Thursday, April 15, 2010

11 Kesilapan Di Facebook Yang Menamatkan Kerjaya

Berhati-hati menggunakan Facebook sebab kesilapan kecil boleh membawa padah yang besar.


1. Sindiran Pedas
Gloria Gadsden, seorang professor sosiologi di Pennsylvania's East Stroudsburg University suka membuat sindiran di Facebook. Pada bulan Januari Gloria menulis "Does anyone know where I can find a very discreet hit man? Yes, it's been that kind of day." dan di bulan Februari dia menulis "Had a good day today. DIDN'T want to kill even one student." Pihak universiti mengambil berat perkara tersebut berikutan kes-kes yang pernah berlaku pada tahun-tahun yang lepas. Gadsden diberikan cuti tanpa gaji selama sebulan dan dibenarkan kembali bekerja pada bulan Mac.

2. Mulut Murai

Seorang anggota polis di Atlanta, US diberhentikan perkhidmatan selepas menyebarkan informasi sulit mengenai kerjanya di Facebook. Antara yang tersebar adalah penglibatan dengan FBI dalam sebuah kes dadah, waktu kerja sebagai polis berpakaian biasa, dan pengakuan bahawa dia tidak gembira dengan kerjaya tersebut.

3. Sayang Bapa

Disember, selepas ketua eksekutif General Motors Fritz Henderson meninggalkan syarikat dan diganti oleh Ed Whitacre, anak perempuan Henderson, Sarah Henderson menulis di halaman Facebook General Motors dan menulis "HE F------ GOT ASKED TO STEP DOWN ALL OF YOU F------ IDIOTS. IM FRITZ'S F------ DAUGHTER, AND HE DID NOT F------ RESIGN. WHITACRE IS A SELFISH PIECE OF S---, WHO CARES ABOUT HIMSELF AND NOT THE F------ COMPANY. HAVE FUN WITH GM, I HOPE TO NEVER BUY FROM THIS GOD FORESAKEN COMPANY EVERY AGAIN. F--- ALL OF YOU."
Tiada maklumat berkenaan apa yang berlaku selepas itu.

4. Cakap Besar

Februari, seorang pengawal penjara di Nebraska bercakap besar di Facebook untuk menghentak kepala seorang banduan ke lantai. Dua lagi pengawal penjara turut menyatakan sokongan terhadap tindakan tersebut. Pihak pentadbiran tidak berpuas hati dan akhirnya ketiga-tiga pengawal penjara kehilangan kerja pada bulan Mac.

5. Mati Pun Salah

Kebiasaannya orang awam tidak dibenarkan melihat mangsa bunuh termasuk dalam bentuk gambar. Seorang juruteknik perubatan kecemasan di New York telah menyebarkan gambar-gambar seorang mangsa yang dibunuh menggunakan wayar pengering rambut. Dia kehilangan kerja selepas insiden tersebut.

6. Maki Tak Kena Tempat

Dan Leone, seorang pekerja operasi di stadium pasukan NFL Philadelphia Eagles tidak berpuas hati selepas pasukan tersebut membiarkan Brian Dawkins menyertai Denver Broncos. Dan Leone menulis kepada seorang rakan di Facebook "Dan is [expletive] devastated about Dawkins signing with Denver … Dam Eagles R Retarted!!". Walaupun dia memadamkan tulisan tersebut, Philadelphia Eagles memecat Leone beberapa hari selepas itu melalui telefon.

7. Gosip Panas

Tiga belas jururawat dan pekerja di Hospital Harrisburg, Pennsylvania dipecat selepas menubuhkan kumpulan sembang di Facebook yang mempunyai unsur perkauman. Beberapa jururawat memfailkan saman gantirugi yang masih lagi belum selesai.

8. Keluhan Negatif

Kimberley Swann baru bekerja sebagai pentadbir syarikat di Ivell Marketing and Logistics di Essex, U.K. Pada hari pertama dia menulis "First day at work. Omg (oh my God)!! So dull!!" Dua hari kemudian, "All I do is shred holepunch n scan paper!!!" Ketua syarikat mengetahui hal tersebut dan memecat Kimberley tiga minggu selepas itu.

9. Langit Tak Selalu Cerah

Virgin Atlantic memecat 13 kru kabin selepas menyiarkan tanggapan mereka mengenai piawai keselamatan syarikat dan menggelar penumpang sebagai "chavs" - Slanga English untuk orang yang perpendidikan rendah. Mereka turut menyatakan terdapat banyak lipas di dalam kapal terbang dan syarikat tersebut telah menukar enjin sebanyak 4 kali dalam setahun.

10. Ajar Dengan Baik

Ashley Payne, seorang guru di Apalachee High di Winder, Georgia menggunakan bahasa yang baik dan menyiarkan gambar bersiar dan minum minuman keras sewaktu berada di Eropah. Pengetua sekolah menyifatkan tindakan tersebut tidak sesuai bagi seorang guru dan meminta Payne untuk berhenti kerja. Payne telah memfailkan saman berkenaan perkara ini.

11. Emo??

Di U.K, seorang pengguna Facebook bernama Lindsay memberitahu rakan-rakannya: "My boss is a total 'pervvy wanker.'" Malang sekali bos tersebut yang juga seorang rakan di Facebook membalas dengan berkata: "Don't bother coming in tomorrow."

Sumber: Forbes.com

P/s: Terasa janggal melakukan terjemahan.

3 attacks:

Youjie April 16, 2010 at 12:34 AM  

Bahaya gak eh..

Urm...so bgus ke fb ni....

rin~eirie de' sEcond April 17, 2010 at 7:44 AM  

fuhh..fikir dulu sebelum buat..kan dah kena...

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP