Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

11 Kesilapan Di Facebook Yang Menamatkan Kerjaya

Berhati-hati menggunakan Facebook sebab kesilapan kecil boleh membawa padah yang besar.


1. Sindiran Pedas
Gloria Gadsden, seorang professor sosiologi di Pennsylvania's East Stroudsburg University suka membuat sindiran di Facebook. Pada bulan Januari Gloria menulis "Does anyone know where I can find a very discreet hit man? Yes, it's been that kind of day." dan di bulan Februari dia menulis "Had a good day today. DIDN'T want to kill even one student." Pihak universiti mengambil berat perkara tersebut berikutan kes-kes yang pernah berlaku pada tahun-tahun yang lepas. Gadsden diberikan cuti tanpa gaji selama sebulan dan dibenarkan kembali bekerja pada bulan Mac.

2. Mulut Murai

Seorang anggota polis di Atlanta, US diberhentikan perkhidmatan selepas menyebarkan informasi sulit mengenai kerjanya di Facebook. Antara yang tersebar adalah penglibatan dengan FBI dalam sebuah kes dadah, waktu kerja sebagai polis berpakaian biasa, dan pengakuan bahawa dia tidak gembira dengan kerjaya tersebut.

3. Sayang Bapa

Disember, selepas ketua eksekutif General Motors Fritz Henderson meninggalkan syarikat dan diganti oleh Ed Whitacre, anak perempuan Henderson, Sarah Henderson menulis di halaman Facebook General Motors dan menulis "HE F------ GOT ASKED TO STEP DOWN ALL OF YOU F------ IDIOTS. IM FRITZ'S F------ DAUGHTER, AND HE DID NOT F------ RESIGN. WHITACRE IS A SELFISH PIECE OF S---, WHO CARES ABOUT HIMSELF AND NOT THE F------ COMPANY. HAVE FUN WITH GM, I HOPE TO NEVER BUY FROM THIS GOD FORESAKEN COMPANY EVERY AGAIN. F--- ALL OF YOU."
Tiada maklumat berkenaan apa yang berlaku selepas itu.

4. Cakap Besar

Februari, seorang pengawal penjara di Nebraska bercakap besar di Facebook untuk menghentak kepala seorang banduan ke lantai. Dua lagi pengawal penjara turut menyatakan sokongan terhadap tindakan tersebut. Pihak pentadbiran tidak berpuas hati dan akhirnya ketiga-tiga pengawal penjara kehilangan kerja pada bulan Mac.

5. Mati Pun Salah

Kebiasaannya orang awam tidak dibenarkan melihat mangsa bunuh termasuk dalam bentuk gambar. Seorang juruteknik perubatan kecemasan di New York telah menyebarkan gambar-gambar seorang mangsa yang dibunuh menggunakan wayar pengering rambut. Dia kehilangan kerja selepas insiden tersebut.

6. Maki Tak Kena Tempat

Dan Leone, seorang pekerja operasi di stadium pasukan NFL Philadelphia Eagles tidak berpuas hati selepas pasukan tersebut membiarkan Brian Dawkins menyertai Denver Broncos. Dan Leone menulis kepada seorang rakan di Facebook "Dan is [expletive] devastated about Dawkins signing with Denver … Dam Eagles R Retarted!!". Walaupun dia memadamkan tulisan tersebut, Philadelphia Eagles memecat Leone beberapa hari selepas itu melalui telefon.

7. Gosip Panas

Tiga belas jururawat dan pekerja di Hospital Harrisburg, Pennsylvania dipecat selepas menubuhkan kumpulan sembang di Facebook yang mempunyai unsur perkauman. Beberapa jururawat memfailkan saman gantirugi yang masih lagi belum selesai.

8. Keluhan Negatif

Kimberley Swann baru bekerja sebagai pentadbir syarikat di Ivell Marketing and Logistics di Essex, U.K. Pada hari pertama dia menulis "First day at work. Omg (oh my God)!! So dull!!" Dua hari kemudian, "All I do is shred holepunch n scan paper!!!" Ketua syarikat mengetahui hal tersebut dan memecat Kimberley tiga minggu selepas itu.

9. Langit Tak Selalu Cerah

Virgin Atlantic memecat 13 kru kabin selepas menyiarkan tanggapan mereka mengenai piawai keselamatan syarikat dan menggelar penumpang sebagai "chavs" - Slanga English untuk orang yang perpendidikan rendah. Mereka turut menyatakan terdapat banyak lipas di dalam kapal terbang dan syarikat tersebut telah menukar enjin sebanyak 4 kali dalam setahun.

10. Ajar Dengan Baik

Ashley Payne, seorang guru di Apalachee High di Winder, Georgia menggunakan bahasa yang baik dan menyiarkan gambar bersiar dan minum minuman keras sewaktu berada di Eropah. Pengetua sekolah menyifatkan tindakan tersebut tidak sesuai bagi seorang guru dan meminta Payne untuk berhenti kerja. Payne telah memfailkan saman berkenaan perkara ini.

11. Emo??

Di U.K, seorang pengguna Facebook bernama Lindsay memberitahu rakan-rakannya: "My boss is a total 'pervvy wanker.'" Malang sekali bos tersebut yang juga seorang rakan di Facebook membalas dengan berkata: "Don't bother coming in tomorrow."

Sumber: Forbes.com

P/s: Terasa janggal melakukan terjemahan.

Read more...

Sunday, February 14, 2010

Result Urine Test 2 Minggu?

Result urine test 2 minggu hingga sebulan baru keluar? macam tipu je..

"KUALA LUMPUR: Pelakon bersiri drama seram popular Anak Pontianak yang ditahan kerana mengaku mengambil dadah jenis ketamin malam kelmarin, dibebaskan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) jam 3 pagi semalam.
“Sampel air kencing pelakon terbabit dihantar ke makmal patologi untuk proses lanjut. Keputusan akan diketahui dalam tempoh dua minggu hingga sebulan." Harian Metro Ahan 14 Februari 2010


Haritu aku nampak tajuk kat Metro "Pelakon Kantoi Amik Dadah" so aku wat dono je.. watpe aku nak amik tau.. pastu semalam sambil dok blogwalking aku terjumpak kat 1 blog ni pasal citer tu.. baru la aku tau sapa pelakon tu.. aku tak mau bgtau la sapa pelakon tu tapi nama dia Zarina kot kehkeh.. yang sebelum ni femes dengan aksi 'geget buah' ngan boyfriend dia tu.. ter'usha' gak gambar dorg semalam.. pastu femes lak gambar budak ni dok kiss kat club.. maybe sengaja kot nak bagi lagi popular.. sebelum tu takde orang nak amik tau pasal dia kan.. da wat aksi hot baru la kat mamak orang sembang pasal tu.. kat Google pun jadi hot search kan.. Well lantak la ape nak jd ngan ko minah..


Yang aku nak emphasize kat post ni nape la result urine test tu lama sangat.. sampai 2 minggu sampai 1 bulan.. patutnya 5 minit da bole dapat result.. apa lagi yang depa nak wat ngan urine tu sampai sebulan.. aku rasa nanti da 3 minggu kes ni depa amik pulak sample baru pastu result pun negatif la.. tactic nak clear nama.. Lagi 1 aku terbaca kat blom semalam tu.. minah ni kalau kantoi pun.. kalo result dia tu positif amik dadah.. maybe dia kena hukuman "pemerhatian komuniti' sebab 1st time. Apa benda aku tak tau tapi maybe dia tak kena masuk pusat serenti tapi kena controlled skit ja.. tak adil betul sebab orang lain kalau kantoi konfem kena masuk pusat serenti kan..

Read more...

Friday, May 15, 2009

Kosmetik ancam hormon seks lelaki


"LONDON: Bahan kimia dalam makanan, kosmetik dan produk pembersih bertanggungjawab ‘mewanitakan’ bayi lelaki yang belum lahir serta meningkatkan risiko barah dan ketidaksuburan pada lewat kehidupan mereka.

Salah seorang pakar biologi reproduktif terkemuka Britain, Profesor Richard Sharpe, berkata bahan berkenaan dikaitkan dengan pertambahan kadar kelahiran cacat dan barah zakar serta pengurangan jumlah sperma.

Laporan penasihat kerajaan yang disiarkan semalam ialah paling terperinci mengenai ancaman kimia kepada bayi lelaki yang menghalang tindakan hormon seks lelaki, testosterone, atau meniru hormon seks perempuan, oestrogen." Sumber asal: Berita Harian 15 Mei 2009

Ingat tu kaum ibu.. patut la ramai lelaki jadi lembut skarang ni..

Read more...

Tuesday, March 24, 2009

Cantik vs Bijak


LONDON: Kajian baru mengesahkan lelaki lebih rela keluar bersama dengan wanita cantik yang bodoh daripada wanita bijak tetapi kurang menarik.

Tinjauan menunjukkan 73 peratus lelaki lebih berkemungkinan memilih gadis seperti pemenang siri Celebrity Big Brother’s, Chantelle Houghton berbanding bintang Cabaran Universiti, Gail Trimble.

Lebih separuh lelaki berkata otak yang bijak tidak penting selagi wanita itu cantik kerana ia penting untuk mengagumkan rakan mereka. Lapan daripada 10 lelaki berkata, mereka tergugat dengan gadis bijak. - Berita Harian 24/3/2009


Apa kata wanita Malaysia? lelaki Malaysia? mari kira lihat..

Read more...

Monday, February 2, 2009

Wanita Berdagu Tirus Lebih Setia?


LONDON: Lelaki yang mahukan isteri setia disaran memilih wanita berdagu tirus kerana penyelidikan membuktikan wanita dengan dagu lebar cenderung menjalin hubungan sulit. Berita Harian, 2/2/2009.

Betul ke? Yang menarik sebab kat ayat atas tu ada perkataan "disaran". Sape dagu lebar tu mesti dh risau nanti saham jatuh hehe. Tapi tu kat London.. Kat Malaysia ni camne lak? Cuba citer skit. Sape dagu lebar? Sape dagu tirus? Betul tak statement dalam paper tu?

Read more...

Thursday, December 25, 2008

Bahaya Perempuan Cantik

GUADALAJARA: Ratu cantik Mexico dari bandar Sinaloa yang terkenal dengan kegiatan pengedaran dadah, ditahan bersama beberapa lelaki disyaki anggota kumpulan penjenayah dalam trak dipenuhi senjata api dan peluru.

Ratu Sinaloa 2008, Laura Zuniga tunduk dengan rambut menutup wajahnya ketika dia bersama tujuh lelaki ditunjukkan kepada pemberita. Askar memakai topeng ski mengawal model berusia 23 tahun itu dan suspek lain. -Berita Harian, 25/12/2008


Kepada sapa-sapa yang tak tahu, nak jadi ratu cantik kena tunjuk personaliti baik, nak tolong orang susah, buat community service, apa benda lagi. Tapi yang ni join terrorist and geng buat dadah or edar dadah. Sama ngan geng bunuh orang la. Dah tentu apa yang dia buat time beauty pageant tu semua tipu je kan. Memang fake betul.

Read more...

Thursday, December 18, 2008

Bomoh Paling Muda Yang Popular

"KUANTAN: Polis menahan seorang bomoh berusia 20 tahun, semalam selepas tiga mangsa membuat laporan polis mendakwa ditipu gadis berkenaan membabitkan kehilangan wang tunai dan barang kemas berjumlah RM11,000 selepas berubat. Berita Harian, 18/12/2008"

First time aku dengar bomoh bawah 30 tahun. Perempuan lak tu. Camne bole jadi bomoh tu? Sekolah mana dia blajar? Ada special course ke? Sayang takde gambar nak tengok cun ke tak. Kalo dah menipu tu mesti bukan bomoh kan. Mangsa pun bengong jugak. Camne la bole pi kat bomoh tu. Awal-awal lagi cam takleh caya je budak umor 20 tahun jadi bomoh. Jadi doctor pun at least 23-24 baru dapat. Tu pun intern je.

Read more...

Tuesday, December 16, 2008

Video Bush Kena Baling Kasut

Untuk sapa-sapa yang belum notice pasal George Bush kena baling kasut kat Iraq semalam. Sayang sekali kasut saiz 10 tu tak kena muka dia. Tapi lawak jugak la tengok bush elak kasut tu.

Read more...

Wednesday, December 10, 2008

Update kes Azmin Ali Kena Maki

Semalam aku ada selit cerita Azmin Ali kena maki. Hari ni jumpa video TV3 pasal tu tapi baik u all tengok sendiri kat youtube and baca komen kat situ. Kalo letak video kat sini nanti tak keluar comments. Yang kena maki balik kat comments tu orang yang maki Azmin tu. Kononnya orang tua tu memang berlagak pun. Tengok dan nilai sendiri la. Syok jugak baca comments kat situ. Youtube link: http://www.youtube.com/watch?v=PvC7YpflKcg

Read more...

Tuesday, December 2, 2008

Harga Baru Minyak Malaysia


Harga baru minyak petrol dan diesel berkuat kuasa Rabu 3 Disember 2008:
New Malaysia Fuel Price starting on Wednesday December 3, 2008:

RON 97: RM1.90/liter
RON 92: RM1.80/liter
Diesel: RM1.80/liter

Sumber/source: Buletin Utama Selasa 2/12/2008

Harap-harap barang runcit dan makanan pun akan turun sebab dah takde alasan pun kalau nak letak harga mahal.

Read more...

Tuesday, November 25, 2008

Sheikh Muszaphar kena Siasat


"Siasatan terhadap angkasawan ditangguh SERDANG: Siasatan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar berhubung dakwaan angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengumpul RM1.2 juta menerusi ceramah di seluruh negara akan ditangguhkan hingga minggu depan bagi membolehkan kementerian mengumpul maklumat lanjut." - Berita Harian, 25-11-2008

Aku curiga skit kat sini sebab kalo dia buat duit 10 juta pun awatnya? Yang pi becakap merata tempat tu dia sendiri bukan buli org lain suruh bercakap. Bercakap pun penat gak.. Nak cover duit minyak lagi, apa2 pun. Kalau 1 event dia charge cikai2 pun 1000 mmg bole buat duit dah. Tapi 1000 tu cikit sangat kalo nak ceramah camtu. Tak tau la dah berapa event dia pi buat ceramah. Loyalti tv, radio, iklan tak kira lagi tu.

Read more...

Datuk Shah Rukh Khan?


Apa yang Shah Rukh Khan tu dah buat untuk Malaysia sampai bole dapat Datuk tu selain daripada dok menari kat tv. Senang sangat orang luar bole dapat. Awat tak bagi jer kat artis tempatan. Ramai lagi yang dok tunggu nak dapat gelaran tu. Jalaludin Hasan dengan Tarmimi Seregar dah belakon punya lama baru tahun ni bole dapat Datuk. Yang si Shah ni dok mana hala tiba2 bole dapat lak. Sapa la bagi idea tu. Ni pun aku dapat tau sbb Berita Harian hari ni bgtau Majlis Penganugerahan ditunda. Maknanya tak official lg la dia jd datuk.

"Majlis anugerah Datuk Shah Rukh Khan ditunda
MELAKA: Majlis penganugerahan darjah kebesaran Melaka sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob yang ke-70 kepada aktor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan yang dijadualkan di Seri Negeri pada Sabtu ini, ditunda pada 6 Disember.
" -Berita Harian, 25-11-2008

Read more...

Wednesday, November 19, 2008

Yellow Underwear

Ada citer klakar dari Brazil. Aku cilok yg ni dari Berita Harian tarikh hari ni.



"Macam-Macam: Tuah pakai seluar dalam kuning

SAO PAULO: Semakin ramai penduduk Brazil membeli seluar dalam berwarna kuning atas alasan ia membawa tuah berbanding warna lain, terutama ketika negara itu berdepan krisis kewangan yang kian meruncing.

Media tempatan melaporkan, ramai rakyat Brazil yakin memakai seluar dalam kuning pada malam menjelang Tahun Baru ini bagi membolehkan mereka dijauhi masalah kewangan pada tahun depan.

Warna kuning turut mewakili wang, dikatakan lebih 'berkuasa' berbanding warna lain.

� Agensi"

Yang aku heran tu nape sluar dlm? kalo baju ke se'luar' xleh ke? mcm2.. Org Malaysia ada wat camtu tak?

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP