Sunday, February 14, 2010

Result Urine Test 2 Minggu?

Result urine test 2 minggu hingga sebulan baru keluar? macam tipu je..

"KUALA LUMPUR: Pelakon bersiri drama seram popular Anak Pontianak yang ditahan kerana mengaku mengambil dadah jenis ketamin malam kelmarin, dibebaskan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) jam 3 pagi semalam.
“Sampel air kencing pelakon terbabit dihantar ke makmal patologi untuk proses lanjut. Keputusan akan diketahui dalam tempoh dua minggu hingga sebulan." Harian Metro Ahan 14 Februari 2010


Haritu aku nampak tajuk kat Metro "Pelakon Kantoi Amik Dadah" so aku wat dono je.. watpe aku nak amik tau.. pastu semalam sambil dok blogwalking aku terjumpak kat 1 blog ni pasal citer tu.. baru la aku tau sapa pelakon tu.. aku tak mau bgtau la sapa pelakon tu tapi nama dia Zarina kot kehkeh.. yang sebelum ni femes dengan aksi 'geget buah' ngan boyfriend dia tu.. ter'usha' gak gambar dorg semalam.. pastu femes lak gambar budak ni dok kiss kat club.. maybe sengaja kot nak bagi lagi popular.. sebelum tu takde orang nak amik tau pasal dia kan.. da wat aksi hot baru la kat mamak orang sembang pasal tu.. kat Google pun jadi hot search kan.. Well lantak la ape nak jd ngan ko minah..


Yang aku nak emphasize kat post ni nape la result urine test tu lama sangat.. sampai 2 minggu sampai 1 bulan.. patutnya 5 minit da bole dapat result.. apa lagi yang depa nak wat ngan urine tu sampai sebulan.. aku rasa nanti da 3 minggu kes ni depa amik pulak sample baru pastu result pun negatif la.. tactic nak clear nama.. Lagi 1 aku terbaca kat blom semalam tu.. minah ni kalau kantoi pun.. kalo result dia tu positif amik dadah.. maybe dia kena hukuman "pemerhatian komuniti' sebab 1st time. Apa benda aku tak tau tapi maybe dia tak kena masuk pusat serenti tapi kena controlled skit ja.. tak adil betul sebab orang lain kalau kantoi konfem kena masuk pusat serenti kan..

Read more...

Sunday, February 7, 2010

Penat Tapi Best

Hari ini aku pergi Sunway Lagoon. Aku pergi Sunway Lagoon dengan rakan-rakan. Rakan-rakan aku sangat gembira bermain air di Sunway Lagoon. Kami juga bermain permainan di Sunway Lagoon. Aku hendak bercerita kisah aku dan rakan-rakan di Sunway Lagoon.

Smlm aku tdo lewat dok buang masa lyn ym, fb dan apa lg benda mengarut kt intenet tu.. Mmg da plan dari last week nak p Sunway Lagoon tu sbb 3 org membe aku ni x penah p lg.. so depa ajak aku p sbb aku dah penah smpai situ.. aku pun dgn agak keberatan p jugak la.. best gak kalo men air kan hehe.. so pg td kul 9 tu aku dgr la membe sorg ni ketuk pintu umah aku tp sebab ngantuk yg amat aku wat dono je (membe yg ni tak dok serumah). Last2 ada gak membe sorg ni bgn bukak pintu haha.. teruk tul.. pastu smbil nk tggu q mndi aku smbung lg tdo.. at last smpai gak turn aku.. bgn jgk la wlaupun nk bukak mata pun susah.. lps siap p bekfes dulu kt mamak pastu terus g sunway. Awal lak smpai tmpt tu.. kul 10.30 kot smpai.. punya semangat membe aku nih.. dlm tu yg men air tu you all pun tau cmne kan.. yg best tgk muka sorg2 time naik benda alah apa ntah yg pusing2 pastu stop atas langit tu.. yg control macho camne pun konfem jerit gak la.. tambah best lak time naik tu ada gadis2 dok depan aku haha.. menjerit sakan la depa tu.. roller coaster pun bole la wat kecut perut skit tp kejap je.. tu pun pakat jerit gak la naik benda tu.. blom lg try yg mcm kt Universal Studios tu kan.. yg len tu p try sndiri la kalo x penah rasa.. emm lps tu sambung men ayaq lg.. tgh syoq dok nyelam2 skodeng main ayaq.. ada lak mamat ni bawak camera kt sebelah aku "bang nak amik gmbr?". Kami pun apa lagi posing la sat atas ayaq sat dalam ayaq.. dekat 16 keping kt tmpat tu je.. pastu baru tanya si mamat ni.. "gambar ni kalo nak bwk balik charge brp?" mamat ni pun cakap "sy xtau la bang.. yg tu kena tanya kaunter.. tapi kalo size 5R dlm RM30" pastu sambung posing jap lg sambil menyelam celah awek2 kt situ.. lepas tu p mana2 pun nampak camera je kami posing.. pandai lak geng Sunway Lagoon tu wat duit skrg.. last time aku p situ xdak lak geng camera ni.. dah penat tu kul 2 chow.. sblm kuar g kaunter gmbr dulu check gambar kami.. byk gak dkt 50 keping.. tanya si gelap kt situ dia kata burn 1 cd RM100 bang.. perghh.. pitih takdok bear.. tp gambar best2 at last amik jugak.. hulur la 100 kat mamat tu pastu dia bagi cd sekepin dlm tu ada 45 gmbr.. mahal gila.. lps tu masing2 lapar sgt p sumbat mcvalue lunch dulu kt mekdi.. pastu terus balik.. smpai umah masing2 pengsan.. penat tul hari ni..




 
berposing mcm boyband baru nk promote album (gambar mahal nih)

shown

Read more...

Thursday, January 21, 2010

Aku Menang Hadiah!!

Mula-mula aku ucapkan terima kasih banyak2 kpd IME Trading Sdn. Bhd. iaitu syarikat yg handle blog SolidWorks Malaysia Community (http://solidworks-malaysia.blogspot.com/) sebab telah menghadiahkan aku sebuah flashdrive 8GB berjenama Kingston. Hadiah flashdrive ni diberi sebagai penghargaan kpd pengikut bertuah dan aku salah seorang daripada pengikut2 yg bertuah tu. Announcement yg aku menang hadiah ni was already made in October 2009 tapi baru beberapa mggu lps aku sedar bila aku check blog SolidWorks tu dan bila nmpak nama aku ada kt situ aku pun cepat2 tulis komen tanya pasal prize tu. Seb baik dapat prompt reply from Ms. Felicia yg begitu bagus melayan pelanggan.




Buat masa ni mungkin tu je perkara baik yg jadi kat aku kot. Aku baru je ok dari demam denggi nih dan blood count aku pun blom normal lagi. Tiap hari termasuk esok pagi kena lagi pi amik darah. SAkit tu kena cucuk hari2. Memang tak best kena denggi sebab nak kena minum air byk2 walaupun aku rasa da cukup byk tapi doctor still cakap tak cukup lg. Perut da muncit pun..


Lepas demam aku ok nih asyik rasa lapar je aku nih.. makan banyak pun rasa nak makan lg.. sebab pe ntah la. Mlm ni je aku da makan fish sandwish, bubur mcd, apple 2 bijik, jambu 3 bijik.. apa lg.. Tambah pulak aku tengah frust mlm td aku pusing seksyen 2-13 cari satay tapi tak jumpak.. yang ada pun tutup awal sgt.. aku kuar bkn lewat sgt pun cuma kul 10.30 je.. kempunan aku nk makan satay tak dapat2.. last2 tapau bubur McD je.. esok mlm kena kuar awal skit cari satay.

Read more...

Monday, January 4, 2010

Tahun Baru.. Umur Baru.. Hidup Baru?

 Selamat tahun baru kpd anda semua.. rasa mcm kejap je dah 2010.. dan tak sedar2 hari ni dah 18 Muharram 1431.. maknanya smlm (17 Muharram) besday aku ler.. Aku dah 27? aahh? rasa mcm tua lak.. apa pun takdak lg nih.. apa aku nk buat nih? kalo umo 27 kena buat apa hah? hahaha.. blur aku.. kena keja best2 skit kot.. kena kawin kot.. (sapa berminat bg nama kt bawah k hahaha)... emm apa lg.. kena rajin skit.. nk update blog ni pun da tak rajin camna nk rajin wat benda lain kan..

Kawan baik aku da 4 org yg kawin.. emm tak ramai lg hehe.. so xyah pk pasal tu lg.. ada lagi geng bujang.. maybe tinggal 2 org bujang baru aku kena kejan kawin kot.. tapi byk lg plan aku tak setel ni.. nk pi pusing europe pun tak dapat lg.. emm.. nk beli kereta idaman tak dapat lg.. nk beli rmh besar2 pun tak dapat lg.. nk bukak restoran ntah bila dapat tu.. lg.. emm.. nk p jepun taktau pasai apa.. nk jd jutawan time umo 30.. yg ni in progress hehe.. kuat betul aku ni berangan.. ok len kali lak smbung berangan.. bye..

Read more...

Monday, December 21, 2009

Facebook Merosakkan Hidup


Anda semua perlu check diri masing-masing tahap ketagihan anda kepada Facebook terutama sekali bagi sesiapa yang terlalu kerap bermain permainan di laman web tersebut seperti Barn Buddy, Mafia Wars, FarmVille, dan sebagainya. Website tu bagus sebab boleh 'connect' semula kawan-kawan lama yang dulu kita tak pernah tegur pun. Tapi features dalam website tu buat kita semua termasuk diri aku sendiri ketagih nak bukak jugak walaupun tak ada apa nak buat. Bukak sebab nak tengok apa orang lain buat dan kalau ada kawan tulis pelik-pelik sikit maka boleh lah rakan-rakan yang lain mengutuk secara beramai-ramai. Kalau malas sangat nak mengutuk pun boleh tekan butang 'Like'. Aku harap sangat ada butang 'Dislike' atau 'Hate' sebab teringin sangat nak tekan butang tu bila ada orang ni buat update. Tengok tu, Facebook juga menyebabkan aku tak suka sorang kawan lama aku yang tiap hari akan tulis update negatif yang tiap kali lepas aku baca mesti aku cakap 'minah ni gila dah kot' atau 'minah ni betul-betul sangap'.

Okay sebab utama aku cakap Facebook merosakkan ialah permainan atau games dalam website tu begitu addictive sampai menjadi punca utama aku dan ramai lagi pengguna untuk buka website tu. Lepas dah selesai dengan game baru la nak tengok apa update rakan-rakan. Aku turut dengar beberapa cerita tak elok pasal Facebook termasuk sebuah cerita lucu yang anda semua mungkin pernah dengar kat radio. Kat Suria FM kot yang cerita pasal laki balik keja tapi bini dok syok layan Facebook. Aku pun tak pernah dengar dengan telinga aku sendiri pasal cerita ni tapi daripada mulut kawan aku yang susah nak tutup tu, ceritanya macam ni:

Seorang suami pulang dari kerja dalam keadaan letih. Beliau seterusnya meminta segelas air* daripada isterinya. "Ayang, mintak air segelas" (ayat yang aku pandai-pandai tambah). Isterinya dengan segera menjawab, "Kejap abang, nak bagi makan kuda..".

*apa yang betul-betul dia mintak tu aku tak sure.

Macam mana kalau anda berada di tempat suami tersebut. Satu lagi kisah benar yang diceritakan oleh kawan aku ni pasal seorang staf di sebuah institusi pengajian tinggi. Kawan aku ni kerja bahagian admin jadi dia ada access atau connection dengan security. Membe aku cerita, ada staf ni memang tunggu masa nak kena buang sebab tiap-tiap hari dok main game FarmVille kat Facebook sampai berjam-jam. Network security memang boleh tau apa yang we all buat kat internet melalui IP scanning. Aku tak tau la sekarang ni staf tu masih kerja kat situ atau dah kena buang. Kesian jugak kalau kena buang sebab main game bodoh je pun.

Jadi kepada anda semua, gunakan Facebook dengan bijak.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP