalo x penah rasa.. emm lps tu sambung men ayaq lg.. tgh syoq dok nyelam2 skodeng main ayaq.. ada lak mamat ni bawak camera kt sebelah aku "bang nak amik gmbr?". Kami pun apa lagi posing la sat atas ayaq sat dalam ayaq.. dekat 16 keping kt tmpat tu je.. pastu baru tanya si mamat ni.. "gambar ni kalo nak bwk balik charge brp?" mamat ni pun cakap "sy xtau la bang.. yg tu kena tanya kaunter.. tapi kalo size 5R dlm RM30" pastu sambung posing jap lg sambil menyelam celah awek2 kt situ.. lepas tu p mana2 pun nampak camera je kami posing.. pandai lak geng Sunway Lagoon tu wat duit skrg.. last time aku p situ xdak lak geng camera ni.. dah penat tu kul 2 chow.. sblm kuar g kaunter gmbr dulu check gambar kami.. byk gak dkt 50 keping.. tanya si gelap kt situ dia kata burn 1 cd RM100 bang.. perghh.. pitih takdok bear.. tp gambar best2 at last amik jugak.. hulur la 100 kat mamat tu pastu dia bagi cd sekepin dlm tu ada 45 gmbr.. mahal gila.. lps tu masing2 lapar sgt p sumbat mcvalue lunch dulu kt mekdi.. pastu terus balik.. smpai umah masing2 pengsan.. penat tul hari ni..




 
berposing mcm boyband baru nk promote album (gambar mahal nih)

shown

Read more...

Thursday, January 21, 2010

Aku Menang Hadiah!!

Mula-mula aku ucapkan terima kasih banyak2 kpd IME Trading Sdn. Bhd. iaitu syarikat yg handle blog SolidWorks Malaysia Community (http://solidworks-malaysia.blogspot.com/) sebab telah menghadiahkan aku sebuah flashdrive 8GB berjenama Kingston. Hadiah flashdrive ni diberi sebagai penghargaan kpd pengikut bertuah dan aku salah seorang daripada pengikut2 yg bertuah tu. Announcement yg aku menang hadiah ni was already made in October 2009 tapi baru beberapa mggu lps aku sedar bila aku check blog SolidWorks tu dan bila nmpak nama aku ada kt situ aku pun cepat2 tulis komen tanya pasal prize tu. Seb baik dapat prompt reply from Ms. Felicia yg begitu bagus melayan pelanggan.




Buat masa ni mungkin tu je perkara baik yg jadi kat aku kot. Aku baru je ok dari demam denggi nih dan blood count aku pun blom normal lagi. Tiap hari termasuk esok pagi kena lagi pi amik darah. SAkit tu kena cucuk hari2. Memang tak best kena denggi sebab nak kena minum air byk2 walaupun aku rasa da cukup byk tapi doctor still cakap tak cukup lg. Perut da muncit pun..


Lepas demam aku ok nih asyik rasa lapar je aku nih.. makan banyak pun rasa nak makan lg.. sebab pe ntah la. Mlm ni je aku da makan fish sandwish, bubur mcd, apple 2 bijik, jambu 3 bijik.. apa lg.. Tambah pulak aku tengah frust mlm td aku pusing seksyen 2-13 cari satay tapi tak jumpak.. yang ada pun tutup awal sgt.. aku kuar bkn lewat sgt pun cuma kul 10.30 je.. kempunan aku nk makan satay tak dapat2.. last2 tapau bubur McD je.. esok mlm kena kuar awal skit cari satay.

Read more...

Saturday, January 3, 2009

Still Want to Starbucks?

Sila baca statement kat image tu. Memang terang-terang Starbucks support Israel and customers is supporting starbucks and you might be the customers. Think about it.

Read more...

Saturday, December 13, 2008

Multi Level Marketing (MLM)

Pernah tak satu hari tu member lama tiba-tiba call and ajak minum. Kita pun bukan slalu sangat sembang ngan mamat ni dulu tapi dah orang ajak tu ok je la kan. On the way tu excited gak sebab lama tak jumpa kot la dia nak tunjuk kad kawin ke ape ke. Pastu dah sampai kat kedai mamak tu sembang-sembang la skit citer lama yang takde ape sangat pun. Pastu dah lepas 15 minit keluar ayat sempoi punya "Aku ada masuk program ni, buat duit wooo.. hang nak join tak? masuk la under aku." Huh! Sebab ni ghupenye dia nak jumpa aku. Rasa nak blah time tu gak. Tapi sebab kenal punya pasal lepak la dulu. "Join la program ni, bayar deposit RMxxxx pastu dapat bila dapat downline 5 org kita dapat la balik modal tu." pastu dia sambung lagi "Lepas tu bila downline ni dapat cari orang, kita dapat duit goyang kaki je". Sambil dia dok promote MLM dia tu kita try ubah topic. Membe ni pulak tengok kita wat bodo je sempat lak panggil geng. Kita baru je wat alasan nak blah tiba-tiba ada mamat mana tak kenal pun bole lak lepak join skali. Tolong promote program. Siap datang naik keta besar nak tunjuk dia dah berjaya ngan program tu. Dua orang tak cukup datang lak sorang lagi. Kali ni datang bawak file ngan cash nak tayang kat aku. Pergh dasyat depa ni siap ramai geng datang nak tarik orang baru.

Tapi bila dah ramai datang pastu dengan ketekunan mereka dok promote tu muncul lak idea dalam kepala aku. Baik aku wat depa penat skit promote sebab memang aku takkan join punya benda-benda camtu. Panggil lagi 10 orang pun takpa aku tak heran la. Sambil-sambil aku bagi harapan skit "Bole gak nak join ni.. kalau bole wat side income ok gak kan". Haha dengar aku cakap camtu lagi la depa dok persuade aku. Aku pun lagi layan tapi bila depa syok cakap aku wat muka tak minat. Hehe dalam hati ada gak rasa nak blah dari situ. Rasa nak lempang sorang-sorang pun ada sebab buang masa aku je. La ni biaq aku yang buang masa depa. Biaq depa penat skit. Aku memang tak sebut pun nak blah tapi sebab depa pun dah penat kot. Mula la sorang-sorang sebut ada hal kat tempat lain la, ada recruit baru tempat lain la, lantak la.

Aku bukan nak cakap benda-benda camtu takleh buat duit. Memang ramai yang hidup wat keja camtu tapi sorry la aku nak join. Bayar deposit banyak, pastu cari-cari orang lak. Dengan bisnes actual depa pun tak jelas. Pusing-pusing bole dapat duit. Yang kena tipu pun ramai. Banyak lagi cara kalau nak buat duit senang. Ada gak Multi-Level Marketing program yang tak payah keluar modal camtu. Aku tulis ni pun dapat duit gak skit. Senang-senang je tak payah keluar modal pun. U all pun mesti ada cerita camni kan. Share-share ler..

Read more...

Friday, December 12, 2008

Cerita Bola Sepak Malaysia

Sebelum game dapat macam-macam encouragement. Bila menang dapat macam-macam pujian. Bila kalah kena kutuk sakan. Coach sendiri pun kutuk. Tak ngaku silap sendiri. Tengok time Piala Suzuki ni pun dah cukup. Time menang dengan Laos si Sathia tu cakap wat best je pastu second game lawan Vietnam dia kutuk sakan si goalkeeper tu. Lepas tu kalah ngan Thailand but still dengar dia kutuk players. Tak mau ngaku gak silap sendiri. Patutnya awal-awal lagi bagi orang lain jadi jurulatih. Kalau single player game bole la nak salahkan pemain tapi bola ni team game. Yang patut bertanggungjawab ialah yang dalam team, yang coach team, yang pilih team, yang manage team, yang finance team, and yang support team. All problems mesti bole settle kalo semua sedar silap sendiri.

Supporters pun sama gak. Sokong team luar punya gila-gila. Team sendiri kutuk. Orang England mesti bangga orang Malaysia sokong team depa. Kat England, sapa pakai baju Liverpool kat Manchester confirm kena baling batu. Kat sini lain pulak. Team orang lain yang kita sokong sampai jadi fanatik. Sampai nak gaduh-gaduh. Tokey-tokey kedai mamak tu syok je kedai depa penuh. Yang tengok bola, lawan jerit lawan kutuk apa pun tak dapat. Aku pun memang suka tengok bola eropah ni tapi takde la sampai mencarut-carut kalo mana-mana team kalah. Aku bukan dapat apa-apa pun. Silap-silap wat dapat dosa je.

Read more...

Tuesday, December 2, 2008

Sejarah Aku Dan Komputer 2

Sejak tahun 1998, tahap penggunaan komputer aku dah berkurang dan lebih banyak dok spend time wat benda lain. Kalo kluar outing pun lepak port pastu wat smuggling skit je. Dah tak pi cc dah. Lepas tu tahun 2001 time aku kat utp baru jumpa pulak komputer. Time tu zaman gila Counter-Strike sampai sanggup naik basikal atau naik keta sumbat 8 org sebab nk pi lawan tembak kat cc. Time tu aku beli sebijik pc aku pakai Windows 98. Ada gak aku pakai Windows ME, and Windows 2000. Mula-mula tu rajin gak main CS tapi yang paling kerap aku main NFS Porsche Unleashed ngan Championship Manager 01/02. Budak2 lain pun ramai yang beratur nak main CM kat pc aku time tu. Aku pun kadang2 main sampai tetido atas kerusi depan pc tu. Red Alert 2 pun main gak siap ngan network lagi. Time tu aku blajaq pakai Macromedia Flash 5 ngan Macromedia Director 8. 2 software yang aku paling minat sebab bole buat animation. Bila aku blajaq skit camna nak wat animation, mula la blajaq skit camna nak wat website pakai Macromedia Dreamweaver. Pastu nak bagi cantik skit mula blajaq pakai Adobe Photoshop. Tu je yang aku wat. Ngaji tak terer pun. Tahun 2001 gak 1st time aku mula kenal mp3 and my feveret mp3 player, Musicmatch Jukebox. Aku guna Musicmatch sampai la nak install kat laptop aku ni takleh sebab tak support Vista. Frust tul sebab aku tak suka sangat Winamp sebab bunyi tak best.

Hujung 2001 tu aku pinjam 1 buku Flash 5 dari membe aku ni. Tebal giler buku tapi memang lengkap la nak wat reference. Time cuti tu memang aku khatam buku tu sambil wat apa yang ada dalam buku tu. Sambil2 tu aku dok rajin wat Photoshop. Dok wat wallpaper sendiri ngan superimpose tukar muka orang. Aku wat superimpose muka membe aku letak atas duit ngan convert jadi pempuan la ape2. Sambil tu wat gak animation untuk website aku. Punya la banyak time aku spend wat website tapi yg siap cuma 1 page je. Nak tulis address kat sini pun malas sebab memang takde ape kat site tu. Itu la aktiviti aku ngan pc aku yang tu sampai la 1 day motherboard meletup dalam tahun 2004. Ok la tu dah lama perform at optimum condition. Lepas tu semua hardware ngan components yang bole pakai aku jual kat membe aku. Memory aku jual kat lelong.com. Casing, motherboard, and processor ada lagi kat umah aku sapa nak meh amik free je.

Bila takde pc ni kena la rajin skit pi cc. Tahun 2004 aku blajar software Catia V5 and this is my favorite currently. Catia V5 ni engineering software untuk wat 3d modelling. Sambil-sambil aku blajar Solidworks. 2 software ni lebih kurang je ada plus minus. Tak banyak sangat activiti dengan komputer except main game. Tahun 2007 aku pakai computer lama skit tapi ok la bole gak wat keje ngan asignment. Komputer ni pakai Windows 98 dan aku cuma upgrade RAM je skit. Nak tukar Windows kot tak larat lak nanti. Time ni aku mula blajar pakai Adobe Illustrator ngan Macromedia Freehand. Start time ni aku slalu wat illustration kalo aku free. Time practical bos aku beli sebijik computer khas untuk aku skali ngan AutoCad LT 2009. Aku dah la tak reti langsung pakai Autocad. Mula2 tu memang pening gak camne aku nak wat tapi lepas seminggu dah ok sebab lebih kurang je ngan software lain. Kalo untuk wat 2d drawing memang best kalo pakai Autocad. Untuk 3d better pakai Catia atau Solidworks. Time ni aku dah tak wat website sebab skarang zaman blogging. Tak payah nak wat website sendiri, cari hosting la macam. Register je ngan Blogger or Wordpress dah settle.

Bulan 6 2008 aku start wat blog tutorial untuk Catia. Aku tak wat SEO pun sangat tapi tiap hari ada visitors. Memang ada orang yang wat reference sebab aku tengok location visitor tu sama je. Ada gak revenue walaupun sikit sangat. Lepas aku beli laptop sendiri baru la aku wat blog lain lak and wat SEO untuk blog-blog aku ni. Skarang ni baru la activiti aku ngan komputer dah semakin intensif dan rancak kembali. Selagi laptop ni idop memang aku gasak abis la.

Read more...

Friday, November 28, 2008

Sejarah Aku Dan Komputer 1

Last week aku download satu game flight simulator WW2, Combat Wings - Battle of Britain. Game ni lama and simple je. Tak tahu la tahun bila punya game. Tak perlu pakai Core 4 Extreme or Triple-Twin GPU Graphic Accelerator kalo nak main. Laptop buruk pun larat kot. Lepas abis main game tu aku pun teringat la game aku main zaman aku kecik2 dulu dan sejarah aku dan komputer. So skarang ni aku nak brag skit la pasal tu.

First time aku guna komputer bila kakak aku beli sebijik brand Epson tahun 1995. Time tu Epson ada produce komputer. Skarang ni tadak kot. Lebih kurang cam model dalam gambar tu la. Total cost time tu dekat RM5000 gak la skali dengan printer Canon BJ-10 black n white, Sound Blaster 16 package sebab soundcard tak skali ngan komputer, and some softwares yang mahal sebab pirate pun tatau wat bisnes lagi time tu. Time tu pakai Windows 3.11.

Tech Spec.
Epson IBM x86 PC
Pentium 100MHz
16MB RAM
1.44MB (3.5-inch) floppy diskette drive
101-key standard keyboard
mouse
MS-DOS 5.0
Microsoft Windows 3.11

Kena beli berasingan
Sound Blaster 16 with 2x CD-ROM Drive and Game Package
Canon BJ-10 Printer
Softwares
Dan yang lain2 yang aku tak amik tau

Guna windows tu tak macam skarang ni start computer terus masuk windows. Time tu kalo start komputer masuk DOS GUI dulu. Kat situ baru ada option nak load Windows ke, Lotus 123, Word Perfect, Games, pastu software ape lagi ntah. Nak install game pun kat DOS so kuar menu cam dalam BIOS tu. Time tu aku darjah 6 so memang excited la jumpa komputer. Mula2 kakak aku ajar camne nak bukak Windows or nak main game. Lepas tu yang lain semua aku pandai2 sendiri la. Menu dalam Windows semua B.I so tak paham sangat la tapi aku belasah je. Yang aku tau time tu jangan delete atau format je. Kalo silap ape2 tekan undo. Kalo tak bole undo senyap je la. Kira ok gak la sebab tak jadi masalah apa lagi stakat tu. Mula2 syok main game je, Strike Commander, Wing Commander II, Syndicate, Ultima VII, game PeterPan pe ntah. Bila boring tu baru masuk Windows main solitare, lukis ape2 pakai Paint, explore pc pakai File Manager. Time tu Start Menu takde, Drag & drop pun xde lagi kot. Hujung tahun 1995 kakak aku upgrade OS to Windows 95. Memang windows baru tu lagi menarik sebab added with more multimedia capabilities tapi yang tak bestnye DOS menu dah takde and maybe Windows tu makan memory banyak sampai aku dah takleh main game Strike Commander yang aku paling suka tu. Tinggal game Syndicate ngan Ultima VII je bole main yang macam game Diablo tu tapi aku sangkut sebab tak reti nak main sangat.

Bila boring sangat aku mula la explore komputer tu dengan lebih intensif. Jumpa software Corel PhotoPaint. Mula la aku edit2 gambar, lukis2, try effect2 yang ada kat software tu. Time ni aku ngaji kat skolah asrama so time cuti je aku guna komputer tu. Ada skali time form 3 aku buat apa ngan komputer tu lama sangat sampai meletup monitor. Terbang duit bapak aku beli monitor baru. Time dok skolah ilmu komputer aku makin maju skit walaupun time form 1 ada kelas komputer pakai WordStar yang memang ketinggalan zaman dalam 7 tahun maybe. Sebab tahun 1996 zaman Windows 95 so tak payah la pakai command DOS untuk word processing macam dalam WordStar tu and komputer kat umah aku pun tak payah pakai command camtu utk word processing sebab dah ada GUI software. Pakai pulak computer lama dengan floppy lembik dan besar tu. Penah tengok tak? Tapi ok gak sebab dari situ aku blajar command DOS. Blajar camne nak copy or move file dalam DOS, camne nak print & ape2 lagi.

Start tahun 1997 time aku form 2 aku mula kenal Championship Manager. Older version of Football Manager. Budak2 lain gila pi CC main Red Alert tapi aku ngan geng pi CC main Championship Manager 97/98. Hari sabtu je kluar outing awal terus pi cc yang sama tiap minggu sebab game tu install kt situ. Kalo org lain pakai pc tu kena la tunggu dulu sebab save game ada kat situ je. Main satu pc 4 orang kot. Start form 3 aktiviti IT aku dah kurang skit. Pi cc pun tengok email ngan tengok gambar. Time tu budak2 tak pakai henset so email, tepon rumah ngan tepon public je bole pakai nak contact awek pun. Time form 3 dah mula masuk kategori pelajar bermasalah so bab IT ni dah tak amik tau sangat. Seronok wat benda lain je. To be continued...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP