Wednesday, February 11, 2009

Siapakah Alexa?


Penulisan kali ini berkisar tentang Alexa dan apakah kaitannya dengan kita semua. Masih ramai penulis blog atau blogger yang masih belum faham apakah kepentingan Alexa terhadap blog mereka. Oleh itu, saya ingin berkongsi pengetahuan dalam perkara ini supaya maklumat yang disampaikan dapat dimanfaatkan bersama oleh anda dan rakan-rakan anda. Kedudukan ataupun ranking oleh Alexa pada kebiasaannya sejajar dengan jumlah pengunjung yang diperolehi oleh sebuah blog atau laman web. Terdapat beberapa rangkaian pengiklanan seperti Text Links Ads yang hanya akan menerima permintaan bagi blog yang mempunyai ranking 500,000 dan ke atas. Bagi rangkaian penulisan berbayar ataupun paid-post seperti Sponsored Reviews, PayPerPost dan PayingPost, anda boleh mendapat bayaran yang lebih tinggi untuk setiap penulisan anda sekiranya kedudukan blog anda adalah tinggi.

Alexa adalah sebuah laman web yang menawarkan maklumat berkenaan jumlah pengunjung dan kedudukan sesebuah laman web atau blog dengan membandingkan data tersebut dengan laman web yang lain. Dengan menggunakan data daripada Alexa, anda dapat mengetahui tahap populariti blog atau laman web anda di antara jutaan blog atau laman web yang ada di seluruh dunia. Namun begitu, data yang dipaparkan adalah tidak begitu tepat kerana Alexa lebih memberikan keutamaan kepada pengguna internet yang menggunakan servis yang mereka tawarkan seperti toolbar iaitu suatu tambahan kepada pelayar internet dan widget yang diletakkan di dalam blog atau laman web. Ini bermakna, sesebuah blog akan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi sekiranya blog tersebut mempunyai widget seperti yang ditunjukkan di bawah atau jika para pengunjung blog tersebut menggunakan toolbar Alexa.

Alexa Toolbar

Alexa Rank Widget

Mungkin anda pernah melihat widget seperti yang dipaparkan di atas di kebanyakan blog yang anda lawati. Namun begitu, adakah anda mengerti maksud di sebalik nombor yang dipaparkan? Berdasarkan gambar di atas, blog ini berada pada kedudukan ke-6,546,775 berbanding jutaan laman web dan blog yang wujud di seluruh dunia. Links in adalah jumlah link atau rantaian dari blog atau laman web lain yang berhubung dengan sesebuah blog atau laman web. Namun begitu, data bagi links in yang dipaparkan pada gambar di atas adalah tidak tepat kerana nilai tersebut sebenarnya adalah jumlah link atau rantaian kepada blogger.com dan bukan kepada blog ini. Ini merupakan satu kelemahan pada widget tersebut di mana ia tidak dapat mengesan jumlah link untuk sebuah laman web atau blog yang masih baru dan berada di kedudukan yang rendah. Kelemahan ini boleh diterima kerana mengikut maklumat dari Technorati, 1.5 juta blog baru didaftarkan setiap minggu. Nilai tersebut tidak termasuk jumlah blog yang tidak didaftarkan dengan Technorati. Untuk sesebuah blog yang mempunyai kedudukan ke-500,000 dan ke atas, kebiasaannya anda akan dapat melihat nilai links in yang sebenar bagi blog tersebut.

Bagaimana untuk menaikkan ranking Alexa?

Terdapat pelbagai penulisan berkenaan cara untuk meningkatkan kedudukan di dalam Alexa namun kebanyakannya mempunyai persamaan yang saya rumuskan di sini.
  1. Menggunakan Alexa Toolbar pada pelayar web dan meletakkan laman web atau blog anda sebagai laman utama atau homepage.
  2. Memasang Alexa Rank Widget pada laman web atau blog.
  3. Menggalakkan para pengunjung untuk menggunakan Alexa Toolbar.
  4. Menulis tentang komputer dan internet kerana kebanyakan pengguna Alexa Toolbar adalah mereka yang berminat tentang internet dan komputer.
  5. Menghantar artikel anda kepada laman rangkaian perhubungan sosial seperti Digg, StumbleUpon, Reddit, ataupun Facebook dan Myspace.
  6. Mewujudkan banyak blog untuk sesebuah domain. Sekiranya anda mempunyai domain blogaku.com, cuba wujudkan dua atau tiga blog pada domain tersebut. Contohnya blogaku.com/blog1 dan blogaku.com/blog2.
Sila lawat Alexa Traffic Ranking Compilation untuk tip lanjutan untuk meningkatkan kedudukan Alexa.

Read more...

Sunday, February 8, 2009

Winners of Jan 2009

Bagi sesiapa yang tak tahu tu, setiap bulan aku buat contest kat blog ni. Untuk nak tau lebih lanjut, read this. Untuk bulan Januari 2009, pemenang bertuah adalah:

Top Referrer
Minister of Mind - http://theministryofmind.blogspot.com/

Top Commenter
Ojeng - http://izzzlainiiihashim.blogspot.com/

Youngest Blogger
Alia - http://fara-alia.blogspot.com/

Hadiah yang diberikan ialah:

Duan's Top Referrer Award Jan. 2009

Duan's Top Commenter Award Jan. 2009

Duan's Young Blogger Award Jan. 2009

*Award ini tidak boleh diberikan kepada orang lain

Selain dari hadiah berbentuk banner, link bagi blog pemenang akan dipaparkan pada blog ini selama sebulan di bahagian "Duan's Jan. 2009 Winners". Untuk bulan Februari dan seterusnya, Young Blogger Award tidak dapat diteruskan sebab susah sangat nak detect umur you all semua. Young Blogger Award akan digantikan dengan Lucky Blogger Award. Sapa yang bertuah tu dapat la. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama anda.

Read more...

Saturday, February 7, 2009

Hidupku di Zaman Kanak-kanak


Buat pertama kali, sebuah foto amatur muncul di blog ini menonjolkan seorang pemuda dengan senyuman yang menceriakan. Maka terdengar dari pelbagai pelosok, "Who's that?", "Sape tu?", "誰ですか?かわいい。". Apakah agenda penulis kali ini dengan memaparkan wajah misteri tersebut? Siapa empunya wajah di dalam foto tersebut hinggakan layak untuk muncul di halaman blog ini? Mampukah ayat-ayat pemangkin yang digunakan untuk mewujudkan perasaan ingin tahu atau hanya membuatkan anda berkata "cess poyo giler mamat ni.. awal-awal aku dah tau sape". Untuk kali ini, penulis ingin berkongsi cerita tentang seorang pemuda yang masih tergapai memburu impian.

Untuk tak membelitkan cerita, penulisan kali ni adalah mengenai aku sendiri. Tiba-tiba rasa nak share je kisah hidup aku ni walaupun masih belum membanggakan lagi. Aku dilahirkan di suatu pagi sewaktu bulan sedang cerah menyinarkan cahaya indahnya di sebuah rumah kayu beratap rumbia bertemankan deruan angin mencelah dedaun padi. Waktu kecik, nenek a.k.a Tok Kiah yang selalu jaga aku bila mak busy ngan gheja rumah. Ayah busy wat gheja bendang and my sisters and brothers were schooling. Sedihnya time umur 2 tahun my lovely Tok Kiah pergi buat selamanya menyahut panggilan Ilahi. Yang lebih menyedihkan aku tak ingat langsung rupa Tok Kiah dan aku tau pasal ni pun sebab mak aku ceghita. Thank you for your love Tok. Umur 3 tahun aku dapat sorang adik pempuan and she is the last member of my family. Aku selalu heran nape aku cuma ingat ape-ape start dari umur 3 tahun sampai skarang ni je. Aku teringin sangat nak ingat macam mana rupa Tok aku tu.

Zaman aku lahir dah tak teruk sangat kalau nak bandingkan dengan zaman sebelum tu. Mak aku cakap, abang-abang dan kakak-kakak aku terpaksa jalan kaki berapa kilometer pi sekolah. Memang jauh sebab time aku sekolah kat situ jugak, naik moto pun lama gak nak sampai. Time malam pulak kena study pakai lampu pelita. Sebab tu la abang sulong aku (a.k.a Abang) pakai spec tebal. Selepas aku lahir tu baru la kampung aku dapat electricity tapi fresh water piping blom dapat lagi. Bila dah dapat current tu, suis lampu kat umah mesti aku yang switch-on. Kalau orang lain yang on-kan mesti aku nangis (cerita mak aku jugak). Setakat yang aku ingat, time kecik-kecik tu aku tengok tv hitam putih je yang outer-cover kaler merah. Nak tukar channel kena pulas-pulas skit. Lepas abang sulong keja baru la ada tv kaler. Nak iron baju still pakai seterika arang. Some of you might never saw these kind of things. Waktu tadika aku masih lagi mandi air telaga yang teramat sejuk waktu pagi. Waktu ni ayah aku kena bawak 2 tong ngan moto Honda C60 dia pi ambik air fresh kat hujung kampung untuk buat bekalan minum. Kampung aku mula dapat fresh water piping time aku darjah 1 atau 2 kot kalau tak silap aku. Padi pulak time tu banyak pakai manual lagi. Waktu ni orang masih tuai padi guna sabit dan lepas tu membanting padi (memukui dalam loghat Kedah). Menurut cerita mak aku, ada lagi teknik yang lebih kuno dari membanting padi tapi aku pun tak ingat apa nama teknik tu dan aku tak sempat nak tengok aktiviti tu in action. Seingat aku, membanting padi (memukui) ni aku cuma nampak sekali je kat kampung aku tu sebab lepas tu semua pakai jentera pembajak yang lebih dikenali sebagai "mesin padi".

Aku cukup bertuah sebab waktu aku kecik abang2 & kakak2 aku dah belajar kat sekolah menengah. Yang dah keja pun ada. Time ni banyak la buku-buku pasal sains kat rumah aku. Walaupun tak faham sangat, aku suka tengok gambar & diagram. Waktu sekolah rendah aku dah faham skit pasal litar electrik. Time ni aku try bukak torchlight untuk tengok litar. Abang sulong aku lak pandai buat wirering umah. Kalau dia buat wirering mesti aku tengok sampai abis. Siap bawak aku pi tengok dia wat keja kat rumah orang. Sebagai seorang budak kecik, mesti ada jugak benda salah yang kita akan buat. Aku pernah potong wire TV time kakak aku tengah layan citer cina petang-petang tu sebab aku nak tengok electric current flow. Seb baik tak kena fried. Lepas tu kena la sound dengan ayah aku. Ayah aku tak pernah tampar atau pukul anak-anak tapi kalau dia suruh buat apa2 mesti semua ikot. Nada dia marah atau suruh buat apa2 tu memang tegas. Kalau dia suruh je.. Yes Sir!!. Pernah sekali ayah aku rotan aku dengan wire kecik lepas aku kena kejar dengan orang gila yang bawak parang. Tu pun sebab ayah ingat aku ngan budak2 lain kaco orang tu. Time ni aku dah start jarang jumpa Kak Ani sebab dia pi keja kilang kat Penang. Bila dia cuti je aku bole jumpa dia.

Abang aku lagi sorang (Abang Jit) belajar kat vocational pasal automotive. Sebab dia la aku pun minat automotive. Lepas habis vocational dia bukak workshop moto bawah umah aku. Waktu ni RX-Z pun baru keluar. Rempit kampung pun datang la umah aku nak tune macam2. Aku kecik lagi so tengok je la. Kalo tengok gambar Abang Jit time ni memang gaya mat rock original la. Rock Kapak dengan rambut kerinting pastu seluar jeans ketat. Seb baik dia takde moto sendiri time ni. Kalo ada mesti dah rempit dah tu. Time ni aku sempat la blajar pasal component enjin skit. Lepas stop buat workshop bawah rumah, Abg Jit sambung blajar pasal repair ni lepas tu keja jadi mekanik keta kat area Jitra. Walaupun abang sulong yg pandai pasal electric, Abg Jit ni yang introduce aku kepada electronic dan music. Time ni aku banyak tiru gaya Abg Jit termasuk la buat jambul skit kat rambut. Dia banyak beli tape so aku pun layan la lagu rock kapak feveret dia tu. Aku start layan Scorpions ngan Megadeth pun sebab dia la. Aku ni pulak jenis suka memandai. Kalau ada gadget apa2 dia bawak balik mesti aku try termasuk la speaker tong besar dan juga pemain piring hitam (versi moden skit). Radio pun aku suka belasah tune sini tekan sana sampaikan kalo mak nak dengar radio mesti aku yang kena tune channel. Abg Jit juga yang introduce aku ngan majalah Roda-roda dan jadi peminat Wayne Rainey dan Mick Doohan. Ni semua still zaman aku sekolah rendah.

Sambil aku mengalami perubahan dari segi mental dan fizikal, rumah aku pun ada perubahan. Dulu rumah kayu tiang tinggi tapi skarang dah ada 2 level. Level bawah made from concrete. Time ni aku darjah 4-5-6. Aku pun ingat-ingat lupa. Yang aku tau time Kak Ma belajar kat politeknik dan Cik E tengah amik SPM. Kak Ma adik kepada Abg Jit dan Cik E adik kepada Kak Ma. Lepas Cik E baru la aku. Family aku panggil aku Wan atau Cik Wan. Waktu ni aku dah start guna Oxford's Advanced Learners Dictionary kepunyaan Kak Ma. Bila ada kamus tu mesti aku baca dan cari maksud perkataan. I really suggest if you want to have good vocabulary in English, start using that kind of dictionary even from a young age. Dari dulu lagi aku memang jarang guna kamus BM-BI. Kalau aku tulis apa2 atau buat note mesti aku cuba tulis dalam BI. Disebabkan influence dari abang2 dan kakak2 aku, kat sekolah aku jadi top student. Maintain number 1 je 3 atau 4 tahun berturut-turut. Orang lain pun pandai tapi depa takleh dapat no. 1 sebab aku sorang je dapat A dalam B.I. Result UPSR pun camtu, aku sorang je dapat 4A. Waktu ni UPSR 4 subjek je. Lepas UPSR aku dok rumah layan computer Kak Ma. Cerita aku dengan computer.

Lupa nak ceghita tadi.. aku ni dari kecik memang suka layan kartun. Aku layan Saber Riders, Mighty Max, Volcom, Transformers, Looney Tunes, Walt Disney, dan macam2 lagi la. Yang best tu kartun dulu-dulu takde subtitle macam skarang ni. Yang cakap B.I pun kena la faham-faham sendiri. Sebab selalu sangat tengok aku pun paham la sikit-sikit B.I ni. Tambah pulak ngan yang belajar kat kelas makin okay la B.I aku. Yang cakap melayu pun layan gak cam Gaban dan naga besi-nye, Ultraman dengan lampu lip-lap-nye, dan Kesatria Baja Hitam a.k.a Kamen Rider bersama motosikal bergerak sendiri bernama Belalang Tempur. Aku turut hafal intisari rancangan untuk semua channel tv (3 je time tu) so kalo sapa2 nak tengok tv kena tanya aku dulu kul brp rancangan start.

Time skolah rendah ni aku ada pakai BMX dengan tayar kuning. Aku bangga betul dengan bicycle ni tapi stakat skolah rendah je la aku pakai. Sebab sekolah menengah dok asrama. Pastu bila layan Kamen Rider mula la nak berlakon atas bicycle. Biasa la tu kan you all pun buat gak time kecik-kecik dulu. Basikal (geghek dalam loghat Kedah) ni selalunya digunakan untuk ngaji Al-Quran dan Tajwid di sekolah time petang. Pagi aku jarang pi sekolah naik geghek. Waktu tu belum ada sesi persekolahan petang. Bila dok asrama, geghek ni tak dak sapa pakai kat rumah. Lama2 bekarat dan akhirnya di'tolak' kat orang cari besi ler. Balik cuti je frust xde transport nak pi jalan2.

Read more...

Skype 4.0 for Windows

Skype 4.0

Skype 4.0 for Windows has been released. Other versions are also available for Windows, Mac OS X, Linux, Windows Mobile, WiFi phones, Cordless phones, 3 Skypephone, and Nokia N800/N810.

What's interesting about Skype? Skype is a software that allow you to make free call over the internet for free with other Skype users. How can it be free? Data such as images or text as what you are reading now are sent through the internet to a specific user by using the internet protocol (IP). This IP is like an identification card or passport for every internet users. Skype managed to also squeeze voices into the internet connection so that other user can hear you in split-second. All you need to have is a broadband connection, microphone, and speaker for free unlimited calls. Maybe you'll want to have a headset for privacy and webcam to be sure who you are talking to. So, if you and your girlfriend/boyfriend are both have what it need to use Skype, download it now instead of using your billed phones and worrying your ears will be baked by the microwave signals.

Okay that's enough for a promotion. Do you know that you can also make calls to any phones or mobiles anywhere in the world at low rates? Maybe calling your neighbor with regular phones is cheaper but if you want to call your Super Great Grandfather in Bahamas on his mobile phone, using Skype would definitely be cheaper. That Super Great Grandfather can also call you from his mobile to you pc. When you're tired of listening to that Super Great Grandfather, just reply him with sms directly from your pc. Unanswered calls will be recorded in voicemail or you can set call forwarding to your mobile phone.

For some people, headsets do not secure a true privacy. Therefore Skype offers WiFi phones that can be used to make Skype calls. Regular phones manufacturers also offer some models that is capable of making Skype calls. Some of these phones also have the functions of regular phones including 3G (HSPDA) and high-resolution cameras. Download Skype.

Read more...

Thursday, February 5, 2009

How Dare You To Leave Me Alone!!


"How dare you to just look! How dare you to ignore me! How dare you not to feed me! How dare you to leave me alone!" Kalau tiba2 blog ni bole cakap maybe yang tu la aku akan kena. 3 hari aku tak update blog ni. Tak sempat nak tulis ape2 pun. Busy. Cuma sempat check chatbox ngan comments je. Nak reply pun tak sempat. Kelmarin ada test. Kena la study skit. Then lepas test lepak2 lak ngan membe sembang2. Kalo 1 hari tak bercakap ngan orang rasa cam tak betul je. Plan semalam nak tulis something lepas kuar sembang tapi kena format laptop orang lak. Try banyak kali tapi tak menjadi gak. Nape ntah laptop tu. Tak settle gak. Aku pun malas nak pening so terus tido. Semalam tido awal gak (tak awal sgt cuma lebih awal dari biasa). Tapi bila bangun rasa cam tak cukup tido je. Hari ni asyik sakit kepala lak. Maybe sebab hari ni 1st time aku pakai spec pi kelas tahun ni. Last skali aku pakai spec pun tahun lepas sebelum exam. Lama tu.

Abis kelas kul 6 terus check email ngan blog. Dengar pulak announcement ada "fogging" time maghrib nanti. Sembur dalam umah lak tu. Takleh jadi ni. Aku dah ler tengah sakit kepala ni. Bole pengsan nanti kalo kena sembur. Lepas semayang asar terus aku kluar pi umah membe. Aku bawak sekali laptop yang nak repair tu. Sampai sana pun still tak bole nak format. Takleh nak boot from CD lak. Tensen betul. Lepas tu kluar makan. Depa bawak lak makan sampai PJ. Belasah je la aku pun tak penah makan kat situ. Lama gak lepak situ. Order nasi goreng meletop.. penah makan? Macam2 ada dalam tu. Padan la nasi goreng pun dah rm6. Lepas makan try la continue dengan laptop tadi tu. Problem betul la laptop ni. Wat tambah pressure kat aku je. Biasa aku repair laptop senang je pun. Disebabkan sakit kepala aku cam lagi serious je aku pun balik la umah. Lepas mandi baru la cool skit.

Tak sangka blogging is now a passion to me. Kalo tak wat posting rasa tak lengkap lak hidup aku. I love to see there are people reading what I wrote. Love to read those comments. Love to read nice articles of other bloggers. Love to see greetings on the chatbox. I love blogging. I know u all pun rindu posting aku yang menarik tu kan :P. Emm homework dari Cikgu Rama-rama pun tak wat lagi. Cikgu ni ajar pe ntah. Ajar wat tag kot. Aku nak Cik Youjie jadi cikgu art aku. Sebab dia pun tengah belajar pasal art. Aku ni blajar engineering je. Last skali masuk kelas seni pun time form 3 time kelas Cikgu Fuad (yang ni betul2 cikgu). Pastu kalo tak wat keje kena rendam sebelah kaki dalam kolam. Sekali ngan kasut lak tu. Dah la kolam tu depan kelas orang. Kena gelak "kaw" ler. Tapi Cikgu Fuad ni yang ajar aku camne nak lukis potret guna pensil je. Time tu aku lukis muka Dr. Mahathir. Berjaya gak la walaupun tak sehencem yang sebenar. Ok la first timer. Ada gak la bakat dalam seni haha :). Banyak dah aku tak ingat. Lama tak practice. Yang slalu practice cuma math ngan science je. Terbazir je bakat seni aku. Sebab tu skarang ni aku try gak wat artwork slow2. Nak polish skit bakat yang dah berkarat.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP