Psikologi Warna
Adakah warna yang berbeza mempengaruhi mood anda?
Seperti kematian, kita tidak boleh lari dari warna. Warna terdapat di mana-mana sahaja. Namun apakah makna yang tersembunyi di sebalik warna-warna tersebut? Kenapa kita berasa lebih tenang di bilik berwarna hijau? Kenapa ahli sukan angkat berat menjadi optimal di gym berwarna biru?
Imej dari CrowdFlower
Warna mempunyai maksud yang berbeza mengikut budaya masing-masing. Bagi masyarakat barat, maksud pelbagai warna telah berubah dari tahun ke tahun. Namun pada waktu ini di Amerika Syarikat, para penyelidik mendapati maksud warna yang diberikan di bawah adalah tepat.
Hitam
Hitam adalah warna yang berpengaruh dan berkuasa. Warna hitam popular dalam fesyen kerana mempuatkan si pemakai kelihatan lebih kurus. Hitam juga bergaya dan sesuai bagi setiap masa. Hitam juga melambangkan penyerahan. Paderi memakai hitam sebagai tanda penyerahan kepada tuhan. Beberapa pakar fesyen menyatakan wanita yang memakai hitam melambangkan penyerahan diri kepada lelaki. Pakaian hitam juga boleh menjadikan si pemakai kelihatan amat kuat atau jahat contohnya golongan mafia ataupun samseng.
Putih
Pengantin perempuan memakai warna putih bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja. Namun begitu, warna putih lebih mudah menampakkan kekotoran dan lebih sukar untuk dijaga berbanding warna lain. Doktor dan jururawat memakai warna putih sebagai tanda kebersihan.
Merah
Merah adalah warna yang sangat beremosi. Merah boleh mempercepatkan denyutan jantung dan nafas. Ia juga adalah warna cinta. Pakaian merah akan menonjolkan si pemakai dan juga membuat pemakai kelihatan lebih berat. Oleh kerana merah merupakan warna yang agak ekstrim, warna ini tidak sesuai sewaktu berunding atau bergaduh. Kereta merah menjadi sasaran popular bagi pencuri. Dalam gubahan, merah selalunya digunakan sebagai penambahan untuk menonjolkan hiasan. Penggubah merasakan perabot merah adalah sesuai kerana ia akan menarik perhatian.
Warna paling romantik adalah pink dan juga lebih menenangkan. Pasukan sukan mewarnakan bilik persalinan pasukan lawan dengan warna pink supaya lawan akan kehilangan tenaga.
Biru
Biru adalah warna langit dan laut. Biru juga merupakan salah satu warna yang paling popular. Ia membawa kesan yang berbeza dengan warna merah. Biru membawa rasa tenang dan sejahtera kerana menyebabkan tindak balas kimia di dalam badan oleh itu sesuai digunakan di dalam bilik tidur. Biru juga boleh melambangkan sifat dingin dan kemurungan. Penasihat fesyen menasihatkan memakai biru untuk interviu kerja kerana sifat warna biru yang melambangkan kesetiaan. Manusia juga lebih produktif dalam bilik berwarna biru. Kajian menunjukkan ahli angkat berat mampu mengangkat beban lebih berat di dalam gym berwarna biru.
Hijau
Warna paling popular sebagai hiasan kerana hijau melambangkan alam semulajadi. Hijau adalah warna paling ringan untuk mata dan mampu untuk membaiki penglihatan. Hijau adalah tenang dan menyegarkan. Orang yang sedang menunggu untuk muncul di kaca TV akan berehat di "green room" untuk menenangkan diri. Hospital kerap menggunakan warna hijau kerana ia menenangkan pesakit. Pengantin perempuan di zaman Middle Ages memakai warna hijau untuk melambangkan kesuburan. Hijau gelap adalah maskulin, sederhana, dan menyifatkan kekayaan. Namun begitu, penjahit selalunya mengelak menggunakan benang hijau pada malam pertunjukan fesyen kerana takut ia akan membawa malang.
Kuning
warna kuning yang ceria amat menarik perhatian. Walaupun dianggap warna yang optimis, kuning boleh membuatkan orang menjadi panas baran atau marah dan bayi akan lebih kerap menangis. Kuning adalah warna paling sukar untuk diterima mata dan boleh merosakkan mata jika disalahguna. Kuning meningkatkan pemerhatian dan digunakan sebagai penanda jalan dan sebagainya. Kuning juga mampu mempecepatkan metabolisma.
Ungu
Ungu adalah warna diraja yang melambangkan kemewahan, kekayaan, dan kemodenan. Ungu juga feminin dan romantik. Namun ungu boleh kelihatan tidak tulen kerana sifatnya yang sukar didapati di alam semulajadi.
Coklat
Warna coklat adalah warna tanah dan begitu banyak di alam semulajadi. Coklat cerah menyifatkan ketulenan manakala coklat gelap lebih hampir kepada kayu ataupun kulit. Coklat juga boleh disifatkan sedih dan murung. Lelaki lebih cenderung menyatakan coklat sebagai salah satu warna kegemaran.
Ditulis oleh David Johnson
Diterjemah oleh Ridhuan Othman
Artikel asal: http://www.infoplease.com/spot/colors1.html
7 attacks:
oyen takder pun~~~
Mak Long tak suka warna kuning. Sakit mata! ~X(
suka choclate
@youjie.. oyen kena campur merah ngan kuning kot..
coklat murung ??
omg! mcm tak bleh terima..
sy suka coklat..
coklat murung ??
omg! mcm tak bleh terima..
sy suka coklat..
pencuri suka curi kereta merah? hahaha.. :( camna ni? kereta inspira aku kaler merah hahahahahaha
Post a Comment