Wednesday, April 21, 2010

Jenayah Paling Bodoh Di Poland Tahun 2009


Julai 2009 di bandar Gdynia, seorang lelaki cuba mencuri plat nombor pendaftaran dari sebuah kereta. Pencuri tersebut terlalu mabuk sehingga tidak menyedari kereta tersebut adalah kereta polis dan terdapat anggota polis di dalam kereta terbabit.

April 2009, polis Warsaw menahan seorang lelaki yang mencuri tisu tandas dari sebuah restoran dan merosakkan pemegang tisu yang berharga $120. Lelaki tersebut boleh dikenakan tahanan penjara selama 10 tahun.


Satu lagi kes di Lublin Voivodeship pada bulan Mac 2009. Dua lelaki mencuri 6,000 zloty (lebih kurang $2,500) dari sebuah koperasi perumahan. Mereka mengisi duit yang dicuri di dalam beg plastik tetapi akibat terlalu berat beg tersebut terkoyak. Pencuri kemudian membuang beg tersebut dan hanya mengambil 300 zloty. Polis dapat menjejaki pencuri tersebut melalui alamat rumah yang dijumpai bersama beg plastik.


Seorang lelaki berumur 55 tahun menghadapi hukuman penjara cuba untuk bersembunyi dari pihak berkuasa. Polis mendapat maklumat lelaki tersebut tinggal di pinggir bandar Minsk-Mazovetsky. Apabila pegawai polis tiba di kawasan tersebut mereka mendapati sekumpulan lelaki sedang minum vodka dan lelaki yang mereka cari sedang menyamar sebagai meja.

0 attacks:

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP