Saturday, February 7, 2009

Hidupku di Zaman Kanak-kanak


Buat pertama kali, sebuah foto amatur muncul di blog ini menonjolkan seorang pemuda dengan senyuman yang menceriakan. Maka terdengar dari pelbagai pelosok, "Who's that?", "Sape tu?", "誰ですか?かわいい。". Apakah agenda penulis kali ini dengan memaparkan wajah misteri tersebut? Siapa empunya wajah di dalam foto tersebut hinggakan layak untuk muncul di halaman blog ini? Mampukah ayat-ayat pemangkin yang digunakan untuk mewujudkan perasaan ingin tahu atau hanya membuatkan anda berkata "cess poyo giler mamat ni.. awal-awal aku dah tau sape". Untuk kali ini, penulis ingin berkongsi cerita tentang seorang pemuda yang masih tergapai memburu impian.

Untuk tak membelitkan cerita, penulisan kali ni adalah mengenai aku sendiri. Tiba-tiba rasa nak share je kisah hidup aku ni walaupun masih belum membanggakan lagi. Aku dilahirkan di suatu pagi sewaktu bulan sedang cerah menyinarkan cahaya indahnya di sebuah rumah kayu beratap rumbia bertemankan deruan angin mencelah dedaun padi. Waktu kecik, nenek a.k.a Tok Kiah yang selalu jaga aku bila mak busy ngan gheja rumah. Ayah busy wat gheja bendang and my sisters and brothers were schooling. Sedihnya time umur 2 tahun my lovely Tok Kiah pergi buat selamanya menyahut panggilan Ilahi. Yang lebih menyedihkan aku tak ingat langsung rupa Tok Kiah dan aku tau pasal ni pun sebab mak aku ceghita. Thank you for your love Tok. Umur 3 tahun aku dapat sorang adik pempuan and she is the last member of my family. Aku selalu heran nape aku cuma ingat ape-ape start dari umur 3 tahun sampai skarang ni je. Aku teringin sangat nak ingat macam mana rupa Tok aku tu.

Zaman aku lahir dah tak teruk sangat kalau nak bandingkan dengan zaman sebelum tu. Mak aku cakap, abang-abang dan kakak-kakak aku terpaksa jalan kaki berapa kilometer pi sekolah. Memang jauh sebab time aku sekolah kat situ jugak, naik moto pun lama gak nak sampai. Time malam pulak kena study pakai lampu pelita. Sebab tu la abang sulong aku (a.k.a Abang) pakai spec tebal. Selepas aku lahir tu baru la kampung aku dapat electricity tapi fresh water piping blom dapat lagi. Bila dah dapat current tu, suis lampu kat umah mesti aku yang switch-on. Kalau orang lain yang on-kan mesti aku nangis (cerita mak aku jugak). Setakat yang aku ingat, time kecik-kecik tu aku tengok tv hitam putih je yang outer-cover kaler merah. Nak tukar channel kena pulas-pulas skit. Lepas abang sulong keja baru la ada tv kaler. Nak iron baju still pakai seterika arang. Some of you might never saw these kind of things. Waktu tadika aku masih lagi mandi air telaga yang teramat sejuk waktu pagi. Waktu ni ayah aku kena bawak 2 tong ngan moto Honda C60 dia pi ambik air fresh kat hujung kampung untuk buat bekalan minum. Kampung aku mula dapat fresh water piping time aku darjah 1 atau 2 kot kalau tak silap aku. Padi pulak time tu banyak pakai manual lagi. Waktu ni orang masih tuai padi guna sabit dan lepas tu membanting padi (memukui dalam loghat Kedah). Menurut cerita mak aku, ada lagi teknik yang lebih kuno dari membanting padi tapi aku pun tak ingat apa nama teknik tu dan aku tak sempat nak tengok aktiviti tu in action. Seingat aku, membanting padi (memukui) ni aku cuma nampak sekali je kat kampung aku tu sebab lepas tu semua pakai jentera pembajak yang lebih dikenali sebagai "mesin padi".

Aku cukup bertuah sebab waktu aku kecik abang2 & kakak2 aku dah belajar kat sekolah menengah. Yang dah keja pun ada. Time ni banyak la buku-buku pasal sains kat rumah aku. Walaupun tak faham sangat, aku suka tengok gambar & diagram. Waktu sekolah rendah aku dah faham skit pasal litar electrik. Time ni aku try bukak torchlight untuk tengok litar. Abang sulong aku lak pandai buat wirering umah. Kalau dia buat wirering mesti aku tengok sampai abis. Siap bawak aku pi tengok dia wat keja kat rumah orang. Sebagai seorang budak kecik, mesti ada jugak benda salah yang kita akan buat. Aku pernah potong wire TV time kakak aku tengah layan citer cina petang-petang tu sebab aku nak tengok electric current flow. Seb baik tak kena fried. Lepas tu kena la sound dengan ayah aku. Ayah aku tak pernah tampar atau pukul anak-anak tapi kalau dia suruh buat apa2 mesti semua ikot. Nada dia marah atau suruh buat apa2 tu memang tegas. Kalau dia suruh je.. Yes Sir!!. Pernah sekali ayah aku rotan aku dengan wire kecik lepas aku kena kejar dengan orang gila yang bawak parang. Tu pun sebab ayah ingat aku ngan budak2 lain kaco orang tu. Time ni aku dah start jarang jumpa Kak Ani sebab dia pi keja kilang kat Penang. Bila dia cuti je aku bole jumpa dia.

Abang aku lagi sorang (Abang Jit) belajar kat vocational pasal automotive. Sebab dia la aku pun minat automotive. Lepas habis vocational dia bukak workshop moto bawah umah aku. Waktu ni RX-Z pun baru keluar. Rempit kampung pun datang la umah aku nak tune macam2. Aku kecik lagi so tengok je la. Kalo tengok gambar Abang Jit time ni memang gaya mat rock original la. Rock Kapak dengan rambut kerinting pastu seluar jeans ketat. Seb baik dia takde moto sendiri time ni. Kalo ada mesti dah rempit dah tu. Time ni aku sempat la blajar pasal component enjin skit. Lepas stop buat workshop bawah rumah, Abg Jit sambung blajar pasal repair ni lepas tu keja jadi mekanik keta kat area Jitra. Walaupun abang sulong yg pandai pasal electric, Abg Jit ni yang introduce aku kepada electronic dan music. Time ni aku banyak tiru gaya Abg Jit termasuk la buat jambul skit kat rambut. Dia banyak beli tape so aku pun layan la lagu rock kapak feveret dia tu. Aku start layan Scorpions ngan Megadeth pun sebab dia la. Aku ni pulak jenis suka memandai. Kalau ada gadget apa2 dia bawak balik mesti aku try termasuk la speaker tong besar dan juga pemain piring hitam (versi moden skit). Radio pun aku suka belasah tune sini tekan sana sampaikan kalo mak nak dengar radio mesti aku yang kena tune channel. Abg Jit juga yang introduce aku ngan majalah Roda-roda dan jadi peminat Wayne Rainey dan Mick Doohan. Ni semua still zaman aku sekolah rendah.

Sambil aku mengalami perubahan dari segi mental dan fizikal, rumah aku pun ada perubahan. Dulu rumah kayu tiang tinggi tapi skarang dah ada 2 level. Level bawah made from concrete. Time ni aku darjah 4-5-6. Aku pun ingat-ingat lupa. Yang aku tau time Kak Ma belajar kat politeknik dan Cik E tengah amik SPM. Kak Ma adik kepada Abg Jit dan Cik E adik kepada Kak Ma. Lepas Cik E baru la aku. Family aku panggil aku Wan atau Cik Wan. Waktu ni aku dah start guna Oxford's Advanced Learners Dictionary kepunyaan Kak Ma. Bila ada kamus tu mesti aku baca dan cari maksud perkataan. I really suggest if you want to have good vocabulary in English, start using that kind of dictionary even from a young age. Dari dulu lagi aku memang jarang guna kamus BM-BI. Kalau aku tulis apa2 atau buat note mesti aku cuba tulis dalam BI. Disebabkan influence dari abang2 dan kakak2 aku, kat sekolah aku jadi top student. Maintain number 1 je 3 atau 4 tahun berturut-turut. Orang lain pun pandai tapi depa takleh dapat no. 1 sebab aku sorang je dapat A dalam B.I. Result UPSR pun camtu, aku sorang je dapat 4A. Waktu ni UPSR 4 subjek je. Lepas UPSR aku dok rumah layan computer Kak Ma. Cerita aku dengan computer.

Lupa nak ceghita tadi.. aku ni dari kecik memang suka layan kartun. Aku layan Saber Riders, Mighty Max, Volcom, Transformers, Looney Tunes, Walt Disney, dan macam2 lagi la. Yang best tu kartun dulu-dulu takde subtitle macam skarang ni. Yang cakap B.I pun kena la faham-faham sendiri. Sebab selalu sangat tengok aku pun paham la sikit-sikit B.I ni. Tambah pulak ngan yang belajar kat kelas makin okay la B.I aku. Yang cakap melayu pun layan gak cam Gaban dan naga besi-nye, Ultraman dengan lampu lip-lap-nye, dan Kesatria Baja Hitam a.k.a Kamen Rider bersama motosikal bergerak sendiri bernama Belalang Tempur. Aku turut hafal intisari rancangan untuk semua channel tv (3 je time tu) so kalo sapa2 nak tengok tv kena tanya aku dulu kul brp rancangan start.

Time skolah rendah ni aku ada pakai BMX dengan tayar kuning. Aku bangga betul dengan bicycle ni tapi stakat skolah rendah je la aku pakai. Sebab sekolah menengah dok asrama. Pastu bila layan Kamen Rider mula la nak berlakon atas bicycle. Biasa la tu kan you all pun buat gak time kecik-kecik dulu. Basikal (geghek dalam loghat Kedah) ni selalunya digunakan untuk ngaji Al-Quran dan Tajwid di sekolah time petang. Pagi aku jarang pi sekolah naik geghek. Waktu tu belum ada sesi persekolahan petang. Bila dok asrama, geghek ni tak dak sapa pakai kat rumah. Lama2 bekarat dan akhirnya di'tolak' kat orang cari besi ler. Balik cuti je frust xde transport nak pi jalan2.

11 attacks:

OJENG February 8, 2009 at 12:39 PM  

panjangnye kisah idup ko.penat aku bace.huhu
nway aku suka rebut botol susu adik aku masa kecik2 dulu.haha.mak aku candid gambar aku rebut botol susu adik aku time kecik dulu.jahat x aku??haha.suka sgt gambar tue.geh3

pink_butterfly February 8, 2009 at 6:57 PM  

umo 3 tahun tu dlm tahun brapa ek?

Anonymous,  February 8, 2009 at 7:28 PM  

oho..
skunk umo dy 26 thn..
ye kew?

Youjie February 9, 2009 at 4:01 AM  

wa...comelnya..
Zaman kanak-kanak memang manis kan...
Tapi potong wayar tue....isk..isk...
Hmm...pandai jugak mengarang..
Not bad per...
Panjang dan penih kesabaraN...
Kagum!!!! :)

Amoi February 10, 2009 at 12:20 PM  

bukan tak nak komen tapi nak tanya mana shout box hang kat blog hang ni??

Anonymous,  February 11, 2009 at 3:10 AM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Itadha February 11, 2009 at 9:20 PM  

riwayat hidup tu...leh wat buku biography..

lemon February 13, 2009 at 12:51 AM  

wahhhh sape tu???hehhe..mysterious nyeee

rEd RosEs LadY March 2, 2010 at 9:31 AM  

hehe..nice story..kecik2 tu nakal normal la kn?hehe..kecik2 nakal dh tua pun nakal jgk..cuma cara nakal je yg lain kot??perhaps??hehe..ngee~~(^_^)

Anonymous,  January 3, 2011 at 3:52 PM  

tak ada saya pun dalam cerita kamoooo ...

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP