Tuesday, December 2, 2008

Sejarah Aku Dan Komputer 2

Sejak tahun 1998, tahap penggunaan komputer aku dah berkurang dan lebih banyak dok spend time wat benda lain. Kalo kluar outing pun lepak port pastu wat smuggling skit je. Dah tak pi cc dah. Lepas tu tahun 2001 time aku kat utp baru jumpa pulak komputer. Time tu zaman gila Counter-Strike sampai sanggup naik basikal atau naik keta sumbat 8 org sebab nk pi lawan tembak kat cc. Time tu aku beli sebijik pc aku pakai Windows 98. Ada gak aku pakai Windows ME, and Windows 2000. Mula-mula tu rajin gak main CS tapi yang paling kerap aku main NFS Porsche Unleashed ngan Championship Manager 01/02. Budak2 lain pun ramai yang beratur nak main CM kat pc aku time tu. Aku pun kadang2 main sampai tetido atas kerusi depan pc tu. Red Alert 2 pun main gak siap ngan network lagi. Time tu aku blajaq pakai Macromedia Flash 5 ngan Macromedia Director 8. 2 software yang aku paling minat sebab bole buat animation. Bila aku blajaq skit camna nak wat animation, mula la blajaq skit camna nak wat website pakai Macromedia Dreamweaver. Pastu nak bagi cantik skit mula blajaq pakai Adobe Photoshop. Tu je yang aku wat. Ngaji tak terer pun. Tahun 2001 gak 1st time aku mula kenal mp3 and my feveret mp3 player, Musicmatch Jukebox. Aku guna Musicmatch sampai la nak install kat laptop aku ni takleh sebab tak support Vista. Frust tul sebab aku tak suka sangat Winamp sebab bunyi tak best.

Hujung 2001 tu aku pinjam 1 buku Flash 5 dari membe aku ni. Tebal giler buku tapi memang lengkap la nak wat reference. Time cuti tu memang aku khatam buku tu sambil wat apa yang ada dalam buku tu. Sambil2 tu aku dok rajin wat Photoshop. Dok wat wallpaper sendiri ngan superimpose tukar muka orang. Aku wat superimpose muka membe aku letak atas duit ngan convert jadi pempuan la ape2. Sambil tu wat gak animation untuk website aku. Punya la banyak time aku spend wat website tapi yg siap cuma 1 page je. Nak tulis address kat sini pun malas sebab memang takde ape kat site tu. Itu la aktiviti aku ngan pc aku yang tu sampai la 1 day motherboard meletup dalam tahun 2004. Ok la tu dah lama perform at optimum condition. Lepas tu semua hardware ngan components yang bole pakai aku jual kat membe aku. Memory aku jual kat lelong.com. Casing, motherboard, and processor ada lagi kat umah aku sapa nak meh amik free je.

Bila takde pc ni kena la rajin skit pi cc. Tahun 2004 aku blajar software Catia V5 and this is my favorite currently. Catia V5 ni engineering software untuk wat 3d modelling. Sambil-sambil aku blajar Solidworks. 2 software ni lebih kurang je ada plus minus. Tak banyak sangat activiti dengan komputer except main game. Tahun 2007 aku pakai computer lama skit tapi ok la bole gak wat keje ngan asignment. Komputer ni pakai Windows 98 dan aku cuma upgrade RAM je skit. Nak tukar Windows kot tak larat lak nanti. Time ni aku mula blajar pakai Adobe Illustrator ngan Macromedia Freehand. Start time ni aku slalu wat illustration kalo aku free. Time practical bos aku beli sebijik computer khas untuk aku skali ngan AutoCad LT 2009. Aku dah la tak reti langsung pakai Autocad. Mula2 tu memang pening gak camne aku nak wat tapi lepas seminggu dah ok sebab lebih kurang je ngan software lain. Kalo untuk wat 2d drawing memang best kalo pakai Autocad. Untuk 3d better pakai Catia atau Solidworks. Time ni aku dah tak wat website sebab skarang zaman blogging. Tak payah nak wat website sendiri, cari hosting la macam. Register je ngan Blogger or Wordpress dah settle.

Bulan 6 2008 aku start wat blog tutorial untuk Catia. Aku tak wat SEO pun sangat tapi tiap hari ada visitors. Memang ada orang yang wat reference sebab aku tengok location visitor tu sama je. Ada gak revenue walaupun sikit sangat. Lepas aku beli laptop sendiri baru la aku wat blog lain lak and wat SEO untuk blog-blog aku ni. Skarang ni baru la activiti aku ngan komputer dah semakin intensif dan rancak kembali. Selagi laptop ni idop memang aku gasak abis la.

0 attacks:

Related Posts with Thumbnails

Nang it

  © Duan Says... The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP