Wednesday, February 25, 2009

I Missed That Moment So Much


Tiap kali aku teringat kat rumah.. aku mesti akan bayangkan rumah aku time 10-20 tahun yang lepas. Time tu rumah aku buruk je tapi environment time tu best sangat. Banyak pokok kelapa.. pokok jambu, pokok pelam, pokok bunga.. banyak lagi la.. Rumah aku always redup je hehe. Kat area umah ada pokok bunga jejarum jenis besar (susah nak jumpa jenis tu skrg). Pokok tu pun besar.. lebih tinggi dari orang. Pastu bunga jejarum always full je kat situ. Rama-rama pun banyak je around that tree sampai nak pegang rama-rama pun bole. Pastu kat tepi-tepi ada bunga matahari ngan bunga raya. Putih, merah, pink, yellow.. very beautiful and calm. Burung pun banyak (takde yg dikurung eh). Time tu kalo tengah hari pun dok area tu best je.

Pastu time petang aku panjat pokok jambu batu depan rumah. Sebelah titi kayu yang buat aku jatuh sungai dan hampir lemas dulu. Nasib baik la arwah jiran aku lalu time tu and resque me. Allah bless him. Pokok jambu tu best sebab bercabang-cabang sampai nak baring atas pokok tu pun bole sambil gigit jambu. Ada yg kata aku kena appendix sebab suka makan jambu tu hehe. Kat laman lak ada pokok pelam epal. Besar buahnye.. masak ke tak masak ke always sedap. Sebelah pokok pelam tu ada pokok "stoi". Apa nama common dia aku pun tak tau. Tinggi tapi buah dia masam skit. Tapi pokok pelam epal ni terpaksa dipotong sebab takde space time nak wat kenduri abang sulong aku. Time tu aku form 1 kot or maybe younger. Sedih time tengok pokok pelam tu kena potong. Sebab mangga tu je aku suka kat umah aku. Yang lain aku tak minat sangat. Skarang ni ada 1 pokok yg sama mak aku tanam 2 thn lepas tapi yang peliknye berbuah sebijik je setahun. Unique betul. Bertuah la kalo dapat makan. Maybe sebab agent pembiakan such as kumbang or lebah dah kurang or takde skarang ni.

Bila aku start dok asrama, slow-slow benda2 tu hilang. Sekali balik cuti tengok 1 benda hilang. Sekali lagi balik lain lak hilang. Pokok jambu depan rumah tu pun kena potong sebab keja expansion sungai. Skarang ni laman rumah aku memang luas tapi kosong. Pokok bunga kecik-kecik tu ada la kat tepi-tepi. Pokok bunga raya pun tinggal 1 je tu pun tak banyak bunga. Pokok bunga jejarum kecik yg renek tu ada la wat cam pagar keliling laman tu. Dah takde rama-rama kat umah aku. Burung tiong kuning ngan merbok bole lagi la nak nampak kadang-kadang tu. Skarang dah takde tempat nak lepak luar rumah time tengah hari. Dok dalam umah tgk tv je. I missed that moment so much. Nak makan pelam epal yang sedap tu. Dah la susah nak jumpa. Tak ingat lak aku nak semai pokok jambu kat umah walaupun aku selalu beli time balik kampung.

13 attacks:

PJ selamba February 25, 2009 at 7:16 PM  

duan oh duan...
aku setuju bro
aku pun miss that moment so much!
20 years ago...
oh...kini semuanya dah berubah...

nurain February 25, 2009 at 7:27 PM  

20 years ago?

hehe..

dulu pun umah lame saye cam2..bes sbb umah kampung.

p bile dah pindah ke pantai xbes,pkok xleh nak tmbuh sgt, kaki salu itam sbb byak debu..

panas plak 2..huu

rindu umah lame 2~

yOuJiE.. February 25, 2009 at 8:15 PM  

so cute bile gunakan perkataan ''potong'' untuk pokok....huhu tumpang sedih, i love pelam epal so much! N me is juara membuat sambal utk cicah pelam mude...hehee....after baca, can feel betapa bewarna-warninya halaman rumah itu....tapi dulu~

♥chentaMAYA™ February 25, 2009 at 9:39 PM  

thegat kat umah nenek dlu!
manyak gile p0k0k buah mempelam epal!
perrgghh!
p0k0k durian p0wn banyak!
windu sume tuh!

Ridhuan February 26, 2009 at 10:47 PM  

they are now only memories..

youjie > cute? konpius..

chentamaya > pelam epal byk lg tak? takme me there

~ HuSnA FaDziL~ February 27, 2009 at 4:50 AM  

kampung kt mana..?
kedah ka..?
or perlis..??

duan tau x mana2 tmpt sewa komik kt perlis..?? (^^,)v..

Jij,  March 3, 2009 at 5:01 PM  

bestnye tmpt awk that time..x pnh rase le camtu..uma sy dulu d kelilingi klapa sawit smata2 :)..

yOuJiE.. March 3, 2009 at 8:29 PM  

hehee...xleh ke cute? pokok is guna dgn perkataan tebang ma....bukan potong, so anda kelihatan lil bit cute loh...kanak2 kan ske ckp je ape pun...lalalaaaaaanyah blur~ *_*

Ridhuan March 4, 2009 at 12:36 AM  

husna > sy orang perlis ma.. ade ke org sewa komik? komik cina byk la kot kalo nk sewa..

jij > xpe nnt sy bwk tgk tmpt camtu

youjie > arigato ne.. (^.^)

aH Lian~@cik ian cumel March 5, 2009 at 12:54 AM  

mane
pokcik
duan neh???
yuuuhhhhooouuuu!

Ridhuan March 5, 2009 at 2:11 AM  

OPPSSS SORRY...
CORRECTION!!

Saya orang Kedah la.. Silap taip lak

redroseslady March 11, 2010 at 10:18 AM  

nk pelam epal tu ke?kt umh 'mak' kn byk..tu la ajak blk johor xmo.huhu..

redroseslady March 11, 2010 at 10:21 AM  

nk pelam epal tu ke?kt umh 'mak' kn byk.tu la ajak blk johor xmo.huhu..

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP