Friday, January 9, 2009

Yang Mana Perlu Diboikot?

Barang Yahudi ke? Orang Yahudi ke? Atau apa-apa saje yang ada kaitan dengan Yahudi? Yang mana kita nak boikot dan mampu boikot?

Banyak pulak soalan. Memang banyak persoalan sebab dah terlalu banyak pengaruh Yahudi yang terserap dalam budaya kita. Adakah kita perlu memboikot semua perkara yang berkaitan dengan yahudi lahanat termasuk Intel, Microsoft, Google, atau Dell. Memang tak mampu. Blogger pun Google yang punya. Takkan nak lempaq laptop aku ni kot. Bagi anda yang bekerja dalam bidang programming atau CAD CAE, ataupun bagi pelajar kejuruteraan dan sains komputer, secara tidak sedar kita menggunakan software oleh Dassault Systemes, Oracle dan Borland yang diasaskan oleh orang yahudi. Anda juga mungkin pada masa ini menggunakan Download Accelerator untuk memuat turun mp3 percuma dan seterusnya disimpan di dalam flash drive SanDisk, atau sedang chat melalui ICQ. Anda juga mungkin sedang menggunakan Broadcom wireless adapter untuk membaca blog ini. Semua syarikat pengeluar produk tersebut diasaskan oleh orang berbangsa yahudi yang berada di merata dunia. "Camne nak boikot kalau macam ni? Kereta Citroën aku ni nak trade ngan ape?" kata seorang pembaca.

Namun begitu kita masih lagi boleh berusaha dengan memboikot barang penggunaan harian atau produk makanan. Ramai yang suka membeli-belah di hujung bulan di pasaraya besar. Bagi sesiapa yang suka ke Tesco mungkin boleh cuba beralih arah ke Giant yang juga merupakan syarikat tempatan. Bagi yang suka shopping pakaian, cubalah jenama lain selain Levi's dan Guess. L'Oréal, Estée Lauder, Chanel dan Unilever adalah contoh barangan kecantikan atau penjagaan diri yang juga diasaskan oleh orang berbangsa yahudi. Bagi produk makanan, mungkin tidak sukar untuk kita bertukar dari Danone kepada jenama lain. Biskut Cap Ping Pong pun sedap juge. Adakah syarikat-syarikat atau organisasi yang disebutkan membantu rejim zionis menganiaya penduduk Palestin? Tak mungkin kita akan tahu tetapi tolonglah berhenti daripada mengunjungi Starbucks. Dah ada bukti Starbucks memberi sumbangan kepada rejim yahudi laknatullah. Baca di sini.

Kita memberikan wang yang banyak kepada kelab-kelab bola sepak England. Setiap tahun, Astro dan MediaPrima membayar jumlah yang tinggi bagi hak penyiaran Liga Perdana Inggeris (EPL). Empat kelab EPL dimiliki oleh orang berketurunan yahudi iaitu Manchester United, Chelsea, Aston Villa, dan Tottenham Hotspurs. Bayern Munich dan Ajax Amsterdam turut mempunyai kaitan yang hampir sama. Masih tetap dengan pendirian Die-Hard Fan anda? What will happen after you die?
Walau apa pun pilihan dan kemampuan kita, hadiahkanlah doa kepada penduduk Palestin supaya penderitaan mereka dapat diberhentikan.

4 attacks:

:::jillian de jill::: January 9, 2009 at 9:33 AM  

saya ada juga terpikirkan akan hal ini...dan bertanyakan hal yang sama kepada suami saya...bukan sng nak boikot...

sebelum ini sy mmg pelanggan tesco.. nak di katakan tiap mgu...

pampers anak pun tesco choice nye brand... murah dan quality sama dengan drypers...

so yang mana kita nak boikot..

ntah lah...

pada saya... kempenlah sejauh manapun.. melalak dan menyangak lah sekuat hati...

disana tetap terseksa...

saya malas nak post new entry pasal palestiians n israel serta seangkatan dengan isu ini...

berlambak org berceria...

mereka yang menyerang hanya mengikut kata... "bos" suruh tembak dorang kene tembak... kan dha tugas... kalau diorang tak buat... mesti dorang pikir... nnt anak anak aku n bini aku nak makan apa?...

susah...

apa kata jom satu dunia... serang israel... serang lagi... bila nak sudah...

ha bomoh siam ramai... apa kata kita guna khidmat dorang yg konon power tuh dengar ckp kiaa...

huhu...

Unknown January 9, 2009 at 11:27 AM  

xpun kite suruh tok dalik anta kadam die sernag israel...hahahaha

Joaquin January 9, 2009 at 12:38 PM  

cubalah elakkan sekadar mampu..
banyak benda yg dah sebati dengan kita mungkin susah kita nak elakkan.. tapi yg kita jarang guna pakai yg tu kita cuba elakkan..

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP