Monday, March 9, 2009

Asyik Komplen Je Aku Ni


Lama jugak aku tinggal blog ni tak update. Banyak benda yang aku nak tulis tapi tak bole. Banyak masalah yang tak membahayakan tapi menjadi sebab utama aku tak bole nak update. Major problem is the internet connection. Internet kat Malaysia ni paham2 la kan memang kita xleh nak watpe pun dah. Redha je la. Tapi yg wat tensen tu bila ada orang sedut semua bandwidth pakai kat dia sorang. Dalam rumah aku ni ada 5 orang yang pakai intenet. Problemnye bila ada orang download pakai torrent. Tau torrent? Bila on torrent je tinggal sorang je la yang bole pakai. Lagi 4 orang terpaksa bergantung pada nasib kalo nak online. Nak tulis entry baru pun terbantut sebab asyik disconnect or xleh load page. Aku yang bertapak tepi modem ni asyik reset je la kalo intenet slow. Aku pun pakai jugak torrent kadang2 tapi time orang dah tido or time orang lain tak guna intenet. Kalo aku sorang bayar bil xpe la jugak kan nak bolot semua. Aku plan nak tulis benda lain ni tapi lain lak aku tulis. Benda2 camni la yang wat aku hilang mood nak tulis ape2. Skarang ni aku nak tulis dulu ape yang bergelora kat kepala otak aku ni.

Mula2 aku plan nak balik kampung minggu ni.. Tengok muka mak yang amat dirindui. Makan masakan mak puas-puas hehe.. Tapi malangnya.. Sabtu lepas ada test lak. Takleh score lak tu. Hampeh tul. Kalo xde test tu Khamis malam aku dah bole gerak balik. Nak balik sabtu malam tu cam kejap sangat lak. Nanti dok dalam bas je yg lama pun. Dok umah 1 day dah kena gerak balik sini. Camne nak relax. Aku tak suka sangat nek bas ni. Letih. Nak naik flight pun aku tak ingat nak booking aritu (tak mampu actually ^.^). Lagi 2 minggu nak try balik gak la. Nak balik makan puas-puas haha. Kat sini pun banyak je kan makanan. Ape masalahnye kan?? Actually aku ni cerewet skit pasal makan ni. Kalo makan kat kedai mane2 pun mesti ada aku nak komplen. Susah nk dengar aku puji masakan kat kedai ni. Kadang2 tu smpai xde mood nk mkn nasi. Aku lebih suka makanan yang masak kt umah. Yang mak masak, kakak masak, adik masak, membe masak, aku masak, awek masak (blom dapat rasa lg). Kalo home-made cooking ni aku tak komplen. Telur goreng ngan kicap pun xde hal la.

Terlanjur sebut pasal makan ni aku nak komplen satu hal. Petang semalam aku gi beli nasi kat satu kedai tu. Terpaksa gak pi kedai tu sebab kedai lain tutup. Bagi aku kedai tu memang tak sedap sangat sebab asyik spesen je masakan kat situ. Dah xde choice blasah je la. Bole pulak dia letak meja lauk ni kt tengah2 kedai tu pastu pasang kipas kuat-kuat. Kalo kat Moskow dah beku dah lauk-lauk atas meja tu. Pastu aku nampak la udang masak kuning. Cambest je ni.. aku pun cedok skit kuah masuk dalam nasi. Baru tertuang skit dah terbau tempoyak lak. Aduhai camne nak wat ni.. lauk ngan nasi dah penuh dalam bekas tapau tu. Seb baik baru sikit. Aku pun cari sambal belacan ngan kuah lain nak cover bau kuah tempoyak tu. Lepas bayar aku gi kedai mamak kat sebelah tapau air lak. Air kedai tadi sangat tak best. Pastu balik je aku makan sambil tengok tv. Bau tempoyak tu still kuat la.. terpaksa jugak aku telan dengan full self control. Laju je aku makan nak abiskan cepat2 nasi tu. Tak enjoy aku makan ari ni. Lauk aku save to last nak cover bau haha. Nampaknye pasni kena lebih berhati2 dengan masak lemak kuning ni.

Satu lagi yang dok fill up my mind all the time skang ni.. emm.. camne eh.. happy, worried, scared, pe lagi.. all at the same time. Feelings that makes u unconfortable but u don't want them to go away. I don't even know what am I thinking right now. I just want to see her again. Sometimes a minute could feel so long isn't it.. and you can't affort to wait another day

5 attacks:

cikNiarun March 9, 2009 at 4:02 PM  

hihi

duan..duan

stop nagging..cam pompuan dh!

khasyikelvin_ March 9, 2009 at 5:40 PM  

kamu,
minggu depan pun
masih bleh balik
jmpa mak, kan?
minggu depannya...
minggu depannya lagi...
dan lagi...
yang penting dpt balik!
best ouh, balik kg neh!
(eh, kamu balik kg ker bndr?)

Anonymous,  March 11, 2009 at 2:08 AM  

Duan..sejak bila ang pandai beletiaq.haha sori bro.

Anonymous,  March 18, 2009 at 1:48 PM  

I just want to see her again...

who is dat u talking bout?r u ok mr.duan?

nabilah March 21, 2009 at 8:10 AM  

sgt lah setuju ~~
kat umah, sume menda best
makanan, tmpt tido, tv
hahah
kita x kan komplain

note
>>nak balik umah !!

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP