Hasad Dengki dan Fikiran Kolot
Sekarang dah masuk 1430 tahun Hijrah dan lagi berapa hari masuk 2009 tahun masihi. Tapi sikap sebilangan orang Melayu masih lagi kat zaman Parameswara. Sepatutnya kemajuan pemikiran mestilah selaras dengan kemajuan teknologi. Ramai lagi yang suka dengki kat orang tak tentu pasal sampai sanggup guna teknik ghaip untuk menjatuhkan seseorang yang dibenci. Time cuti ni aku sempat tengok 2 siri Misteri Nusantara by TV3 tapi tak sangka pulak yang berlaku keliling aku pun lebih kurang dengan apa yang dilaporkan oleh siri tv tersebut. Masih ramai yang sanggup menggunakan cara yang kotor demi memuaskan hati yang dihasut iblis.
Ada kes yang nak balas dendam maybe sebab gaduh apa-apa so yang tu biasa la kita dengar. Nak balas sendiri tak mampu pastu guna cara halus mintak tolong bomoh siam. Yang paling aku tak suka dengar tapi kerap aku dengar pasal kes dengki kat orang tak tentu pasal. Tengok bisnes orang maju sikit mula tak puas hati. Jiran tukar kereta baru pun tak puas hati. Kesian betul orang yang kena tu. Tak pasal-pasal kena macam-macam. Tapi mungkin sebab guna cara syirik dan kufur ni lebih menjimatkan daripada mengupah orang membuat khianat. Lagipun kalau polis nak siasat pun susah sebab nak interview setan-setan yang terlibat pun tak boleh. Aku tulis benda ni pun sebab banyak sangat kes-kes macam ni yang aku dengar berlaku berhampiran dengan aku tak kira kat mana aku duduk.
Perkara seperti ini melibatkan semua golongan termasuk yang berintelek di bandar metropolitan. Selagi halal atau haram tidak diendahkan, perkara syirik dan mungkar akan tetap berlaku. Yang perlu diambil berat adalah didikan agama secara beterusan supaya kita akan sama-sama dapat mengingatkan diri. Sempena sambutan Maal-Hijrah 1430, marilah kita berhijrah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dan terutamanya yang syirik, kufur, bidaah, et cetera.
1 attacks:
manusia tak akan berubah... 1000 tahun lagi masih ada benda yg sama berlaku
Post a Comment