Di suatu senja, aku sedang berlegar di sebuah kompleks mencari sesuatu yang belum pasti. Ke sana ke mari aku berjalan mencari sesuatu yang istimewa untuk dijadikan hadiah. Hati masih buntu walaupun pelbagai benda di depan mata. Aku hanya tinggal beberapa minit lagi untuk membuat keputusan. Tiba-tiba aku tersentak apabila dari jauh kulihat gunung-gunung berapi yang hampir meletup. Dicelahnya jurang-jurang yang akan menelan sesiapa sahaja yang jatuh kedalam. Masa semakin suntuk untuk aku mendapatkan apa yang aku cari namun rasa ingin tahu mengawal diriku untuk mendekati. Kenapa ada gunung berapi di sini? Tergantung kat kedai runcit pulak tu.
Ni gambar version lama aku jumpa kat intenet. Takyah tengok lama-lama
Rupa-rupanya majalah Mangga. Latest version kot. Aku nak tau gak sapa yang sanggup jadi cover depan tu tapi takde time la pulak. Aku betul-betul tengah urgent time tu and I said to myself "Len kali la aku tengok.. lagipun majalah tu memang camtu pun". Lepas tu aku pun pi la settlekan my mission. Dah selesai semua.. bila balik rumah teringat lak pasal majalah tadi tu. Lama aku tak tengok majalah tu. Nak beli jangan harap la. Tapi kalau ada orang beli bole la aku join baca kan. Nasib baik la orang-orang sekeliling aku ni tak baca benda-benda macam tu. Kat umah membe aku sorang tu penuh majalah Mastika je. Kalo kat umah aku ni Auto Trader je banyak sebab agent keta dok sini sorang.
Tapi aku curious la. Sape yang dok baca majalah Mangga tu. Makin hari makin dasyat isi kandungan dalam tu. Yang aku tau.. tiap-tiap edition mesti ada photoshoot tepi kolam or dalam kolam. Kalo nak buat photoshoot kat taman ke, tepi tasik ke, tepi masjid ke tak bole ke? Dah dok tepi kolam tu takkan nak pakai baju kurung kot kan.. at least swimsuit gak ler pastu senang nak terjun. Memang dari dulu lagi ada scene camtu tapi skarang ni sampai front page pun depa tayang yang macam tu jugak. Senang nak promote sales kot. Nanti budak-budak tengok bole suruh bapak belikan.
Perlu ke ada majalah macam tu? Dari dulu lagi maintain je ada kat kedai mesti la ada pembaca setia.. kan? Kalo pasal contents gossip-gossip tu lantak depa la nak tulis apa pun. Takde hal la. Aku still curious la sapa 2 orang covergirl yang over-exposed tu. Hari tu sempat tengok dari jauh je. Nak pi cari pun rasa cam nak wat benda tak elok lak kan. Baik tak payah hehe. Tengok tak sengaja takpe.. Artis pun agak-agak la nak dressing pun depan camera. Kalo belakang camera tak pakai pe pun orang tak amik tau except kalo ada gak nak menyebok. Sebab apa orang suka amik tau pasal artis? Perlu ke ada rancangan macam Melodi tu? Apa cerita depa semua nak amik tau. Depa pakai apa pun nak tiru. Lifestyle depa pun nak tiru. Kalo filter dulu mana yang baik dijadikan teladan mana yang buruk dijadikan sempadan takpe la jugak. Ramai artis-artis yang bagus, berjaya dalam bisnes la apa lagi tapi macam takde orang amik tau pun pasal tu.
Read more...