Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, April 25, 2009

Tolong Sebarkan Kepada Rakan-rakan

Kesibukan dan kemalasan membuatkan aku sukar untuk menerbitkan penulisan baru di blog ini. Namun hari ini aku terjumpa beberapa perkara yang tak mampu untuk didiamkan seorang diri. Perkara yang perlu dikongsi bersama sesiapa sahaja. Pergh skema betul aku nih.. Semalam aku lepak umah membe. Kat situ ada sorang membe non-muslim tp awek dia ni muslim. Time explore laptop mamat ni terjumpa 1 video best punyer.. ada kat bawah ni.. tengok sendiri la aku malas nak taip banyak2. Sebabkan video tu dah 'downloaded' terpaksa la aku cari kat youtube sebab nak share kat sini.


Video ni dah di 'resize' untuk fit dengan cantik di blog ni.. nak full size click link ini.. HD pun ada..

Dari video tu aku pun nak try sndiri calculate macam dalam video tu tapi tak berjaya lak sebab nak kena pakai Google Earth. Nak cari North Pole susah sangat so aku bukak Wikipedia. Aku ni pulak kalo buka Wikipedia mula la nak melarat baca benda lain pulak. Ada link menarik je aku click. Sampai la kat page "Halal". Dah baca habis jumpa lagi benda yang perlu aku share kat sini.
Bacalah dengan sendiri..

http://en.wikipedia.org/wiki/Wilhelm_Schulze_(professor_of_veterinary_medicine)

http://www.scottish.parliament.uk/s3/committees/petitions/petitionsubmissions/sub-08/08-PE1118C.pdf

http://www.iccservices.org.uk/downloads/reports/stunning_issues__definitions_reasons_humaneness.pdf

Read more...

Friday, February 13, 2009

Don't Take Me to Hell With You


Tengah hari semalam lepas tapau nasik aku pun park la kat meja kaca tak beralas kat rumah aku sambil tengok History Channel.. feveret aku tu.. As usual kalo nak makan aku amik la paper kelmarin or yang lama2 wat alas. Sambil makan tengok citer Fidel Castro tu terpandang lak article yang kat dalam paper wat alas tu. Tajuknya aku dah tak ingat.. paper tu pun dah buang dah.. tapi lebih kurang camni la.. Remaja Bangga Tiada Dara.. kalo tak betul u check balik la Metro Ahad kot.. Citernye pasal pengakuan 3-4 org dak pempuan umor dlm 15-16 thn pasal aktiviti yang tak elok. Ape nak jadi la ngan rakyat Malaysia ni. Kecik-kecik dah pandai buat benda tak elok.

Girl yg first tu ngaku first time wat sex time tahun 5. Tahun 5?? tu umor 11 tahun je tu.. pastu dia cakap bila dah besar skit ni.. dah ketagih sangat.. sape2 je layan.. kenal 5 minit pun jalan je.. sampai 1 hari 5-6 orang pun tak puas lagi.. Well.. kalo ko dah camtu ape aku bole buat kan.. Citer girl yang lain pun lebih kurang gak la.. semua citer pasal tu.. Yang aku tak puas hati tu.. depa ni bangga lak buat benda2 tak elok tu.. Kalo jadi "trophy" mat rempit tu kira best la.. Suka heboh ngan membe2 yg depa main mamat ni semalam.. main mamat ni kelmarin.. main 2-3 org serentak.. Pastu yang masih dara dan suci lak yang kena kutuk.. Kena pulau la.. kena tuduh pempuan jalang main ngan ramai orang.. girls might know la kan.. sampaikan yang suci tu lak tergadai maruah sebab tak nak ditendang out of clique. Siap ada ngaku dalam 20 membe tu.. 17 org dah tak dara dah.. Bahaya.. camne nak cari calon isteri solehah kalo camni..

Nape jadi camni? Kalo nak buat jahat.. nak buat benda tak baik.. tak payah la ajak orang.. kalau nak jump to hell.. don't take others with you.. Maybe dak pempuan yang 2-3 orang ni dah insaf tapi budak yang depa rosakkan tu.. yang kena paksa main ngan laki mana2 sampai jadi ketagih.. maybe takkan insaf sampai mati.. Sapa nak bertanggungjawab? Selagi tak buncit memang tak stop ler.. Ni baru citer time depa muda.. Kalo dah besar tak berubah lak camne? Lagi sakan citernye kot.. Yang tengah baca blog ni pun ntah ada yang cakap "Sukati aku la nak watpe pun.. ko jeles la tu.." Naluri lelaki memang la ada gak teringin kan.. gadis remaja segar bugar tu.. Tapi syukur la aku tak terlibat kan.. kot esok mati tak sempat nak taubat nanti terpaksa la aku meraung dalam api hitam selama jutaan tahun selagi Allah tak ampunkan aku.

Cerita camni.. kalo tanya pempuan mesti laki yang disalahkan.. katanya pempuan ni senang dipujuk.. ayat skit dapat ler.. Kalo tanya laki lak pempuan yg salah.. Takde sape nak ngaku.. Tapi lets focus on the situation. How about what happened within the girls' clique? Sampaikan bangga diri dah tak bermaruah.. Kalo you all baca story kat situ, girls tu cari target org yg umor 20+, yg dah tak skolah sebab tanak kantoi ngan mak bapak, yang guys pulak.. teenage girls camtu memang easy target la.. macam magnet lak.. sama2 mencari.. elok la tu.. makin bertambah la maksiat kat bumi bertuah ni.. Sapa yang tak terlibat ngan aktiviti camtu berdoa la supaya Allah delay His punishment to these people so that we can also be safe. Mana tau kot kes tu berlaku sebelah rumah je kan.. Wait!! Maybe His punishment is also for us because we don't do something about it.

Well.. lepas tulis panjang2 aku pun try Google gambar skit nak letak kat sini tapi jumpa lak article yang dimaksudkan tadi tu kat sini.. Ada orang lebih rajin type semua kat situ. You all baca la sendiri.. Aku tau you all ni malas nak baca paper. Baca dan amik iktibar.. jangan nak tiru or amik kesempatan lak pasni pi ngorat dak skolah. Sapa ada anak or adik ke tak kisah la laki ke pempuan, try spy skit activity depa tu just to be safe. At least you don't have to be an instant grandad or uncle or makcik.

Read more...

Friday, January 2, 2009

Keajaiban Sains Dalam Al-Quran

File pdf yang diselit di sini menerangkan keajaiban Al-Quran yang telah dibuktikan oleh sains. Ditulis oleh Harun Yahya dan ditranslate into Indonesian by Rika Hermawan. Kalau ada sapa jumpa version Bahasa Melayu please share the link. File ni aku dapat from email. Anda bole check banyak lagi karya dan kajian oleh Harun Yahya di website dia: http://www.harunyahya.com/. Banyak dalam Bahasa Inggeris tapi bahasa lain termasuk Bahasa Melayu pun ada tapi tak semua. Aku letak file ni sebab ada gambar sekali. Yang version BM tak cukup lengkap lagi. Sapa rajin nak translate pun bole jugak. Aku pun nak try translate kalau ada masa.

Download the file here: http://www.geocities.com/eworque/Keajaiban_Al_quran.pdf

Read more...

Thursday, January 1, 2009

Proof that Quran Is the Book of God



This video can be the proof that we should not have any doubt to believe all that contained in the Holy Quran and all the teachings of Prophet Muhammad S.A.W. Some people have doubt because they don't feel like Quran has any scientific proof. This video shows top scientist confess that Quran is a work of Allah. Subhanallah.

Read more...

Wednesday, December 31, 2008

Patung atau Teddy Bear Haram Diletakkan Dalam Rumah

Tergerak hati tulis pasal ni lepas baca posting oleh Zulkamal. Dalam setahun-dua lepas aku ada dengar Kuliah Subuh kat TV3 tapi tak ingat dah sapa yang bagi tazkirah tu. Yang pasti aku ingat dia cakap anak patung atau teddy bear atau apa-apa yang menyerupai benda hidup tidak boleh diletakkan di dalam rumah sebagai barang perhiasan. Benda-benda tersebut hanya layak berada di dalam rumah sekiranya masih lagi menjadi alat permainan kanak-kanak. Apabila tiada lagi budak-budak main dengan benda-benda tu, janganlah di simpan seperti perhiasan sebaliknya disimpan di dalam kotak yang tertutup atau dibuang sahaja kerana apabila disimpan seperti hiasan, benda-benda tersebut adalah sama seperti berhala. Maka dengan itu, para malaikat mungkin tidak dapat berada di rumah kita untuk menjaga keselamatan kita dan akan memudahkan syaitan untuk senang lenang menghasut penghuni rumah itu. Yang dah besar tu kalau ada teddy bear tu main-main lah dengan ia kerana jika tidak dimainkan maka ia akan menjadi sebuah perhiasan sahaja dan menyerupai berhala. Sila rujuk kepada yang pakar untuk kepastian. Saya hanya cuba menyampaikan perkara baik. Tak pakar pun. :)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP