Monday, December 21, 2009

Facebook Merosakkan Hidup


Anda semua perlu check diri masing-masing tahap ketagihan anda kepada Facebook terutama sekali bagi sesiapa yang terlalu kerap bermain permainan di laman web tersebut seperti Barn Buddy, Mafia Wars, FarmVille, dan sebagainya. Website tu bagus sebab boleh 'connect' semula kawan-kawan lama yang dulu kita tak pernah tegur pun. Tapi features dalam website tu buat kita semua termasuk diri aku sendiri ketagih nak bukak jugak walaupun tak ada apa nak buat. Bukak sebab nak tengok apa orang lain buat dan kalau ada kawan tulis pelik-pelik sikit maka boleh lah rakan-rakan yang lain mengutuk secara beramai-ramai. Kalau malas sangat nak mengutuk pun boleh tekan butang 'Like'. Aku harap sangat ada butang 'Dislike' atau 'Hate' sebab teringin sangat nak tekan butang tu bila ada orang ni buat update. Tengok tu, Facebook juga menyebabkan aku tak suka sorang kawan lama aku yang tiap hari akan tulis update negatif yang tiap kali lepas aku baca mesti aku cakap 'minah ni gila dah kot' atau 'minah ni betul-betul sangap'.

Okay sebab utama aku cakap Facebook merosakkan ialah permainan atau games dalam website tu begitu addictive sampai menjadi punca utama aku dan ramai lagi pengguna untuk buka website tu. Lepas dah selesai dengan game baru la nak tengok apa update rakan-rakan. Aku turut dengar beberapa cerita tak elok pasal Facebook termasuk sebuah cerita lucu yang anda semua mungkin pernah dengar kat radio. Kat Suria FM kot yang cerita pasal laki balik keja tapi bini dok syok layan Facebook. Aku pun tak pernah dengar dengan telinga aku sendiri pasal cerita ni tapi daripada mulut kawan aku yang susah nak tutup tu, ceritanya macam ni:

Seorang suami pulang dari kerja dalam keadaan letih. Beliau seterusnya meminta segelas air* daripada isterinya. "Ayang, mintak air segelas" (ayat yang aku pandai-pandai tambah). Isterinya dengan segera menjawab, "Kejap abang, nak bagi makan kuda..".

*apa yang betul-betul dia mintak tu aku tak sure.

Macam mana kalau anda berada di tempat suami tersebut. Satu lagi kisah benar yang diceritakan oleh kawan aku ni pasal seorang staf di sebuah institusi pengajian tinggi. Kawan aku ni kerja bahagian admin jadi dia ada access atau connection dengan security. Membe aku cerita, ada staf ni memang tunggu masa nak kena buang sebab tiap-tiap hari dok main game FarmVille kat Facebook sampai berjam-jam. Network security memang boleh tau apa yang we all buat kat internet melalui IP scanning. Aku tak tau la sekarang ni staf tu masih kerja kat situ atau dah kena buang. Kesian jugak kalau kena buang sebab main game bodoh je pun.

Jadi kepada anda semua, gunakan Facebook dengan bijak.

8 attacks:

Lifesaver December 21, 2009 at 9:59 AM  

aku harap aku dpt gunakan sebijaknya

nurain December 21, 2009 at 1:24 PM  

aku tengok adik aku ketagih men farmville. gile ar, tengah2 malam bute bangun nak kutif strawberry, mane la abah aku tak hangen~

Youjie December 21, 2009 at 5:32 PM  

saya berjaya membuat ketagihan Farmville...barnBuddy dan happy farm hehe.....

tapi xdapat tahan dengan pengUPDATE + pengUPLOAD gamba yang bertujuan menjual mukee...hihiii

"kata dulang paku serpih~"

saya December 22, 2009 at 2:27 PM  

salam en.duan..lama dah tak menjengah kesini..sihat ye kita?? hehhehe... topik fb ni tak blh nk joint le..sbb saya takde fb pon. huhuhuh... tapi rata2 org kata mcm tu e.. blh lupa dunia dibuatnya..

redroseslady December 22, 2009 at 3:14 PM  

hehe...en duan ckp org dia pun sama..(^_^) huhu..tp kalo sy baik sy lyn husband sy dr sy lyn fb 2.hehehe....

ZihNuN FaTiN December 23, 2009 at 5:12 PM  

hmm dulu aku ada fb..

tp skrg dh tutup..xlarat nk lyn fb..boleh rosak diri..huhu

cuma terpulang pd diri msng2 la cne nk guna dgn sebijaknya fb..=)

pink_butterfly December 29, 2009 at 2:50 PM  

sy xketagih pn...i'm treating fb sama mcm treat fs...x layan pn
game2 kat fb tu...syukurr~~~=)

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP