Sunday, February 1, 2009

Tanda-tanda Awal Kanser


Aku cilok benda ni dari e-mail. Benda camni takleh simpan sorang2.. kena share..

TANDA-TANDA AWAL KANSER

Kanser pangkal rahim
Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

Kanser payudara
Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

Kanser usus besar
Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

Kanser paru-paru
Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

Kanser perut
Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

Kanser limpa
Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

Kanser ovari
Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

Kanser otak
Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.

Kanser prostat
Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

Kanser darah (leukimia)
Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

Kanser tekak
Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

  1. Makanan
  2. Alkohol
  3. Sinaran cahaya matahari
  4. Pengambilan ubat
  5. Perokok yang tidak aktif
  6. Tembakau
  7. Radiasi
  8. Pekerjaan
  9. Pencemaran air dan udara
  10. Keturunan
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
  1. Hindari makanan berlemak dan bergoreng
  2. Hindari makanan ringan yang masam
  3. Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
  4. Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
  5. Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

7 attacks:

lemon February 1, 2009 at 2:55 AM  

thnx 4 dat info....eeee takotnyeeeeee

Anonymous,  February 1, 2009 at 3:56 AM  

oOo...dah baca dah sebelum ni
apa pun, tq refresh bila baca balik
hehe

CikYana(",) February 1, 2009 at 10:30 AM  

thx sbb share
takot nye..
kna amik langkah berjaga2 la pasni

Anonymous,  February 1, 2009 at 12:33 PM  

thnx 4 d'info!bagus2!!

p/s: yg pnting jaga diri~

yana88 May 1, 2009 at 3:20 PM  

hai....

sy sbnrnye bkn nk bg komen pape just nk kngsi crte ngan u all. pg td sy br dpt tau org yg sy syg de brain canser. dh dkt 6 thn die hidap pnykit ni. sy just nk mtk tlg kat sp2 yg de mklumt sal kanser in leh share ngan sy. sy btl2 nk tau sal penykt ni. sy lum bsedia tuk khlgn die. lau u all de pape mklumat n nk kgsi ngan sy leh antar email kt sy. yana_sayang88@yahoo.com.my sy hrgai sgt lau leh share ngan korang. thanz

Anonymous,  May 24, 2011 at 10:43 AM  

Salam semua, primaseries adalah jawapan terhadap kanser anda. Lawati: www.primaseries.my dan anda juga boleh mendapatkan prima soluble untuk pencegahan kanser.

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP