Sejarah Aku Dan Komputer 1

First time aku guna komputer bila kakak aku beli sebijik brand Epson tahun 1995. Time tu Epson ada produce komputer. Skarang ni tadak kot. Lebih kurang cam model dalam gambar tu la. Total cost time tu dekat RM5000 gak la skali dengan printer Canon BJ-10 black n white, Sound Blaster 16 package sebab soundcard tak skali ngan komputer, and some softwares yang mahal sebab pirate pun tatau wat bisnes lagi time tu. Time tu pakai Windows 3.11.
Tech Spec.

Epson IBM x86 PC
Pentium 100MHz
16MB RAM
1.44MB (3.5-inch) floppy diskette drive
101-key standard keyboard
mouse
MS-DOS 5.0
Microsoft Windows 3.11
Kena beli berasingan
Sound Blaster 16 with 2x CD-ROM Drive and Game Package
Canon BJ-10 Printer
Softwares
Dan yang lain2 yang aku tak amik tau

Guna windows tu tak macam skarang ni start computer terus masuk windows. Time tu kalo start komputer masuk DOS GUI dulu. Kat situ baru ada option nak load Windows ke, Lotus 123, Word Perfect, Games, pastu software ape lagi ntah. Nak install game pun kat DOS so kuar menu cam dalam BIOS tu. Time tu aku darjah 6 so memang excited la jumpa komputer. Mula2 kakak aku ajar camne nak bukak Windows or nak main game. Lepas tu yang lain semua aku pandai2 sendiri la. Menu dalam Windows semua B.I so tak paham sangat la tapi aku belasah je. Yang aku tau time tu jangan delete atau format je. Kalo silap ape2 tekan undo. Kalo tak bole undo senyap je la. Kira ok gak la sebab tak jadi masalah apa lagi stakat tu. M

Bila boring sangat aku mula la explore komputer tu dengan lebih intensif. Jumpa software Corel PhotoPaint. Mula la aku edit2 gambar, lukis2, try effect2 yang ada kat software tu. Time ni aku ngaji kat skolah asrama so time cuti je aku guna komputer tu. Ada skali time form 3 aku buat apa ngan komputer tu lama sangat sampai meletup monitor. Terbang duit bapak aku beli monitor baru. Time dok skolah ilmu komputer aku makin maju skit walaupun time form 1 ada kelas komputer pakai WordStar yang memang ketinggalan zaman dalam 7 tahun maybe. Sebab tahun 1996 zaman Windows 95 so tak payah la pakai command DOS untuk word processing macam dalam WordStar tu and komputer kat umah aku pun tak payah pakai command camtu utk word processing sebab dah ada GUI software. Pakai pulak computer lama dengan floppy lembik dan besar tu. Penah tengok tak? Tapi ok gak sebab dari situ aku blajar command DOS. Blajar camne nak copy or move file dalam DOS, camne nak print & ape2 lagi.
Start tahun 1997 time aku form 2 aku mula kenal Championship Manager. Older version of Football Manager. Budak2 lain gila pi CC main Red Alert tapi aku ngan geng pi CC main Championship Manager 97/98. Hari sabtu je kluar outing awal terus pi cc yang sama tiap minggu sebab game tu install kt situ. Kalo org lain pakai pc tu kena la tunggu dulu sebab save game ada kat situ je. Main satu pc 4 orang kot. Start form 3 aktiviti IT aku dah kurang skit. Pi cc pun tengok email ngan tengok gambar. Time tu budak2 tak pakai henset so email, tepon rumah ngan tepon public je bole pakai nak contact awek pun. Time form 3 dah mula masuk kategori pelajar bermasalah so bab IT ni dah tak amik tau sangat. Seronok wat benda lain je. To be continued...
0 attacks:
Post a Comment