Friday, July 31, 2009

Selesai Sudah Pemindahan Blog Aku

Alhamdulillah selesai sudah kerja-kerja pemindahan blog English aku dari alamat lama di http://ridhuan.co.cc/blog ke alamat baru di http://www.ridhuan.com/blog. Hampir 2 minggu jugak aku mengadap laptop buat benda tu sebab aku pakai hosting free je kat 000webhost yang tak mampu pindahkan blog tu secara automatik. Kalo nak senang kena bayar la beb. Domain www.ridhuan.com tu aku beli melalui GoDaddy.com dengan harga USD6.99/year. Pandai-pandai la kira sendiri kalau nak tau harga dalam RM. La ni Godaddy ada promotion untuk domain .COM dengan harga USD7.49/year tapi kalo nak lagi murah kena baca di sini la. Dengan sengaja aku pakai .COM sebab .CO.CC yang free tu nampak macam tak best sangat dan aku nak secure nama tu sebelum ade Ridhuan yang lain amik dulu. Kalau lambat nanti kempunan lak aku melihat domain tersebut milik orang lain.

Dah selesai pindah blog lepas ni kena menyibuk pindah rumah pulak. Start esok aku akan dok rumah baru pulak. Last posting aku ada tulis pasal pindah rumah baru.. tapi esok pindah rumah yang lagi 'baru' walaupun rumah tu lagi buruk dari rumah yang aku dok sekarang ni. Nak dijadikan cerita dan juga suatu alasan untuk menghabiskan duit aku.. tengah dok sedap-sedap dok rumah ni tiba-tiba tuan rumah datang.. Dia kata nak dok sini lepas raya.. start bulan 8 dia nak buat renovation. Datang siap bawak contractor lagi.. Tepaksa la aku cari rumah lain pada waktu rumah-rumah yang menarik sudah kehabisan stok dan aku terpaksa dok rumah flat yang agak kurang digemari. Esok nak sewa lori pulak.. duit lagi.. Ada sapa-sapa nak bagi aku kerja part time tak?

2 attacks:

adol July 31, 2009 at 1:28 AM  

huhuhu... bagus2.. kalu guna.com lagi bagus.. beli domain murah je biasa rm30 je setahun...

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP