Monday, January 19, 2009

Kenal Kereta Anda?


Aku nak share sikit pengetahuan aku pasal kereta sebab aku penah blajar skit pasal automotive. Saje tergerak hati nak tulis sebab kadang2 tu nampak cam ramai je yang kurang paham atau silap faham. Aku selit la skit tips-tips atau ape la yang aku slalu nampak tapi nak tegur tak bole tu. Banyak aku tulis kat sini. Sila baca dengan teliti.

Bab 1

Variable Valve Timing (VVT) ialah teknologi dalam enjin piston yang boleh mengubah timing atau duration atau lift atau semua sekali untuk injap masuk (intake valve) atau injap eksos (exhaust valve) atau kedua-duanya skali mengikut kelajuan enjin (RPM). Lagi besar lift atau lagi lama duration valve tu bukak lagi power la enjin tapi tak bole la buat all time nanti parah lak minyak. Kalau tak faham jugak, Proton (Campro), Honda (VTEC), Toyota (VVT), Nissan (VTC), BMW (Vanos), Mitsubishi (Mivec) dan macam2 lagi. Jangan silap faham Honda je best sebab ada VTEC. Bila ada VVT, penggunaan minyak dapat dioptimumkan mengikut keperluan enjin. Apa2 enjin pun.. kalau tekan abis memang makan minyak kuat gak. Tapi dengan VVT, penggunaan minyak untuk regular speed tak la teruk macam kereta lama yang takde VVT. Sebab tu Vios 1.5 lebih jimat dari Iswara 1.3. Teknologi yang lebih baru ada tambah -i (intelligent) kat belakang VVT tu sebab ada control computer. One more thing, jangan ingat semua yang ada VVT or VTEC or whatever tu hebat sangat. Contohnya VTEC kat Honda City untuk jimat minyak tapi VTEC Honda Civic Type-R untuk power. Kalau nak beli kereta second hand tu jangan la tertipu pasal ni. Kereta baru no problem sebab skarang ni semua dh pakai VVT-i. Campro lama cuma kacau timing je tapi Campro CPS kacau timing dengan lift.

Bab 2

Kalau nak beli keta second hand tu, make sure you know the model, years and kalau bole tu engine model. Lepas tu wat checking skit kat internet. Banyak source bole cari. Sebab untuk setiap model keta ada variation gak. Salesman keta maybe tak tau sangat so dia letak je harga sama untuk model2 tertentu. Tapi kalau anda bijak, maybe bole dapat keta yang perform lebih baik dengan harga yang sama. Contohnye.. dah berpuluh model Honda Civic kat Malaysia ni saje. Tiap2 tahun keluar model lain. Dalam banyak2 model pun ada version lain2 gak. Model 1996 pun ada banyak version ngan enjin lain2. Start 2008 Proton pasang Campro CPS kat some of it's model. Tapi bukan semua model. Tengok betul2. Campro CPS memang bagus sebab setaraf dengan VVT-i atau i-VTEC. Nak buat lagi menarik, Proton tambah pulak Variable Intake Manifold (VIM) kat Campro CPS ni nak bagi tambah power kat high speed. Campro lama takde benda ni. VIM ni biasanya keta Europe je pakai. Honda City or Toyota Vios pun tak pakai benda ni. Nissan tak tau la ade ke takde. Honda Civic baru tu ade la VIM.

Bab 3

Kalau tak reti nak racing atau bawak laju2.. takyah la galak nak pasang turbo. Kalau memang banyak duit nak dibazirkan takpe la jugak. (membazir tu kan....) Ada orang tune keta tukar pakai high-cam or turbo la ape lagi nak tambah power. Kalau nak racing memang xde hal. Tapi kalo wat pusing town je baik tak payah. Sebabnye benda2 camtu cuma lebih untung (secara relatif) kalau bawak laju. Lagi satu, kalau nak tampal sticker kat keta tu biar ada ilmu skit. Ada aku nampak orang pasang sticker MIVEC besar giler kat keta kancil. MIVEC tu Mitsubishi punyer.. takde kaitan pun ngan Perodua. Rajin lak nak tolong iklan barang orang. Ada gak yang tampal sticker 'ダイハツ' kat Proton Wira. Haiyya.. ini orang Jepun nampak malu woo. Maksudnye 'Daihatsu' tapi tampal kat keta Wira. Pehal?? Kalo tampal sticker utk product yang you all pakai tu takpe la jugak.

4 attacks:

sparkystar January 20, 2009 at 9:34 AM  

good info...lau aku nak li keta leh rujuk ngn ko kan..hehehe

Unknown January 20, 2009 at 11:30 PM  

boleh...die ni mekanik tau...

Ridhuan January 20, 2009 at 11:41 PM  

oitt!! bila masa aku jd mekanik lak

Afiq January 22, 2009 at 5:33 PM  

aku tak ada keta....
lesen pn x ada...
nk wat mcm mana wahai tuan mekanik duan???...
lalalaal

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP