Wednesday, December 31, 2008

Patung atau Teddy Bear Haram Diletakkan Dalam Rumah

Tergerak hati tulis pasal ni lepas baca posting oleh Zulkamal. Dalam setahun-dua lepas aku ada dengar Kuliah Subuh kat TV3 tapi tak ingat dah sapa yang bagi tazkirah tu. Yang pasti aku ingat dia cakap anak patung atau teddy bear atau apa-apa yang menyerupai benda hidup tidak boleh diletakkan di dalam rumah sebagai barang perhiasan. Benda-benda tersebut hanya layak berada di dalam rumah sekiranya masih lagi menjadi alat permainan kanak-kanak. Apabila tiada lagi budak-budak main dengan benda-benda tu, janganlah di simpan seperti perhiasan sebaliknya disimpan di dalam kotak yang tertutup atau dibuang sahaja kerana apabila disimpan seperti hiasan, benda-benda tersebut adalah sama seperti berhala. Maka dengan itu, para malaikat mungkin tidak dapat berada di rumah kita untuk menjaga keselamatan kita dan akan memudahkan syaitan untuk senang lenang menghasut penghuni rumah itu. Yang dah besar tu kalau ada teddy bear tu main-main lah dengan ia kerana jika tidak dimainkan maka ia akan menjadi sebuah perhiasan sahaja dan menyerupai berhala. Sila rujuk kepada yang pakar untuk kepastian. Saya hanya cuba menyampaikan perkara baik. Tak pakar pun. :)

0 attacks:

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP