Saturday, March 14, 2009

Engineering My Life


Okeyh.. Sebagai pengubat rindu anda semua terutama bagi Cik Ian yang asyik bertanya "mana encik duan ni.. i miss him ler" :P Pada hening pagi ni aku nak bercerita skit la. Walaupun hati masih terbakar dengan geram dengan internet yang asyik putus. Terpaksa aku layan movie ngan main game sebab nak tunggu bole online. Cerita apa "hempa" suka dengaq? "Hempa" bermaksud "anda semua" dalam dialek Kedah. Nak ceghita pasai hidup aku la. Ada ka orang nak baca pasai hidup aku ni? Macam la femes sangat kan aku ni. Mesti la ada.. kan dah ramai dok tunggu nak baca tu.. Suka ka tak suka ka mesti hempa kena baca gak kan hahah. Aduss.. mengarut betui aku malam ni. Seriously aku tak bole nak berfikiran rasional skarang ni. Macam ni la jadinya time kepala otak dah tak betui pagi2 buta ni.

Aku nak crita pasai apa aku amik mechanical engineering. Susah tu.. Kalau terer takpa la jugak kan.. mesti aku dah jadi enjenia dah la ni.. tapi sebab tak terer tu la yang dok ngaji tak abih2 lagi ni. Kadang2 tu tepikiaq gak betui ka course aku amik ni. Sebab aku bab komputer pandai la jugak. Kalau amik computer science bole kot dapat cop dekan hahah.. berlagaknye aku. Pastu pasal multimedia pun bole gak skit. Banyak jugak life aku terbazir kat benda2 multimedia ni. Takyah la nak story panjang bab ni. Lagi satu aku ni minat seni. Apa2 jenis seni pun aku suka la. Suka lagu, painting, sketch, poem, apa2 la. Jeles bila tengok orang lain pandai lukis or pandai menulis ayat2 puitis. Tapi aku still nak jadi mechanical engineer. My dream since aku form 4. Time kecik kecik plan nak jadi scientist sebab suka tengok citer tv yang tunjuk scientist ni banyak invent benda baru yang pelik2. Teringin nak buat keta back to the future sendiri. Bila dah besaq skit baru aku tau yang scientist invent something tapi engineer yang apply the technology or invention to human application. So kalo nak buat keta aku kena la jadi engineer.

Actually dari kecik lagi aku dah terlibat dengan benda2 mekanikal ni. Aku bertanggungjawab merosakkan kaset player radio kat umah aku time aku umur berapa ntah sebab asyik dok tekan stop play banyak kali sangat. Suka tengok benda dalam tu dok pusing. Slalu je ada soalan dalam kepala aku "kenapa jadi macam tu". Sebab apa orang naik moto senget time korner? Sebab apa kapal terbang dengan helikopter lain. Finally aku find out answers to these questions are in mechanical engineering. Slowly bila dah blajaq bit by bit about this field, aku dah faham skit pasal apa yang berlaku keliling aku. Seronok gak bila tau what happen behind the scenes without actually being behind the scenes. Love to know how things work. Tapi satu soalan belum terjawab. "Nape aku tulis pasal ni?"

Big Boss penah sebut kat aku hasrat dia nak aku jadi dokter huhu. Time tu baru lepas PMR and time nak pilih amik jurusan Technical Science or Pure Science. One night tu tengah layan TV Boss tanya aku "Wan, what are you taking next year? Does your school have pure science?" pastu aku pun reply "Currently the school offers a pure science and technical science majoring to students." Pastu Boss bagi ayat yang diiringi kilat sabung-menyabung "Would it be nice to see you become a doctor. Don't you think so?" Aduss.. Aku memang tak minat langsung bab medical ni. Aku pun jawab la "Dad, I know being a doctor is a good job but it is not for me. I never had any interest in medical. I've always wanted to be an engineer so maybe I can help in medical as an engineer but not as a doctor." Lepas tu nampak la skit frustration kat muka Boss tapi takde pe sangat la sebab dia pun tau it is my life we were talking about. Boss tak mau aku jadi engineer sebab dia ingat engineer ni keja buat bangunan je. So aku pun explain la sikit pasal engineering sampai dia paham. Dengaq cam best je tapi bapak aku tak paham apa pun bahasa orang putih ni hahah.

Lepas SPM aku terus amik Mechanical Engineering kat UTP. Majoring in Automotive lak tu. My dream came true la lebih kurang. Time tu aku tak isi pun borang UPU sebab dah tau mane nak ngaji lepas tu. Tapi aku rasa rugi lak tak apply A-level untuk ngaji oversea. Time aku dapat tau pun offer dah tutup. Jeles je membe pi Jerman and Japan. Tapi bila dah kat UTP aku pulak blew the chance. Lepas 2 tahun aku out blaja tak abis pun. Ada conflict of interest lak haha. Sebab banyak sangat benda yang aku minat dan semua aku nak buat. Hobby became routine and responsibility being ignored. Mana bole camtu kan. Sebab tu kita amik specific course je at higher education level. Lepas tu aku amik diploma kat UiTM. Kali ni first time aku isi borang UPU. Dalam 8 tempat nak isi course ape nak pilih tu, 4 of them aku isi Mechanical Engineering. 2 aku isi Electrical Engineering and yang lain tu pasal computer kot wat backup daripada tak dapat apa2 langsung. Cukup bulan result pun keluar, aku check result kat umah membe aku kul 7 pagi sebab tak tido lagi lepas malam tu bersembang kosong kat beranda. Aku dapat my first choice Dip. Mech. Eng. (Automotive) so depa hantaq aku kat Shah Alam. Membe aku yang senasib dapat lain sikit so kena hantaq pi Penang.

Bila dah amik diploma rasa cam senang lak course ni. Ngaji relax2 pun tau2 dah abih aku wat diploma. Kalo tanya result diploma aku bole la nak bangga tapi bila amik degree ni cam hampeh. Sampai skarang tiap sem ade je subjek sangkut. (fail la tu). Takde lagi sem yang clear paper time degree ni. Paling tensen kalo fail sebab dapat C- je. Well if you don't know, kat UiTM ni, nak lulus kena dapat C and above. C- means fail and you have to repeat the subject. Skang ni sampai dah tak larat aku nak ngaji. Tinggal lagi 1 sem lepas ni. Tunggu nak abis je. Lepas tu aku nak pursue my new dream lak. Being a businessman haha. I've always wanted to have a restaurant and I've already have the concept in mind. Ada investor nak join?

4 attacks:

yOuJiE.. March 14, 2009 at 11:57 AM  

Hehee...persoalan lumrah para blogger...untuk apa kita menulis...?

Kalau aku, ...'' untuk menzahirkan makna bertintakan idea melakar maya buat semua yang sudi mendengarnya....''

Da jawab siap-siap da.... ^_^

ghost_MaR March 14, 2009 at 3:00 PM  

bagaimana taik hidung , taik telinga & kentot terjadi ???

musykil2 ...

:-p

Ridhuan March 14, 2009 at 5:47 PM  

hey ghost_MAR.. ko nak jwpn engineer ke nak jwpn biologist?

aH Lian~@cik ian cumel March 17, 2009 at 7:58 PM  

adakah saya
tersilap tulis?
haisshhhh duan,
memutar belit ayat saya!

btw, duan,
don't u miss me?

p/s:miyahahaha buli duan!

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP