Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts
Friday, September 3, 2010
Mungkin tak dak sapa pun dalam dunia ni yang tak suka muzik.. Tak kisah apa-apa jenis genre pun. Ada minat lagu batu.. lagu besi.. lagu meletup.. lagu nasyid.. lagu 3 kupang.. Bunyi kompang kawin pun da kira muzik jugak. Tapi ramai sangat especially golongan wanita ni.. tak kisah lagu apa pun asalkan penyanyi cute je terus minat.. Kalau minat lagu je ok jugak tapi minat kat penyanyi tu yang jadi masalah tu.. sampai kalo penyanyi tu senyum sikit je da bole pengsan.. dasyat betul kan..
Apa yang nak dibebelkan di sini ialah bahaya pengaruh muzik terhadap masyarakat dunia. Kalau anda jenis yang perasan.. memang senang nak pengaruh orang dengan menggunakan muzik.. Contohnya bila ada seorang budak 16 tahun minat lagu punk rock.. bukan setakat goyangan kepala saja yang berubah.. fesyen baju dan seluar akan bertukar kepada saiz 2 kali lebih kecil.. seluar mau ketat abis biar nak pakai pun ambil masa dekat sejam.. rambut mesti tajam.. dan yang paling ditakuti.. muka tukar jadi serius.. tak boleh senyum dah.. Tu baru contoh dari 1 genre. Kalau budak tadi tukar angin minat black metal pulak.. MasyaAllah..
Gambar cun cilok dari: http://madu3.com/v1
Ramai yang rasa perubahan fesyen ikut genre feveret sebagai suatu perkara remeh.. Tapi kalau kita tengok dengan teliti.. genre muzik memecahkan remaja kepada kumpulan tertentu.. yang minat Miley Cyrus, Justin Bieber satu group.. yang minat Jay-Z or Snoop Dogg satu group.. yang minat Foo Fighters, Hoobastank satu group.. yang minat Sex Pistols, The Exploited lg 1 group.. Mula-mula group ni wujud sebab nak tukar-tukar lagu.. tukar pendapat pasal lagu kegemaran masing-masing.. Tapi lepas tu sedar-sedar je bukan setakat minat lagu tapi semua ideologi yang dibawa oleh penyanyi kegemaran.
Ramai tak sedar pasal mesej tersembunyi dalam lagu. Banyak lagu yang bawa mesej perkauman.. kebencian.. seksual.. tapi ramai tak sedar sebab lali dengan alunan muzik yang memukau. Ada yang sedar tapi buat tak tau sebab nak layan muzik yang sedap. Bila dah tiap-tiap hari dengar mula terpengaruh. Ada orang cakap "Aku layan muzik je.. best.. yang lain aku tak buat.." tapi lagu tu sebenarnya puja setan.. salah ke tak salah kalau "layan muzik je"? Ada jugak yang cakap "Aku layan lagu Usher.. Ne-Yo.. Lady Gaga.. lagu pasal romen-romen je.. bukan pasal benci-benci orang pun.. takde kutuk orang pun.."
Tiba-tiba hari ni aku bebel pasal muzik sebab nak anda semua hati-hati.. kadang-kadang tu benda yang simple pun da bole buat kita syirik.. ada yang buat terpesong akidah. Mesej benci, pemujaan, seksual, semua tu dirancang dengan teliti dan diselit dalam lagu bukan secara tak sengaja. Bukan senang nak tulis lirik.. nak buat komposisi muzik.. berbulan.. bertahun.. kalau nak buat 1 album.. Cuba tengok video kat bawah ni yang aku selit.. baru hangpa semua ni nampak sikit kot pasai apa aku tulis pasal ni.
Part 1
Part 2
*I throw shit at you and you will still worship me - Abdul
Read more...
Monday, February 15, 2010
Psikologi Warna
Adakah warna yang berbeza mempengaruhi mood anda?
Seperti kematian, kita tidak boleh lari dari warna. Warna terdapat di mana-mana sahaja. Namun apakah makna yang tersembunyi di sebalik warna-warna tersebut? Kenapa kita berasa lebih tenang di bilik berwarna hijau? Kenapa ahli sukan angkat berat menjadi optimal di gym berwarna biru?
Imej dari CrowdFlower
Warna mempunyai maksud yang berbeza mengikut budaya masing-masing. Bagi masyarakat barat, maksud pelbagai warna telah berubah dari tahun ke tahun. Namun pada waktu ini di Amerika Syarikat, para penyelidik mendapati maksud warna yang diberikan di bawah adalah tepat.
Hitam
Hitam adalah warna yang berpengaruh dan berkuasa. Warna hitam popular dalam fesyen kerana mempuatkan si pemakai kelihatan lebih kurus. Hitam juga bergaya dan sesuai bagi setiap masa. Hitam juga melambangkan penyerahan. Paderi memakai hitam sebagai tanda penyerahan kepada tuhan. Beberapa pakar fesyen menyatakan wanita yang memakai hitam melambangkan penyerahan diri kepada lelaki. Pakaian hitam juga boleh menjadikan si pemakai kelihatan amat kuat atau jahat contohnya golongan mafia ataupun samseng.
Putih
Pengantin perempuan memakai warna putih bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja. Namun begitu, warna putih lebih mudah menampakkan kekotoran dan lebih sukar untuk dijaga berbanding warna lain. Doktor dan jururawat memakai warna putih sebagai tanda kebersihan.
Merah
Merah adalah warna yang sangat beremosi. Merah boleh mempercepatkan denyutan jantung dan nafas. Ia juga adalah warna cinta. Pakaian merah akan menonjolkan si pemakai dan juga membuat pemakai kelihatan lebih berat. Oleh kerana merah merupakan warna yang agak ekstrim, warna ini tidak sesuai sewaktu berunding atau bergaduh. Kereta merah menjadi sasaran popular bagi pencuri. Dalam gubahan, merah selalunya digunakan sebagai penambahan untuk menonjolkan hiasan. Penggubah merasakan perabot merah adalah sesuai kerana ia akan menarik perhatian.
Warna paling romantik adalah pink dan juga lebih menenangkan. Pasukan sukan mewarnakan bilik persalinan pasukan lawan dengan warna pink supaya lawan akan kehilangan tenaga.
Biru
Biru adalah warna langit dan laut. Biru juga merupakan salah satu warna yang paling popular. Ia membawa kesan yang berbeza dengan warna merah. Biru membawa rasa tenang dan sejahtera kerana menyebabkan tindak balas kimia di dalam badan oleh itu sesuai digunakan di dalam bilik tidur. Biru juga boleh melambangkan sifat dingin dan kemurungan. Penasihat fesyen menasihatkan memakai biru untuk interviu kerja kerana sifat warna biru yang melambangkan kesetiaan. Manusia juga lebih produktif dalam bilik berwarna biru. Kajian menunjukkan ahli angkat berat mampu mengangkat beban lebih berat di dalam gym berwarna biru.
Hijau
Warna paling popular sebagai hiasan kerana hijau melambangkan alam semulajadi. Hijau adalah warna paling ringan untuk mata dan mampu untuk membaiki penglihatan. Hijau adalah tenang dan menyegarkan. Orang yang sedang menunggu untuk muncul di kaca TV akan berehat di "green room" untuk menenangkan diri. Hospital kerap menggunakan warna hijau kerana ia menenangkan pesakit. Pengantin perempuan di zaman Middle Ages memakai warna hijau untuk melambangkan kesuburan. Hijau gelap adalah maskulin, sederhana, dan menyifatkan kekayaan. Namun begitu, penjahit selalunya mengelak menggunakan benang hijau pada malam pertunjukan fesyen kerana takut ia akan membawa malang.
Kuning
warna kuning yang ceria amat menarik perhatian. Walaupun dianggap warna yang optimis, kuning boleh membuatkan orang menjadi panas baran atau marah dan bayi akan lebih kerap menangis. Kuning adalah warna paling sukar untuk diterima mata dan boleh merosakkan mata jika disalahguna. Kuning meningkatkan pemerhatian dan digunakan sebagai penanda jalan dan sebagainya. Kuning juga mampu mempecepatkan metabolisma.
Ungu
Ungu adalah warna diraja yang melambangkan kemewahan, kekayaan, dan kemodenan. Ungu juga feminin dan romantik. Namun ungu boleh kelihatan tidak tulen kerana sifatnya yang sukar didapati di alam semulajadi.
Coklat
Warna coklat adalah warna tanah dan begitu banyak di alam semulajadi. Coklat cerah menyifatkan ketulenan manakala coklat gelap lebih hampir kepada kayu ataupun kulit. Coklat juga boleh disifatkan sedih dan murung. Lelaki lebih cenderung menyatakan coklat sebagai salah satu warna kegemaran.
Ditulis oleh David Johnson
Diterjemah oleh Ridhuan Othman
Artikel asal: http://www.infoplease.com/spot/colors1.html
Read more...
Tuesday, December 16, 2008
Apa Itu Chikungunya
Chikungunya adalah sejenis demam yang disebabkan oleh virus CHIKV yang berasal dari serangga dan dibawa oleh nyamuk Aedes yang juga pembawa kepada demam denggi. Apabila dijangkiti, pesakit akan mendapat tanda-tanda yang hampir sama seperti demam denggi dan mungkin berlarutan selama 2-5 hari.
Simptom atau tanda-tanda awal:
lemah badan
demam
sakit kepala
loya dan muntah-muntah
kesakitan otot atau sendi
ruam
Rawatan:
tiada rawatan sebenar
tiada vaksin
kajian oleh Universiti Malaya mendapati chloroquine phosphate mampu merawat sakit sendi akibat daripada chikungunya.
cara terbaik ialah mengelak dari mendekati nyamuk Aedes.
Subscribe to:
Posts (Atom)