Siapakah Alexa?
Penulisan kali ini berkisar tentang Alexa dan apakah kaitannya dengan kita semua. Masih ramai penulis blog atau blogger yang masih belum faham apakah kepentingan Alexa terhadap blog mereka. Oleh itu, saya ingin berkongsi pengetahuan dalam perkara ini supaya maklumat yang disampaikan dapat dimanfaatkan bersama oleh anda dan rakan-rakan anda. Kedudukan ataupun ranking oleh Alexa pada kebiasaannya sejajar dengan jumlah pengunjung yang diperolehi oleh sebuah blog atau laman web. Terdapat beberapa rangkaian pengiklanan seperti Text Links Ads yang hanya akan menerima permintaan bagi blog yang mempunyai ranking 500,000 dan ke atas. Bagi rangkaian penulisan berbayar ataupun paid-post seperti Sponsored Reviews, PayPerPost dan PayingPost, anda boleh mendapat bayaran yang lebih tinggi untuk setiap penulisan anda sekiranya kedudukan blog anda adalah tinggi.
Alexa adalah sebuah laman web yang menawarkan maklumat berkenaan jumlah pengunjung dan kedudukan sesebuah laman web atau blog dengan membandingkan data tersebut dengan laman web yang lain. Dengan menggunakan data daripada Alexa, anda dapat mengetahui tahap populariti blog atau laman web anda di antara jutaan blog atau laman web yang ada di seluruh dunia. Namun begitu, data yang dipaparkan adalah tidak begitu tepat kerana Alexa lebih memberikan keutamaan kepada pengguna internet yang menggunakan servis yang mereka tawarkan seperti toolbar iaitu suatu tambahan kepada pelayar internet dan widget yang diletakkan di dalam blog atau laman web. Ini bermakna, sesebuah blog akan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi sekiranya blog tersebut mempunyai widget seperti yang ditunjukkan di bawah atau jika para pengunjung blog tersebut menggunakan toolbar Alexa.
Mungkin anda pernah melihat widget seperti yang dipaparkan di atas di kebanyakan blog yang anda lawati. Namun begitu, adakah anda mengerti maksud di sebalik nombor yang dipaparkan? Berdasarkan gambar di atas, blog ini berada pada kedudukan ke-6,546,775 berbanding jutaan laman web dan blog yang wujud di seluruh dunia. Links in adalah jumlah link atau rantaian dari blog atau laman web lain yang berhubung dengan sesebuah blog atau laman web. Namun begitu, data bagi links in yang dipaparkan pada gambar di atas adalah tidak tepat kerana nilai tersebut sebenarnya adalah jumlah link atau rantaian kepada blogger.com dan bukan kepada blog ini. Ini merupakan satu kelemahan pada widget tersebut di mana ia tidak dapat mengesan jumlah link untuk sebuah laman web atau blog yang masih baru dan berada di kedudukan yang rendah. Kelemahan ini boleh diterima kerana mengikut maklumat dari Technorati, 1.5 juta blog baru didaftarkan setiap minggu. Nilai tersebut tidak termasuk jumlah blog yang tidak didaftarkan dengan Technorati. Untuk sesebuah blog yang mempunyai kedudukan ke-500,000 dan ke atas, kebiasaannya anda akan dapat melihat nilai links in yang sebenar bagi blog tersebut.
Bagaimana untuk menaikkan ranking Alexa?
Terdapat pelbagai penulisan berkenaan cara untuk meningkatkan kedudukan di dalam Alexa namun kebanyakannya mempunyai persamaan yang saya rumuskan di sini.
- Menggunakan Alexa Toolbar pada pelayar web dan meletakkan laman web atau blog anda sebagai laman utama atau homepage.
- Memasang Alexa Rank Widget pada laman web atau blog.
- Menggalakkan para pengunjung untuk menggunakan Alexa Toolbar.
- Menulis tentang komputer dan internet kerana kebanyakan pengguna Alexa Toolbar adalah mereka yang berminat tentang internet dan komputer.
- Menghantar artikel anda kepada laman rangkaian perhubungan sosial seperti Digg, StumbleUpon, Reddit, ataupun Facebook dan Myspace.
- Mewujudkan banyak blog untuk sesebuah domain. Sekiranya anda mempunyai domain blogaku.com, cuba wujudkan dua atau tiga blog pada domain tersebut. Contohnya blogaku.com/blog1 dan blogaku.com/blog2.
5 attacks:
good info..
thumbs up 2 u..
erm
camtu ceritanya...
ouchhh thnx 4 dat info..sy lom teror dlm blogger...takotlaa nk try..hehehe
Luar biasa....
Artikelnya bagus-bagus ya. Wah sangat berguna bagi saya.
Makasih ya....
Post a Comment